Pentingnya Komunikasi dalam Rumahtangga

Dalam menjalani kehidupan berumahtangga, samada rumahtangga orang biasa, atau orang luar biasa, orang dakwah atau orang bukan dakwah, orang kecil atau orang besar, sama sahaja, ujian pasti ada, dugaan pasti datang, untuk menjadi sebab kita memperoleh pahala atau dosa. Itulah lumrah kehidupan di dunia, dunia sebagai tempat beramal, sedang akhirat sebagi tempat balasan. Maka bagi yang sudah menunaikan separuh dari agamanya, rumahtangga adalah merupakan antara medan pertarungannya untuk mendapatkan bekalan ke akhirat sana.

Saban hari, ada sahaja berita gembira, sahabat handai, rakan taulan mau pun saudara mara kita yang mendirikan masjid sebagai melengkapi sebahagian dari agama, namun di sisi lainnya, kita dapati ada sahaja kisah kegoncangan rumahtangga yang membawa kepada berlakunya perceraian, sehinggakan suatu ketika dulu, kita dikejutkan dengan statistik dari JAKIM, bahwa di Malaysia sahaja, kadar perceraian sangat membimbangkan. Berlaku perceraian setiap 15 minit?

Melihat pada kemelut sosial yang berlaku dikalangan remaja maupun dewasa, tidak dapat tidak, kita terpaksa akur bahwa antara faktor terbesar yang menyumbang kepada terjadinya gejala dan kemelut ini adalah faktor kerukunan rumahtangga. Berpunca dari tiadanya keharmonian dalam rumahtangga, maka remaja mencari keselesaan di luar sana, yang pastinya lebih mencabar dan menghanyutkan, bukan menyelesaikan masalah, tetapi lebih mendatangkan mudharat.

Kekalutan dalam rumahtangga, ketidak harmonian menjalani bahtera, semuanya berpunca dari ahli-ahlinya sendiri. Suami sebagai nakhoda, dan isteri sebagai pembantunya, gagal memainkan peranan masing2. Kerapuhan iman dan ketiadaan ilmu adalah punca utamanya. Ilmu dalam mengharungi alam rumahtangga harus dipelajari, disamping memantapkan iman dan menyedari bahwa kita semua akan dipertanggungjawabkan dengan peranan kita masing2 di akhirat kelak, boleh menjadi benteng bagi kita untuk mengelakkan dari berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan.

Sebenarnya, terlalu banyak tips yang sudah kita perolehi dari pakar2 motivasi keluarga dan rumahtangga sebelum ni. Tinggal untuk diaplikasikan saja dalam mahligai kita sendiri bersama suami. Tip yang paling penting, selain dari mendekatkan diri kita kepada Allah dan menjalani kehidupan selaras dengan tuntutan syarak, adalah ‘komunikasi’. Bermula dari komunikasi, akan muncul tip tip yang lain pula.

Tanpa komunikasi yang berkesan antara suami isteri, tidak akan wujud kesefahaman, yang merupakan elemen atau tip yang tidak kurang pentingnya dalam menyumbang pada keharmonian rumahtangga. Kalau komunikasi berkesan tidak berlaku dalam rumahtangga, masakan si isteri dapat memahami si suami dengan baik, dan sebaliknya. Bila masing2 tidak memahami kehendak, harapan dan impian pasangan, bagaimana akan wujud kesefahaman, sedangkan kesefahaman itu adalah kunci utk kita bertolak ansur sesama suami dan isteri. Jadi di sini, kita dapati, bermula dari komunikasi yang berkesan, akan mewujudkan kesefahaman diantara keduanya, dari kesefahaman itu, akan lahir pula perasaan mahu bertolak ansur kerana kita memahami pasangan kita, dan kita berusaha memberi yang terbaik, demi sebuah kesejahteraan bahtera yang dibina.

Banyak elemen-elemen lain yang membantu kesejahteraan mahligai kita, tetapi untuk tulisan kali ini, kita sentuh yang tiga ni dulu.

Komunikasi berkesan antara pasangan:

Sepanjang pengalaman menonton drama masyarakat di kaca TV, dari drama melayu, hindi mau pun inggeris, kalau dramanya berkisar kisah keluarga dan rumahtangga, sedar tak kita, bahwa komunikasilah yang merupakan unsur terpenting yang selalu menjadi sebab berlakunya kekacauan dalam rumahtangga. Mis-comunication, selalu menjadi punca salah faham, lalu terjadilah cerita…bak kata orang, ‘nak dijadikan cerita…’, nah, itu dalam drama, memang sengaja diolah supaya komunikasi tidak berlaku secara berkesan, supaya terjadinya salah faham antara suami dan isteri, supaya timbul konflik, maka jadilah cerita…adalah modal untuk bercerita…maka keluarlah drama, keluarlah filem dan sebagainaya.

Puncanya, komunikasi, kan? Macamana dengan kehidupan sebenar kita? Nak dibiarkan berlaku seperti dalam drama jugak?

Dalam drama kehidupan kita dengan pasangan, jadikan lah tontonan drama tadi sebagai iktibar buat kita menjalani bahtera rumahtangga sendiri. Kalau komunikasi puncanya, masing2 terlepas pandang mesej dari pasangan, terlalu sibuk dengan diri sendiri, sehingga tidak terdengar mesej pasangan, atau masing2 gagal utk berterus terang, sehingga berlaku kekeliruan, masing2 berprasangka…’takkan itu pun tak faham’, masing2 asyik mengambil kesempatan, ‘ah! dia orang berpelajaran tinggi, takkan tak reti-reti tentang soal remeh macam ni..’, maka berlakulah salah faham. Bila berlaku salah faham, maka tidak berlakulah kesefahaman antara suami isteri. Walhal, kesefahaman itu, tersangatlah penting.

Kesefahaman antara suami isteri:

Isteri faham kesukaan, keinginan, harapan dan impian suami, lalu berusaha sedaya mungkin untuk memenuhinya. Isteri faham kebencian dan keresahan suami, lalu berusaha sehabis daya meninggalkan perkara2 yang suami tak suka.

Begitulah juga dgn suami yg memahami kehendak dan impian isteri, kekalutan,kerisauan dan kegelisahan isteri, tidak akan tergamak membebani isteri dengan perkara yang tidak dapat ditanggung oleh isteri, maka harmonilah hubungan kedua2nya, kerana telah saling memahami.

Menerima pasangan kita seadanya akan lebih mudah dan terasa kemanisannya, apabila kita telah saling memahami, dan semuanya kerana telah berlaku komunikasi yang berkesan diantara mereka, sehingga mereka saling faham memahami kehendak, keperluan, kekuatan dan kelemahan pasangan masing2. Malah banyak lagi perkara2 yang boleh mereka faham mengenai pasangan, yang kesemuanya akan menyumbang pada keharmonian rumahtangga.

Bertolak ansur dalam menjaga keharmonian:

Apabila berlaku kesefahaman, kita akan lebih berupaya untuk bertolak ansur demi melahirkan keharmonian yang dihajatkan. Masing2 kita akan berusaha untuk menyesuaikan tingkah laku, keadaan dan situasi, mengikut kehendak dan keperluan pasangan, semata2 untuk mengejar pahala ‘fastabiqul khairat’, berlumba2 dlm kebaikan, demi sebuah kesejahteraan dalam rumahtangga.

Konsep bertolak ansur ini, terserlah pada ungkapan2 seperti :

‘You get back what you give’, ‘Erti hidup pada memberi’, ‘Melaksanakan tanggungjawab itu lebih tinggi nilainya dari menuntut hak’ … dan banyak lagi.

mengajar kita untuk berlumba-lumba bertolak ansur sesama kita. Bila kita memahami kelebihan dan kelemahan pasangan, kita akan lebih bersedia untuk bertolak ansur kerana memahami bahawa perkahwinan itu sebenarnya adalah satu institusi yang melengkapkan kedua dua suami dan isteri. Kita bertolak ansur menerima kekurangan pasangan, kerana menyedari kita sendiri penuh dengan seribu satu kelompangan yang terpaksa diterima juga oleh pasangan kita. Semuanya hasil dari persefahaman. Melalui komunikasi yang berkesan, kini kita faham lelaki yg bagaimanakah yg kini bergelar suami kita, dan insan wanita yg bagaimanakah yg kini hidup disamping, sebagai isteri kita. Memahami pasangan, akan membuatkan kita redha dan bertolak ansur dengan dia.

Sekali lagi, komunikasi akan menjadi satu elemen yang penting bila berlaku kekacauan dan kegoncangan dlm rumahtangga. Setiap badai yg datang, kalau dibiarkan sepi, tanpa dileraikan sedari awal, sedari ianya berupa riak atau ombak kecil, akan berubah menjadi gelombang tsunami yg cukup besar utk menghempas bahtera kita, kalau itu kita biarkan. Maka komunikasi yang berkesan sgt perlu dipraktikkan, sebelum riak berubah menjadi ombak, sebelum ombak menggulung menjadi badai gelombang, yang mungkin saja boleh bertukar bila-bila masa menjadi tsunami.

Oleh yang demikian, setiap kali berlaku sahaja pergeseran atau konflik, berlaku ikhlaslah dan bersegera menyelesaikannya melalui komunikasi sesama kita, agar kita lebih memahami kesilapan kita, dan keinginan dia, lalu berupaya untuk bertolak ansur pula selepas itu.

KETAHUILAH, RUMAHTANGGA ITU ADALAH GEDUNG PAHALA, DAN SYAITAN SANGAT INGIN MEMPORAK PERANDAKANNYA….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: