Macam-macam orang Melayu ni.

“Apa lah nak jadi dengan orang Melayu kat Malaysia ni? Juara menagih dadah, juara zina, juara sumbang mahram, juara buang bayi, juara mat rempit dan macam2 lagi masalah sosial Malaysia, semuanya digondol kemas oleh orang Melayu. Apa masalah orang Melayu sebenarnya?” “Pada nama Melayu tu sendiri dah tak betul….duk suruh ‘layu’, layu lah dia!” “Aku [...]

Pentingnya Komunikasi dalam Rumahtangga

Dalam menjalani kehidupan berumahtangga, samada rumahtangga orang biasa, atau orang luar biasa, orang dakwah atau orang bukan dakwah, orang kecil atau orang besar, sama sahaja, ujian pasti ada, dugaan pasti datang, untuk menjadi sebab kita memperoleh pahala atau dosa. Itulah lumrah kehidupan di dunia, dunia sebagai tempat beramal, sedang akhirat sebagi tempat balasan. Maka bagi [...]

Konwanis 2010-terlaksana sudah

Konwanis, singkatan bagi Konvensyen Wanita Islam Nasional, anjuran Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia, kali ini telah berlangsung di Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson pada 24 Julai 2010 lalu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, telah membawa tema “Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden”, membuka minda para peserta akan cabaran-cabaran terkini yang melanda [...]

Persiapan Membentuk Pelapis Duat

Persiapan membentuk anak-anak di umur sekolah rendah untuk menjadi pelapis duat di masa akan datang. Senario 1 Sewaktu melihat berita di kaca TV mengenai serangan kejam Israel yang tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin,terkeluar dari mulut si ibu; “Sedihnya hati umi melihat penderitaan rakyat Palestin,setiap hari dizalimi Yahudi Laknatullah.” Tiba-tiba mencelah Mujahid yang berusia 6 [...]

Membina Semangat dan Jiwa Keusahawanan Dalam Kalangan Orang Islam

Intro Dewasa ini dalam persaingan bagi mendapatkan peluang pekerjaan atau perniagaan, idea menceburkan diri dalam keusahawanan adalah penting. Ramai orang mahu menjadi usahawan kerana yakin ia adalah jalan untuk kekayaan dan kemakmuran hidup. Pada hakikatnya , ajaran Islam mendorong penganutnya mencapai taraf hidup yang tinggi dan kemakmuran. Dengan ini mereka mampu menterjemahkan Islam sebagai rahmatan [...]

Perkhemahan NAZIM 2010

Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt yang telah mengizin dan memudahkan berlangsungnya perkhemahan bagi anak-anak NAZIM Kuantan pada 27-28 Feb 2010 lepas. Perkhemahan selamat dilaksanakan di Permatang Badak, Kuantan dengan kerjasama dari beberapa adik-adik pembina ikhwah dan akhawat yang telah banyak membantu sepanjang program berjalan.

PERANAN WANITA DALAM ISU-ISU PEMAKANAN KELUARGA

Pendahuluan Di alaf yang serba moden ini, industri makanan tidak ketinggalan mengalami revolusinya yang tersendiri. Setiap hari, kita dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan komersial yang bukan sahaja menarik dan sedap dipandang malah tentunya enak dimakan. Persoalan pertama, sejauh manakah jaminan kehalalan makanan yang dilambakkan di pasaran hari ini? “ Sesungguhnya yang haram itu jelas dan [...]

Kem Wanita Islam 2010

Satu Perkhemahan Wanita Islam Kuantan telah berlangsung dengan jayanya pada 20-21 hb Feb 2010 lalu di Balok Seaview Resort dengan kehadiran seramai 55 orang yang kebanyakkannya terdiri dari pelajar-pelajar IPT setempat. Perkhemahan yang bertemakan “Ukhuwah dan Prioritas, Menjana kemenangan yang Pasti” dianjurkan oleh Biro HRD Wanita, Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) Pahang ini telah berjaya dilaksanakan dengan [...]

Wanita dan supplementary

Makanan tambahan dan wanita. Pernahkah anda terbaca iklan mengenai makanan tambahan/dietary supplement diakhbar – akhbar tempatan atau di internet? Sebenarnya terlalu banyak produk-produk kesihatan yang menawarkan makanan kesihatan kepada masyarakat Malaysia hari ini. Dengan mencanangkan berbagai-bagai kebaikan atau khasiat yang dapat diberikan kepada pelanggan-pelanggan yang membeli atau menggunakannya, ramai yang tertipu atau mengharapkan kesan serta [...]

Perkhemahan Wanita Islam Kuantan 2010

Consultant pilihan kami kali ini adalah : Kem Motivasi dan Latihan D’Perkasa, Gombak Selangor (Ustaz Nik Azam Nik Wajis-a.k.a Pok Nik) Bagi yang berminat, sila hubungi Pn Noorzaimen A.Kadir                    : 0199324066 Cik Aisyah Badhrulhisham              : 0132814070

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.