Sambutan Bulan Dakwah – Pahang

Bersempena dengan Sambutan Bulan Dakwah seluruh Malaysia, Pahang juga tidak ketinggalan mengadakan beberapa program diperingkat negeri, secara berterusan selama beberapa hari di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan, Pahang. Kemuncak program Bulan Dakwah peringkat negeri Pahang adalah Karnival Maulidur Rasul, yang telah berjaya dilangsungkan mulai 6-9 Mac 2009, di Masjid Negeri dan Padang Besar depan Masjid Negeri. Program anjuran bersama beberapa NGO Islam, termasuk ISMA, Nadwah, Abim, Jim dan Haluan di bawah ‘payung’ Sekretariat Dakwah Pahang (SEDAP), telah memuatkan program2 yang antara lainnya termasuk;

gerai-isma-sempena-mawlid-di-masjid-neg-6-9-mac-1

1. Pameran
2. Jualan Barangan Islam
3. Konsert Islam
4. Medical check-up percuma
5. Seminar Kekeluargaan
6. Ceramah Motivasi
7. Qiamulail (MABIT)
8. Bicara Muqarrobin (Forum)
9. Dll
gerai-isma-sempena-mawlid-di-masjid-neg-6-9-mac-2

ISMA, yang merupakan salah satu dari ahli Sekretariat Dakwah Pahang yang terlibat secara langsung, telah berjaya mengadakan pameran dan jualan barangan Islam termasuk barang2 Aman Palestine, di samping mengadakan Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) pada malam Sabtu 7 hb Mac 2009.

qiam-remaja-sempena-mawlid-pada-7-macdi-masjid-neg

Program Malam bina Iman dan Taqwa, yang rata2 disertai oleh golongan remaja dan belia dari sekolah2 dan IPT2 sekitar Kuantan, disamping golongan2 lain juga, telah berjaya mengumpul lebih kurang 140 orang peserta. Program dimulai dengan solat Isya berjemaah, disusuli dengan ceramah pengisian oleh Ustaz Mohd Ali Abdullah, pensyarah UIA Kuantan, yang merupakan ketua Biro Tarbiyah ISMA Kuantan. Tajuk ceramah : ‘Qiamulail dan Sunnah Nabi saw’

qiam-remaja-sempena-mawlid-pada-7-macdi-masjid-neg-1

Seterusnya, program diteruskan dengan tilawatul Quran dalam kumpulan, yang di’fasi’kan oleh adik2 PEMBINA UIA terutamanya, di bawah seliaan ustaz dan ustazah ISMA. Selesai qiam jamaie, disusuli dengan solat subuhnya, program diteruskan dengan tazkirah subuh oleh Ustaz Mohd Ali sekali lagi, dengan tajuk : ‘Akhlak Mulia Merubah Dunia’, yang telah turut qiam bersama. Akhirnya, para peserta dijamu dengan sarapan pagi sebelum bersurai.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: