Suara Wanita Isma Pahang

Macam-macam orang Melayu ni.
“Apa lah nak jadi dengan orang Melayu kat Malaysia ni? Juara menagih dadah, juara zina, juara sumbang mahram, juara buang bayi, juara mat rempit dan macam2 lagi masalah sosial Malaysia, semuanya digondol kemas oleh orang Melayu. Apa masalah orang Melayu sebenarnya?”

“Pada nama Melayu tu sendiri dah tak betul….duk suruh ‘layu’, layu lah dia!”

“Aku malulah nak mengaku aku ni berbangsa Melayu, mak aku keturunan Cina, aku tumpang bangsa Cina la, lagi best!”

“Memang masalah betul orang Melayu ni, nasib baik kita jumpa Islam dulu, sebelum kita jumpa dan kenal Melayu!”

Subhanallah….bukan setakat empat kenyataan di atas saja yg kita selalu dengar, yg kebanyakannya dari mulut orang Melayu sendiri. Banyak lagi kenyataan-kenyataan negatif, yang dilabelkan kepada orang Melayu, yang secara sedar atau tidak, terus terpalit sama kepada Islam, kerana DI MALAYSIA, rata-rata masyarakat faham, orang Melayu itu adalah orang Islam. Melayu = Islam.

Konvensyen Memperingati Kejatuhan Empayar Melayu-Islam Melaka (KEMM)  dah selesai di Melaka, tapi bisik-bisik mengenainya masih kedengaran. Impaknya besar dan kuat, terutama pada anak2 muda. Kehadiran konvensyen, sangat2 menggalakkan. Melebihi dari target yg dijangka, dan kebanyakannya adalah kaum belia. Alhamdulillah, syukur dan puji kepada Allah swt yg mengizinkan segalanya. Namun, komen2 seperti di atas masih kedengaran, ditambah pulak dgn salah faham tentang isu yg ingin dibawa dan slogan yang diguna pakai. Semuanya di twist/belitkan, sampai keliru sendiri akhirnya….Allahuakbar!

Kenapa Melayu = Islam?

Jawapan tersimpul kukuh dalam ketiga2 kertaskerja KEMM baru-baru ni. Lets not go into that yet, for now.

Yang ana rasa pelik dan aneh, bila kenyataan2 yg mengaitkan orang Melayu dengan masalah2 sosial di Malaysia itu di’zoom’kan (meminjam kata-kata ustaz Fauzi, pembentang ketiga KEMM), pedih telinga dan hati kita mendengarnya. Kenapa mesti seteruk itu Melayu dimata masyarakat. Kenapa mesti sehina itu Melayu dilihat?

So, kita nak duduk saja? Biarkan saja bangsa kita diperkatakan begitu sekali? Mana boleh….

Makanya kita ke depan, mengejutkan bangsa kita yg terlalu lama dan lena sekali tidurnya. Dikejut dgn berbagai cara, masih menggeliat, enggan beralih dari keselesaan dibaluti selimut kealpaan, ‘keamanan’, keduniaan. Maka cara yg lebih serius dan inovatif pulak perlu dicari utk mengejutkan bangsa yg masih lena ini.

Wah, tau-taunya…yang complain pasal Melayu tadi itu jugaklah yg bangkit marah2, bila persoalan bangsa diketengahkan. Kalau komentar pertama tadi, memburuk2kan bangsa, salah pulak persoalan bangsa itu nak diguna pakai utk menyadarkan bangsa yg dihina-hina. Sudahnya bagaimana? Menghina, merendahkan, boleh pakai ‘bangsa’, tapi utk terjaga, sadar lalu bangkit mengejutkan, tak boleh guna ‘bangsa’? Bagaimana tuh?? Walaupun pendekatan kebangkitan itu adalah dgn kaedah Islam itu sendiri…Hairan kan? So, sampai bila la Melayu tak layu?

“Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”?

Pun ada yg nak melenting. Bak kata anak ana Aiman (Kami berbual panjang tentang benda ni on our way back to Kuantan malam tu, sambung lagi discussion bila dapat respons yg macam-macam malam semalam), teliti betul betul slogan di atas, kita akan nampak mana matlamat, mana target. Matlamat kita adalah untuk Islam itu berdaulat, dan dalam realiti Malaysia, fokus kita adalah kepada bangsa Melayu yg merupakan bangsa tonggak, atau istilah Aiman, ‘bangsa ikon Islam’. Kalau Melayu sepakat, bersatu dalam satu agenda yg sama, matlamat yg sama, Islam akan berdaulat. Tapi kalau – in Aiman’s exact words, ” ikon islam tu sndiri leweh x bermaya, lepas 2 nak mengaku islam itu hebat, kuat, siapa nk prcaya?”

In other words, we are trying to improve our bangsa dgn acuan Islam, to convey the message that Islam is the solution to all the problems so far, thus Kehebatan Islam, yg memang hebat, no doubts, akan terzahir…..Bermakna, kita nak seru,

“Ayuh Melayu, setiap kita sepakat utk kembali kepada jati diri Melayu/Islam, tegakkan Islam dalam tiap diri, maka Islam akan tertegak dan berdaulat di bumi Malaysia. Bila Islam dah berdaulat, keadilan pada semua bangsa akan terlaksana.”

Mudah je, Matlamat kita adalah untuk Islam berdaulat, dan target kita adalah utk Melayu sepakat mencari dan menghayati jati diri sendiri. Dalam realiti Malaysia, Melayu adalah ikon Islam. Bukan kita yg sengaja melabel bangsa kita, tp itu adalah persepsi masyarakat sejak zaman kegemilangan dulu. Nak tak nak, kita kena buktikan…

Kalau “Islam Berdaulat, Melayu Kuat”, beerti matlamat kita adalah untuk menguatkan Melayu dgn menggunakan Islam? Ana rasa, slogan ini akan lebih digeruni oleh bangsa lain, esp yg bukan Islam. Menggunakan Islam utk menguatkan Melayu, mungkin saja Melayu yg kuat tapi tidak islamik itu berbuat wewenangnya pada bangsa lain, hatta pada bangsa Melayu sendiri. Sebab matlamat dah songsang.

Apa pun, yang cuba diketengahkan di sini, adalah untuk mengajak bangsa ikon Islam Malaysia ini utk menyedari bahwa suatu masa dulu, Islam terserlah kehebatannya, keadilannya,kesyumulan dan kebaikannya kerana we live the Islam in our lives. Islam itu dihidupkan dalam diri sehingga menjadi jati diri orang Melayu, Islam itu adalah ikon org Melayu. Kalau dulu, semua itu boleh dicapai, tak mustahil sekarang juga kita bisa bangkit seperti dulu, asal saja Melayu semua sepakat, menuju ke arah itu. Ketepikan perbezaan, fokus pada matlamat yg satu, kita bersatu di situ. Tak perlu ‘bergabung’, tapi bersatu atas matlamat mahukan Islam itu berdaulat di bumi Malaysia.

Bila Islam sudah berdaulat, semua bangsa lain akan harmoni di bawah perlaksanaan keadilan dan kesucian Islam, tak kira samada bangsa itu Islam atau tidak. Contoh2 kebaikan dan kehebatan Islam yg dilihat dalam diri ikon Islam itu sendiri sudah cukup besar impaknya dalam menyampaikan risalah dan dakwah Islam kepada mereka. Mereka akan tertarik dgn sendirinya, dakwah lebih mudah disampaikan oleh orang yg menghidupkan risalah itu dlm kehidupan mereka. Bukankah itu matlamat kita juga? Mereka akan mengagumi Kehebatan Islam yg terzahir dalam diri orang Islam.

Ana sudahi post kali ini dgn satu persoalan utk kita sama2 fikirkan.

Bukankah Rasulullah saw mengajar kita utk memulakan seruan dakwah kepada kaum keluarga dan kerabat terdekat terlebih dahulu. Beri keutamaan dan fokus kepada mereka. Siapakah yang dikira kaum kerabat, selepas keluarga, kalau bukan bangsa sendiri?

Wallahu’alam.

Pentingnya Komunikasi dalam Rumahtangga
Dalam menjalani kehidupan berumahtangga, samada rumahtangga orang biasa, atau orang luar biasa, orang dakwah atau orang bukan dakwah, orang kecil atau orang besar, sama sahaja, ujian pasti ada, dugaan pasti datang, untuk menjadi sebab kita memperoleh pahala atau dosa. Itulah lumrah kehidupan di dunia, dunia sebagai tempat beramal, sedang akhirat sebagi tempat balasan. Maka bagi yang sudah menunaikan separuh dari agamanya, rumahtangga adalah merupakan antara medan pertarungannya untuk mendapatkan bekalan ke akhirat sana.

Saban hari, ada sahaja berita gembira, sahabat handai, rakan taulan mau pun saudara mara kita yang mendirikan masjid sebagai melengkapi sebahagian dari agama, namun di sisi lainnya, kita dapati ada sahaja kisah kegoncangan rumahtangga yang membawa kepada berlakunya perceraian, sehinggakan suatu ketika dulu, kita dikejutkan dengan statistik dari JAKIM, bahwa di Malaysia sahaja, kadar perceraian sangat membimbangkan. Berlaku perceraian setiap 15 minit?

Melihat pada kemelut sosial yang berlaku dikalangan remaja maupun dewasa, tidak dapat tidak, kita terpaksa akur bahwa antara faktor terbesar yang menyumbang kepada terjadinya gejala dan kemelut ini adalah faktor kerukunan rumahtangga. Berpunca dari tiadanya keharmonian dalam rumahtangga, maka remaja mencari keselesaan di luar sana, yang pastinya lebih mencabar dan menghanyutkan, bukan menyelesaikan masalah, tetapi lebih mendatangkan mudharat.

Kekalutan dalam rumahtangga, ketidak harmonian menjalani bahtera, semuanya berpunca dari ahli-ahlinya sendiri. Suami sebagai nakhoda, dan isteri sebagai pembantunya, gagal memainkan peranan masing2. Kerapuhan iman dan ketiadaan ilmu adalah punca utamanya. Ilmu dalam mengharungi alam rumahtangga harus dipelajari, disamping memantapkan iman dan menyedari bahwa kita semua akan dipertanggungjawabkan dengan peranan kita masing2 di akhirat kelak, boleh menjadi benteng bagi kita untuk mengelakkan dari berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan.

Sebenarnya, terlalu banyak tips yang sudah kita perolehi dari pakar2 motivasi keluarga dan rumahtangga sebelum ni. Tinggal untuk diaplikasikan saja dalam mahligai kita sendiri bersama suami. Tip yang paling penting, selain dari mendekatkan diri kita kepada Allah dan menjalani kehidupan selaras dengan tuntutan syarak, adalah ‘komunikasi’. Bermula dari komunikasi, akan muncul tip tip yang lain pula.

Tanpa komunikasi yang berkesan antara suami isteri, tidak akan wujud kesefahaman, yang merupakan elemen atau tip yang tidak kurang pentingnya dalam menyumbang pada keharmonian rumahtangga. Kalau komunikasi berkesan tidak berlaku dalam rumahtangga, masakan si isteri dapat memahami si suami dengan baik, dan sebaliknya. Bila masing2 tidak memahami kehendak, harapan dan impian pasangan, bagaimana akan wujud kesefahaman, sedangkan kesefahaman itu adalah kunci utk kita bertolak ansur sesama suami dan isteri. Jadi di sini, kita dapati, bermula dari komunikasi yang berkesan, akan mewujudkan kesefahaman diantara keduanya, dari kesefahaman itu, akan lahir pula perasaan mahu bertolak ansur kerana kita memahami pasangan kita, dan kita berusaha memberi yang terbaik, demi sebuah kesejahteraan bahtera yang dibina.

