OSTEOPOROSIS DI KALANGAN WANITA

PENDAHULUAN

Osteoporosis merupakan penyakit tulang reput yang berisiko besar mengakibatkan patah tulang. Ini adalah kerana tulang tersebut telah hilang ketumpatannya dan kurang kualiti dari segi kalsium atau yang dikatakan kurang “bone mass density “(BMD). BMD  biasanya paling maksima pada umur 30an dan berkurangan dengan bertambahnya umur terutama selepas putus haid (menopos).

Patah tulang boleh berlaku di mana-mana tulang tetapi kebiasaannya berlaku pada tulang belakang, pinggul dan pergelangan tangan. Patah tulang biasanya memerlukan pembedahan, kemasukan ke hospital dengan kadar lama, serta boleh mengakibatkan kecacatan yang kekal, kesakitan yang teruk, terlantar di katil dengan agak lama dan kemungkinan kematian.

Di Malaysia, sekurang-kurangnya 1 dalam 3 orang rakyat berisiko tinggi mendapat osteoporosis. Juga didapati bahawa sekurang-kurangnya separuh atau 50% daripada wanita berumur 50 tahun ke atas mengalami patah tulang disebabkan osteoporosis di mana kaum Cina yang paling tinggi diikuti kaum Melayu dan India.

Oleh itu, kita perlu tahu apa faktor-faktor penyebab dan bagaimana hendak mengelak dari mendapat penyakit ini.
Baca lagi »

Kobanna (1)-Konvensyen Pemikiran Al Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa

30 Jan 2010 merupakan satu hari yang bersejarah buat ahli Isma setelah berjaya mengadakan Konvensyen Pemikiran Imam AlBanna (Kobanna) di Dewan Seri Sarjana, UNITEN Putra Jaya.

Konvensyen yang dihadiri oleh hamper 3,000 orang peserta itu, rata-rata dimonopoli oleh golongan muda mudi belia beliawanis seluruh negara, dari Perlis hingga ke Johor seterusnya beberapa bas sewa dari Kelantan juga tidak ketinggalan. Syukur yang teramat sangat ke hadrat Illahi yang telah mempermudahkan segala urusan, dari seawal persediaan, pendaftaran, pembentangan hinggalah kepada resolusi yg dicapai.

Baca lagi »

Komunikasi Berkesan Suami Isteri – 2

( Sambungan dari Petikan: Pembentukan Rasa Tanggungjawab Bersama Suami Isteri Terhadap Dakwah oleh Unit Keluarga, Biro Wanita Isma Kuantan, Pahang)

TIP 1 : Zahirkan rasa kasih sayang dan prihatin

Anas r.a. berkata: Ada seorang duduk di sisi Nabi s.a.w. Mendadak ada seseorang berjalan, maka orang itu berkata; “Ya Rasulullah, saya kasih sungguh kepada orang itu Nabi bertanya, “apakah sudah kau beritahu padanya bahawa kau kasihkannya?“ Jawabnya,“belum“. Bersabda Nabi s.a.w. “Beritahulah dia“. Maka dikejarnya dan dikatakan kepadanya “Sesunnguhnya saya cinta kepada mu kerana Allah“. Jawabnya, “Semoga Allah kasih padamu sebagaimana kau kasih kepadaku kerana Allah“ . [Abu Daud]

Salah satu kelemahan seorang pendakwah terutamanya para suami adalah untuk mempamirkan rasa kasih sayang mereka kepada para isteri; padahal para isteri sentiasa ternanti-nanti akan perkara ini. Mereka sayang dan cinta pada isteri, tetapi ianya disimpan didalam hati serta pemikiran. Sebenarnya ini menyukarkan isteri untuk membaca kasih sayang si suami padanya dan dalam banyak hal ianya mengundang salah faham si isteri.

Dalam masyarakat Melayu terutamanya, amat sukar bagi para suami untuk membuka hati dan mulut (‘less expressive’), membina hubungan dengan isteri yang mahu didengari dan ‘dihubungi’. Banyak bentuk komunikasi yang dirasakan amat asing dalam masyarakat kita kerana kita cenderung kepada memendam, berdendam dan akhirnya mengamuk serta melakukan kerosakan. Ada juga yang banyak bercakap tetapi lebih menyakitkan hati atau berupa sindiran.

Baca lagi »

KoBanna-Konvensyen Pemikiran Al Banna

Maklumat lanjut mengenai Kobanna ini, serta pendaftaran online nya, dapat dilayari di laman web nya di bawah; www.kobanna.ismaweb.net

Juga bagi yang berkesempatan untuk mendengarnya di radio IKIM,

Segmen : Dialog Islam
Hari : Sabtu
Tarikh : 23 Jan
Jam : 12.30 thari
Durasi : 40 minit
Tetamu Jemputan : Ust Muhd Fauzi Asmuni
(Naib Presiden Isma-yg juga salah seorang ahli panel KOBANNA)

Tuan Haji Aminuddin Yahaya
(Setiausaha Agung Isma)

Untuk lebih memuaskan hati,

Jom sama-sama kita ikuti apa sebenarnya yang bakal disajikan dalam konvensyen kali ini secara live di Uniten pada 30 hb Januari 2010 nanti.

Saksi dan dengari sendiri;

Apa yang dimaksudkan dengan “Melakar Agenda Bangsa”?

Apakah Islam membenarkan perjuangan bangsa?

Apa pentingnya Melayu hebat untuk Islam hebat di Malaysia?

Bagaimana menangani kemelut politik era masa kini?

Dapatkan jawapannya dengan hadir sendiri ke konvensyen tersebut.

InsyaAllah, berbaloi.

Komunikasi Berkesan Suami Isteri di Jalan Dakwah-1

Berikut adalah petikan dari bab 1 dan 2 modul komunikasi berkesan suami isteri dari Unit Keluarga, Biro Wanita Isma Kuantan yang bertajuk :

‘Pembentukan Rasa Tanggungjawab Suami Isteri Terhadap Dakwah’,

yang lama terkepam menjeruk dalam simpanan kami, menunggu untuk diterbitkan. Namun atas alasan demi alasan, penerbitannya tertangguh hingga ke tahun 2010 ini. Memandangkan keperluannya untuk bertemu dengan umum adalah lebih memanafaatkan dari tersimpan elok di celah2 files kami yang lain, maka kami mengambil keputusan untuk menerbitkannya secara one-line dalam blog Suara Wanita Isma Pahang ini. Mudah-mudahan, sedikit sebanyak kebaikan dapat dikongsi bersama. Sebarang komen dan teguran, adalah sangat2 dialu-alukan. Semoga usaha yang sedikit ini mendapat tempat di sisi Allah yang Maha Esa. InsyaAllah.

Bermula dengan NIKAH lalu tercipta suami dan isteri

Baca lagi »

Ziarah dan Gotong royong Tanah Perkuburan.

054

087

Tanggal 26 Julai 2009, Isma bersama2 dengan Pembina Pahang (Akhawat) telah sempat mengadakan aktiviti ziarah dan gotong royong membersih tanah perkuburan anjuran Kelab Nazim Kuantan. Pesekitaran Surau Hidayah yang terletak di Bt 8 Jalan Gambang-Kuantan menempatkan satu kawasan tanah perkuburan yang agak luas, namun terbiar dek semak samun. Maka Kelab Nazim Kuantan mengambil insiatif untuk mengadakan program tersebut dengan melibatkan ahli2 Isma Kuantan serta kakak2 Pembina Kuantan sekali.

Baca lagi »

Usrah Indoor NAZIM

Assalamualaikum wbt.

Kembali semula mengaktifkan blog yg sekian lama tersenyap dari posting2 baru, semuanya akibat kelemahan ana mengurus masa sehingga terabai salah satu usaha. Maaf dipinta.

Kali ini, secara ringkasnya, ana memaklumkan salah satu aktiviti di bawah Biro Wanita Isma Kuantan, iaini NAZIM. Satu usrah indoor Nazim telah berjaya dilaksanakan pada 20 Jun 2009, bertempat di Pusat Bimbingan Wafa, Bandar Indera Mahkota. Seramai lebih kurang 20 orang ahli Nazim Kuantan telah menghadiri usrah tersebut.

20062009682

Antara pengisian yang diberi, termasuk Tafsir Surah Al Lail, yang disampaikan oleh Ustazah Raudzatul Akmar, isteri kepada Ustaz Norman, Ketua Biro Tarbiyah Isma Kuantan. Pengisian kedua disampaikan oleh Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Setiausaha Biro Wanita Isma Kuantan, yang juga merupakan pensyarah di UIA Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Beliau telah mengisi slot Sains dalam usrah tersebut dengan kupasan mengenai paru-paru, diikuti dengan aktiviti yang berkisar sekitar kepentingan dan fungsi paru-paru pada manusia.

