Komunikasi Berkesan Suami Isteri – 2

( Sambungan dari Petikan: Pembentukan Rasa Tanggungjawab Bersama Suami Isteri Terhadap Dakwah oleh Unit Keluarga, Biro Wanita Isma Kuantan, Pahang)

TIP 1 : Zahirkan rasa kasih sayang dan prihatin

Anas r.a. berkata: Ada seorang duduk di sisi Nabi s.a.w. Mendadak ada seseorang berjalan, maka orang itu berkata; “Ya Rasulullah, saya kasih sungguh kepada orang itu Nabi bertanya, “apakah sudah kau beritahu padanya bahawa kau kasihkannya?“ Jawabnya,“belum“. Bersabda Nabi s.a.w. “Beritahulah dia“. Maka dikejarnya dan dikatakan kepadanya “Sesunnguhnya saya cinta kepada mu kerana Allah“. Jawabnya, “Semoga Allah kasih padamu sebagaimana kau kasih kepadaku kerana Allah“ . [Abu Daud]

Salah satu kelemahan seorang pendakwah terutamanya para suami adalah untuk mempamirkan rasa kasih sayang mereka kepada para isteri; padahal para isteri sentiasa ternanti-nanti akan perkara ini. Mereka sayang dan cinta pada isteri, tetapi ianya disimpan didalam hati serta pemikiran. Sebenarnya ini menyukarkan isteri untuk membaca kasih sayang si suami padanya dan dalam banyak hal ianya mengundang salah faham si isteri.

Dalam masyarakat Melayu terutamanya, amat sukar bagi para suami untuk membuka hati dan mulut (‘less expressive’), membina hubungan dengan isteri yang mahu didengari dan ‘dihubungi’. Banyak bentuk komunikasi yang dirasakan amat asing dalam masyarakat kita kerana kita cenderung kepada memendam, berdendam dan akhirnya mengamuk serta melakukan kerosakan. Ada juga yang banyak bercakap tetapi lebih menyakitkan hati atau berupa sindiran.

S k E t S a : 1

…….Mukhayyam Tahunan si isteri akan diadakan dalam jangka masa seminggu lagi. Si isteri sudah sibuk membuat persiapan dan persediaan samada persiapan untuk ke mukhayyam, atau pun persiapan untuk yang bakal ditinggalkan dirumah nanti..maklumlah, si suami bukan pandai sangat memasak, sekadar memanaskan lauk dan masak nasi, insya Allah boleh.

Masa si isteri bertolak ke mukhayyam tinggal tiga hari lagi, sang suami dengan rasa penuh prihatin dalam hati dan berusaha untuk memudahkan si isteri hadir mukhayyam dengan hati yang cukup bersedia, bersuara….

1. “Dah siap persiapan Nisa nak ke mukhayyam tu? Nak abang belikan kasut baru untuk Nisa?”
2. “Nisa ke mukhayyam tu dengan siapa, nak abang hantarkan ke?”
3. “Ada lagi ke barang-barang keperluan Nisa yang belum disediakan?”
4. “Ada apa-apa tugasan atau apa aje yang boleh abang bantu?”

Pertanyaan-pertanyaan yang datang dari suami seperti itu, amat bermakna bagi isteri. Dia dapat merasakan keprihatinan suami terhadap diri dan aktivitinya, dan ini merupakan sokongan bagi si isteri untuk terus melakukan kerja-kerja dakwahnya dengan lebih berjaya.

Sifat perihatin dengan mengambil tahu kehendak pasangan dan aktiviti pasangan, bila dan apa; tahu apa yang penting untuk pasangan; sedia membantu untuk mudahkan pasangan menghadiri program atau aktiviti; bersama dalam aktiviti sekiranya sesuai dan ada masa, semua ini akan memberi semangat kepada pasangan untuk terus aktif dengan kerja-kerja dakwah masing-masing. Rasa perkongsian urusan dakwah amat mendalam, menyebabkan diri sentiasa yakin dengan kerja-kerja yang dilakukan.

S k E t S a : 2

……Hari Rabu tiap minggu, paling sibuk,….. petang ada usrah hingga malam, pembantu rumah tak ada/ atau mungkin cuti kecemasan – isteri tunggu suami balik kerja baru boleh berangkat ke usrah… selalunya tak sempat nak melipat pakaian dan memasak…bila suami balik, isteri terus ‘cabut’ meninggalkan suami dengan segala urusan yang belum selesai….sudahlah penat di pejabat, rumah lintang pukang, kerenah anak-anak kecil lagi…amat memeningkan dan menimbulkan rasa tidak puas hati suami….nak diluahkan, isteri dah pun sampai ke lokasi usrahnya, nak luah pada anak2, apalah yang mereka faham….nak mengamuk? Atau nak dibiarkan saja…tunggu si isteri pulang nanti baru buat bersama? apa pulak kata isteri nanti?

Soalnya di sini, si isteri mengambil mudah perasaan suami…’alah…suami aku faham, dia pun ikut usrah jugak, dia tahu pentingnya usrah,,,pandailah dia mengurus rumah tu sekejap..’tapi si isteri lupa, suaminya manusia biasa juga…sedang syaitan sentiasa memainkan peranannya….kadang-kadang si suami mula merasa rimas dengan situasi saban minggu ini….apalah salahnya, kalau si isteri….

“Bang, hari ni Ayu memang tak sempat nak kemas dan masak, sibuk sangat tadi…abang tolong buat mana yang patut boleh tak? mana yang tak sempat nanti kita buat sama-sama ya. Minta maaf ya bang…”

….Hati suami pasti terubat dengan luahan isteri yang mempamerkan kasih sayangnya melalui rasa bersalah dan perihatinnya dengan situasi suami yang ditinggalkan dalam keadaan yang tidak sempurna tadi…mungkin saja penatnya akan hilang dengan kasih sayang dan pengertian isteri tadi, sehingga dia bertenaga untuk membantu mana yang boleh….

Sifat meneka perasaan atau isihati boleh membawa salah faham. Mengambil mudah dan membuat anggapan isteri atau suami akan faham atau bantu, akan banyak menimbulkan kekeliruan. Suami isteri sepatutnya menzahirkan kasih sayang dan keprihatinan masing-masing serta jangan takut untuk meminta tolong. Banyak kes suami atau isteri kecewa kerana mengandaikan sepatutnya dia (pasangan) faham kerja dakwah ini tetapi berlaku yang sebaliknya.

Tip-tip praktikal :

a. Semasa keluar bekerja di waktu pagi, ketika isteri bersalam dengan suami, cuba zahirkan perasaan dan lain-lain dengan luahan kata dan pesanan yang menyenagkan.
b. Banyakan sentuhan dan dakapan terutama dalam keadaan genting atau sedih pasangan.
c. Telefon isteri dan ungkapkan kata-kata cinta dan sayang ketika berbual. Kalau sukar, mulai dengan sms.
d. Pandai-pandailah memberi hadiah pada isteri terutama sekali pada waktu-waktu yang tidak disangka (‘surprise’).
e. Sentiasa memberi perhatian ketika isteri atau suami sedang berbicara (‘listening skill’) dan ‘respond’ secara spontan. Kalau isteri atau suami rasa sedih, tumpang sedih sama. Perbanyakkan sifat ‘emphaty’.
f. Cuba sedaya upaya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti pasangan.
g. Belajar mengenali perbezaan cara lelaki dan wanita menzahirkan kasih sayang, supaya kita faham pasangan kita, dan dapat saling memahami dan bertoleransi.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.