Banyak elemen-elemen lain yang membantu kesejahteraan mahligai kita, tetapi untuk tulisan kali ini, kita sentuh yang tiga ni dulu.

Komunikasi berkesan antara pasangan:

Sepanjang pengalaman menonton drama masyarakat di kaca TV, dari drama melayu, hindi mau pun inggeris, kalau dramanya berkisar kisah keluarga dan rumahtangga, sedar tak kita, bahwa komunikasilah yang merupakan unsur terpenting yang selalu menjadi sebab berlakunya kekacauan dalam rumahtangga. Mis-comunication, selalu menjadi punca salah faham, lalu terjadilah cerita…bak kata orang, ‘nak dijadikan cerita…’, nah, itu dalam drama, memang sengaja diolah supaya komunikasi tidak berlaku secara berkesan, supaya terjadinya salah faham antara suami dan isteri, supaya timbul konflik, maka jadilah cerita…adalah modal untuk bercerita…maka keluarlah drama, keluarlah filem dan sebagainaya.

Puncanya, komunikasi, kan? Macamana dengan kehidupan sebenar kita? Nak dibiarkan berlaku seperti dalam drama jugak?

Dalam drama kehidupan kita dengan pasangan, jadikan lah tontonan drama tadi sebagai iktibar buat kita menjalani bahtera rumahtangga sendiri. Kalau komunikasi puncanya, masing2 terlepas pandang mesej dari pasangan, terlalu sibuk dengan diri sendiri, sehingga tidak terdengar mesej pasangan, atau masing2 gagal utk berterus terang, sehingga berlaku kekeliruan, masing2 berprasangka…’takkan itu pun tak faham’, masing2 asyik mengambil kesempatan, ‘ah! dia orang berpelajaran tinggi, takkan tak reti-reti tentang soal remeh macam ni..’, maka berlakulah salah faham. Bila berlaku salah faham, maka tidak berlakulah kesefahaman antara suami isteri. Walhal, kesefahaman itu, tersangatlah penting.

Kesefahaman antara suami isteri:

Isteri faham kesukaan, keinginan, harapan dan impian suami, lalu berusaha sedaya mungkin untuk memenuhinya. Isteri faham kebencian dan keresahan suami, lalu berusaha sehabis daya meninggalkan perkara2 yang suami tak suka.

Begitulah juga dgn suami yg memahami kehendak dan impian isteri, kekalutan,kerisauan dan kegelisahan isteri, tidak akan tergamak membebani isteri dengan perkara yang tidak dapat ditanggung oleh isteri, maka harmonilah hubungan kedua2nya, kerana telah saling memahami.

Menerima pasangan kita seadanya akan lebih mudah dan terasa kemanisannya, apabila kita telah saling memahami, dan semuanya kerana telah berlaku komunikasi yang berkesan diantara mereka, sehingga mereka saling faham memahami kehendak, keperluan, kekuatan dan kelemahan pasangan masing2. Malah banyak lagi perkara2 yang boleh mereka faham mengenai pasangan, yang kesemuanya akan menyumbang pada keharmonian rumahtangga.

Bertolak ansur dalam menjaga keharmonian:

Apabila berlaku kesefahaman, kita akan lebih berupaya untuk bertolak ansur demi melahirkan keharmonian yang dihajatkan. Masing2 kita akan berusaha untuk menyesuaikan tingkah laku, keadaan dan situasi, mengikut kehendak dan keperluan pasangan, semata2 untuk mengejar pahala ‘fastabiqul khairat’, berlumba2 dlm kebaikan, demi sebuah kesejahteraan dalam rumahtangga.