Baca lagi »

Keperibadian Wanita Muslimah

…assalamualaikum…..

wanita adalah penulis .Wanita sebahagian dari bangsa manusia .Ia adalah sumber kelahiran insan dibumi ini .Ia adalah institusi pertama membentuk generasi muda ,masa depan sebuah bangsa bergantung kepadanya .tangan yang menghayun buaian akan menggegarkan dunia ..mencipta sejarah….wanita merupakan faktor utama mempengaruhi kehidupan pertama seorang lelaki……..Nah betapa pentingnya makhluk allah ini .betapa besar perananya,betapa berjasa kalian wahai wanita ……Kalian hebat .hebat wahai wanita …..

wanita,… kalian suatu ketika dulu hanyalah umpama kilang ..hebat dengan produk.kalian adalah tempat orang berseronok TIKA diperlukan .Habis manis sepah dibuang.Lahirmu adalah petaka …

kedatangan Islam membawa sinar harapan . .kalian bukan hanya untuk berseronok malah bekerjasama menjaga kelangsungan bangsa manusia . perbezaan semula jadi membezakan kalian ….kalian insan yang mesti diberi perhatian .pendidikan dan pengawasan .Rasulallah bersabda :”Sesiapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau dua orang saudara perempuan lalu dia menjaga mereka dengan baik dengan penuh tawakkal kepada allah sepanjang menjaganya nescaya dia akan beroleh syurga “.Bertuahnya kalian ……..SUPAYA KALIAN MAMPU MELAKSANAKAN PERANAN SEBAGAI WANITA, ISTERI DAN IBU YANG SOLEHAH ….yang bakal mengubah bangsa ini.

Kita bicarakan akan datang keperibadian yang mesti kita miliki .

(Nukilan Ustazah Norhayati Ahmad Salleh,
Penasihat Biro Wanita ISMA Pahang)

Kem NAZIM Kuantan-2009

Kem Awlad Phb Mei 26-29 (14) KHEMAH YG DIPASANG

Alhamdulillah, dengan izin dan inayah Allah jua, program Kem NAZIM peringkat Kuantan telah selamat dilaksanakan setelah tarikhnya diubah dan ditangguh beberapa kali dek kerana kesibukan pihak penganjur juga peserta NAZIM sendiri.

Kem Awlad Phb Mei 26-29 (13) PESERTA AZAN

NAZIM – Nadi Asybal wa Zahrawat Islam Malaysia, yang dulunya dikenali sebagai Kelab Aulad Isma, merupakan satu kelab aktiviti bagi anak2 ISMA khususnya (dahulu), tapi kini mulai dibuka kepada umum, bagi anak2 yg berumur dalam lingkungan 5/6 tahun hingga 12 tahun.

Baca lagi »

Konvensyen Wanita Islam 2009

dsc_3551large

Alhamdulillah, Konvensyen Wanita Islam 2009 anjuran Biro Wanita ISMA telah selamat dilaksanakan hujung minggu lepas di Dewan Konvensyen, INTEKMA Resort, Shah Alam, dengan penyertaan yang sangat memberansangkan, mencapai target yang ditetapkan. Segala puji, kembali kepada Allah swt yg telah membantu dan memberi kekuatan kepada pihak penganjur dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan program. Semestinya ana kira, kerja keras beserta doa dan munajat mereka telah Allah kabulkan, alhamdulillah.

‘Konwanis’ kali ini, yang julung kalinya dibuka kepada umum, telah dirasmikan oleh Datin Noraini Mat Top, Ahli Majlis MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam), bertemakan ‘Jiwa Tenang, Hidup Sejahtera’ telah dapat menarik perhatian mereka-mereka yang belum pernah mendengar nama ISMA sebelum ini, tetapi dapat merasakan keberkesanan segala input yang diberi, alhamdulillah. Rata-rata, kepada peserta yang bukan ahli ISMA yang sempat ana tanya, berpuas hati dengan setiap pengisian. Perjalanan program yang lancar, walaupun kedapatan sedikit masalah teknikal yang boleh dimaafkan, telah menyumbang rasa puas hati peserta, selain merasakan ‘kelainan’ dari yang lain, kata mereka. Apa tah lagi reaksi positif yang ana dapat dari ahli ISMA sendiri, syukur alhamdulillah, mereka yang sempat ana bertanyakan reaksi mereka menjawab memang berbaloi mereka meluangkan masa dan tenaga untuk hadir ke KONWANIS kali ini….

Baca lagi »