Konsep bertolak ansur ini, terserlah pada ungkapan2 seperti :

‘You get back what you give’,  ‘Erti hidup pada memberi’,  ‘Melaksanakan tanggungjawab itu lebih tinggi nilainya dari menuntut hak’ … dan banyak lagi.

mengajar kita untuk berlumba-lumba bertolak ansur sesama kita. Bila kita memahami kelebihan dan kelemahan pasangan, kita akan lebih bersedia untuk bertolak ansur kerana memahami bahawa perkahwinan itu sebenarnya adalah satu institusi yang melengkapkan kedua dua suami dan isteri. Kita bertolak ansur menerima kekurangan pasangan, kerana menyedari kita sendiri penuh dengan seribu satu kelompangan yang terpaksa diterima juga oleh pasangan kita. Semuanya hasil dari persefahaman. Melalui komunikasi yang berkesan, kini kita faham  lelaki yg bagaimanakah  yg kini bergelar suami kita, dan insan wanita yg bagaimanakah yg kini hidup disamping, sebagai isteri kita. Memahami pasangan, akan membuatkan kita redha dan bertolak ansur dengan dia.

Sekali lagi, komunikasi akan menjadi satu elemen yang penting bila berlaku kekacauan dan kegoncangan dlm rumahtangga. Setiap badai yg datang, kalau dibiarkan sepi, tanpa dileraikan sedari awal, sedari ianya berupa riak atau ombak kecil, akan berubah menjadi gelombang tsunami yg cukup besar utk menghempas bahtera kita, kalau itu kita biarkan. Maka komunikasi yang berkesan sgt perlu dipraktikkan, sebelum riak berubah menjadi ombak, sebelum ombak menggulung menjadi badai gelombang, yang mungkin saja boleh bertukar bila-bila masa menjadi tsunami.

Oleh yang demikian, setiap kali berlaku sahaja pergeseran atau konflik, berlaku ikhlaslah dan bersegera menyelesaikannya melalui komunikasi sesama kita, agar kita lebih memahami kesilapan kita, dan keinginan dia, lalu berupaya untuk bertolak ansur pula selepas itu.

KETAHUILAH, RUMAHTANGGA ITU ADALAH GEDUNG PAHALA, DAN SYAITAN SANGAT INGIN MEMPORAK PERANDAKANNYA….

Konwanis 2010-terlaksana sudah
Konwanis, singkatan bagi Konvensyen Wanita Islam Nasional, anjuran Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia, kali ini telah berlangsung di Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson pada 24 Julai 2010 lalu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, telah membawa tema “Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden”, membuka minda para peserta akan cabaran-cabaran terkini yang melanda dan jalan penyelesaian terbaik yang perlu diambil tahu dan diambil tindakan oleh para wanita.

Konwanis kali ini telah dirasmikan oleh YB Dato’Hajah Zainab bt Nasir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau menyarankan dalam ucapan perasmiannya, agar wanita dapat menetukan hala tuju dan merancang masa depan yg lebih baik berlandaskan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan. Beliau juga ada menekankan ‘Jika rosak wanita, rosaklah generasi akan datang’, yg membawa maksud betapa besarnya peranan wanita dalam menentukan masa depan sesebuah negara.

Menurut Dato’ Zainab lagi, Konwanis kali ini bertepatan dengan tarikh Majlis Pelancaran Hari Wanita Nasional yang akan dilaksanakan di sebelah petangnya, mungkin bukanlah satu kebetulan yg berlaku secara sia2, namun mesej disebaliknya supaya para wanita membuka mata bahawa, kekuatan material bukanlah ukuran untuk mendepani segala masalah sosial yg kita hadapi sekarang, tetapi kekuatan akal dalam mentafsir sesuatu,kekuatan fizikal dalam melaksanakan perancangan dan kekuatan jiwa dalam menegakkan agama adalah tiga kekuatan yg penting sebagai bekalan kita.

Sebagai pembuka bicara pembentangan konwanis kali ini, Ustazah Norakhilah Baharin, Ketua Wanita Isma Perak telah menjelaskan betapa pentingnya dan betapa perlunya setiap wanita itu berpegang teguh pada identiti atau jati diri seorang wanita muslim yang bersifat seimbang dan bersepadu. Cairnya jati diri muslim kita akan menyebabkan kita hilang arah dalam membawa anak2 dan keluarga menuju matlamat hakiki sebagai hamba dan khalifah Illahi di muka bumi ini. seterusnya akan menyebabkan kita terus-terusan dalam kancah masalah demi masalah tanpa menemui jalan penyelesaian.

Diantara ciri-ciri jati diri yg dikemukakan oleh Ustazah Norakhilah adalah

1. Memiliki Iman yg mantap – Kefahaman dan penghayatan iman dalam kehidupan seharian merupakan paksi utama jati diri seorang wanita muslim solehah.

2. Menjadi Insan berjiwa Merdeka – seperti mana yg diberi kebebasan oleh Islam, dalam ertikata memberi penyerahan diri secara mutlak kepada Allah swt, bukan kepada belenggu penjajahan pemikiran, hawa nafsu atau pemikiran yg jumud.

3. Mempunyai Keunggulan Peribadi – sebagai hasil atau buah dari iman yg mantap. Tidak sempurna iman seseorang itu tanpa peribadi yg unggul seperti mana yg telah diteladankan kepada kita oleh Baginda Rasulullah saw.

Antara perkara yg perlu dititikberatkan dalam mencapai keunggulan peribadi ini termasuk sifat malu, menjaga batasan pergaulan lelaki dan wanita, mempunyai matlamat hidup yg selari dengan ajaran Islam, berwibawa dengan ilmu pengetahuan yg akan membawa faedah kepada semua, memiliki keazaman untuk bekorban demi Allah dan RasulNya, mempunyai prinsip hidup yg berlandaskan syariat dalam menentukan pilihan menjalani kehidupan.

Seterusnya dalam pembentangan kedua, Ustazah Nor Saleha Mohd Salleh, Ketua Wanita Isma sendiri telah memperjelaskan maksud Pasca Moden dan bahaya2 yg datang bersama falsafah tersebut. Secara ringkasnya, gagasan pasca moden ini merupakan satu gagasan yg menolak fitrah manusia, termasuk fitrah kepada semangat kewarganegaraan, semangat kebersamaan, ketuhanan serta konsep metafizik (alam ghaib). Pasca moden lebih mementingkan manusia mencapai kebebasan diri secara optimum atau mutlak tanpa terikat pada mana-mana tradisi, lalu terbitlah tuntuan kebebasan dalam segala segi walaupun bertentangan dengan etika keagamaan, budaya, akhlak malah kemanusian itu sendiri.

Ustazah Nor Saleha bersama Pengarah Program, Ustazah Norlida Kamaludin

Ana sertakan sekali potongan kesimpulan dari pembentangan tersebut di bawah ini.

“Pasca moden adalah satu wajah baru yg dibawa oleh Barat untuk menghapuskan semangat bangsa dan rasa izzah sebagai seorang Islam. Penyerapan idea ini berlaku dalam keadaan yang sangat halus dan tersusun. Dalam konteks bangsa Melayu, era pasca moden akan menjadikan kita wanita Melayu, manusia tanpa bangsa dan tanpa agama, lalu menjadikan kita manusia yang tanpa agenda, identiti dan jati diri. Manusia yg tiada identiti dan jati diri, akan sentiasa tunduk dan dipergunakan oleh orang lain.”

Seruan akhir oleh Ketua Wanita Isma tersebut;

“Saya menyeru diri saya dan seluruh wanita Melayu agar bangkit dan kembali kepada ajaran Islam yg sebenar sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah saw, menjadikan Islam sebagai satu cara hidup. Meletakkan agama sebagai satu pertimbangan dan neraca kehidupan. Inilah sahaja yg dapat menyelamatkan kita dari terpengaruh dengan budaya dan fahaman yg dibawa dalam era pasca moden. Inilah juga yg boleh menyelamatkan bangsa kita dari terus bergelumang dengan maksiat dan kemungkaran Allah swt.”

Konwanis seterusnya menghidangkan para peserta dengan forum bertajuk Realiti Wanita Pasca Moden dengan ahli panelnya yg terdidi dari Puan Hajjah Rohani bt Datuk Mohd Shahir, yang telah banyak berkongsi pengalaman dalam aspek ekonomi dan kewangan, kerana wanita dan ekonomi bukanlah sesuatu yg asing, malah seringkali wanita dikaitkan sebagai ‘Menteri Kewangan’ dalam keluarga.

Ahli panel yg kedua pula adalah Ustazah Nik Norsaha bt Hj Nik Mohammad, seorang pendakwah bebas yg tidak asing lagi dikalangan sekolah2 sekitar Negeri Sembilan, yg telah banyak memberi motivasi dan input positif tentang bagaimana memainkan peranan kita sebagai wanita yg bekerjaya tanpa menggadaikan kepentingan keluarga dan rumahtangga.

Secara peribadinya, bagi ana, konwanis kali ini membawa erti yg tersendiri, apabila melihat kepada bilangan peserta yg mencecah target 1000 orang itu, kebanyakannya terdiri dari remaja dan beliawanis muda yg akan menjadi peneraju negara suatu masa nanti. Kami para veteran 40an, merasa benar2 teruja menumpang semangat anak2 belia yg begitu berkobar2 menyatakan kesediaan mereka untuk memainkan peranan secara aktif dalam memastikan wanita Melayu negara ini kuta dan hebat mendukung Islam sebagai cara hidup, demi untuk mengembalikan kalimah Allah itu tertegak di bumiNya. Denagn keikhlasan dari semua pihak, baik yg muda atau pun yg tua, ana percaya, kemenangan akan di pihak kita. Semoga kita tidak ketinggalan dalam misi murni, menyeru manusia kembali kepada Illahi, Rabbi.

InsyaAllah. Ameen.

Untuk berita selanjutnya :

blog Biro Wanita Isma

klik sini

klik sini juga

Untuk lebih banyak fotonya:

foto konwanis

Persiapan Membentuk Pelapis Duat
Persiapan membentuk anak-anak di umur sekolah rendah untuk menjadi pelapis duat di masa akan datang.

Senario   1

Sewaktu melihat berita di kaca TV mengenai serangan kejam Israel yang tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin,terkeluar dari mulut si ibu;

“Sedihnya hati umi melihat penderitaan rakyat Palestin,setiap hari dizalimi Yahudi

Laknatullah.”

Tiba-tiba mencelah Mujahid yang berusia 6 tahun.

“Bila kita nak pergi ke Palestin Umi?”

Terkejut umi mendengar soalan yang diajukan,lalu bertanya,

“Bukankah mereka sedang berperang?Along tak takut mati ke?”

Jawab si anak,”Along pun nak mati syahid juga,umi.Takkan anak-anak di Palestin je yang boleh mati syahid.Along pun nak masuk syurga juga seperti mereka….”

Terkedu si ibu mendengar jawapan along yang penuh kesungguhan dan keikhlasan itu.

Senario   2

Sedang keluarga Encik Amran berehat-rehat sambil menonton program realiti hiburan di kaca TV petang Sabtu itu,tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kedatangan kedua ibu-bapanya dari kampung.

Encik Amran dan isterinya Puan Laili bersalaman dengan mereka dan mempersilakan keduanya masuk.Puan Laili memanggil ketiga-tiga orang anaknya yang berusia di antara 3-12 tahun untuk bersalaman dengan datuk dan nenek itu.Anak yang bongsu,Farah berlari-lari datang memeluk kedua orang tua itu,tetapi kedua-dua abangnya masih tidak berganjak dari peti televisyen.

“Kejap lagi Along dan Angah tu datanglah bersalam dengan mak dan ayah.Mereka berdua tu memang tidak boleh ‘miss’program kegemaran mereka.Jika sedang menonton televisyen jangan di harap nak minta tolong apa-apa”jelas Puan Laili.

“Budak-budak  zaman sekarang biasalah begitu….”jawab neneknya ringkas.

“Si Farah ni, nampak saja kecil mak.Tapi semua tarian dan lagu-lagu yang ditonton di TV tu boleh di tirunya,memang nampak sangat bakat dia,”tambah Puan Laili merujuk pada anak bongsunya.

Datuk dan nenek hanya berpandangan  diantara satu sama lain tanpa berkata sepatah jua pun….

Persoalannya di sini ialah :Apakah persiapan dan peranan kita sebagai ibu bapa dalam membentuk anak-anak amanah Allah untuk menjadi generasi pelapis duat?Marilah kita para murabbi terutama ibu bapa memahami realiti (waqi’) kehidupan kita hari ini dengan penuh kesedaran, agar segala tindakan yang diambil adalah betul dan tepat.

Allah berfirman: (At-Tahrim : 6 )

“Peliharalah dirimu dan ahli keluarga mu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu …..”

Sabda Rasulullah s.a.w,

“Kewajipan orang tua terhadap anaknya ialah memberikan nama yang baik,memperelokkan akhlaknya,mengajar kepadanya membaca dan menulis,mengajar ilmu berenang……”(riwayat al-hakim)

Sabda Baginda lagi,

“Tiap-tiap anak itu dilahirkan mengikut fitrahnya,maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan samaada Yahudi, Nasrani atau Majusi…..”(Bukhari & Muslim)

Menurut Imam Al-Ghazali:

“Anak-anak merupakan nikmat kurniaan Allah s.w.t.kepada orang tuanya.Hati mereka suci ibarat sebutir permata yang boleh dibentuk mengikut sesuka hati pengukirnya.Anak-anak merupakan amanah Allah kepada orang tuanya dan mereka wajib mendidiknya dengan sempurna.”

CIRI-CIRI PENDIDIK

Untuk menerapkan nilai-nilai Islam kepada kanak-kanak sehingga akhirnya mereka berupaya memikul tanggung jawab sebagai pelapis duat, memerlukan penyusunan yang teliti,kesungguhan dan kemampuan mengedalikannya.Para murabbi,yakni orang yang terlibat dalam pendidikan anak-anak ini seperti ibu bapa atau guru-guru hendaklah terlebih dahulu memahami beberapa konsep dan matlamat Pendidikan Islam (Tarbiyatul Islamiyah) itu sendiri.Mereka juga perlu memiliki ciri-ciri yang tertentu untuk memudahkan diri mereka memikul tanggung jawab yang berat dan mencabar ini.Diantara sifat-sifat yang harus dimiliki oleh seseorang pendidik adalah:

1.	Memiliki ilmu pengetahuan (termasuk ilmu keibu-bapaan )yang sahih

2.	Sentiasa bertaqwa kepada Allah

3.	Memahami tabiat anak-anak

4.	Merasa bertanggung jawab

5.	Ikhlas

6.	Sabar

7.	Komited (bersungguh-sungguh)

8.	Istiqamah

Firman Allah : (Al-Anfal : 27 )

“Hai orang-oarang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang diberikan kepada kamu.”

MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM

Matlamat Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan generasi manusia salih yang berpegang teguh dengan Islam dan mampu melaksanakan tanggung jawab amar  makruf dan nahi mungkar.

Firman Allah : (At-Taubah : 112)

“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat,yang beribadat,yang memuji (Allah),yang melawat,yang rukuk,yang sujud,yang menyuruh berbuat ma’aruf dan mencegah berbuat mungkar,dan yang memelihara hokum-hukum Allah…..

Di antara matlamat umum yang ingin dicapai dalam pendidikan kanak-kanak adalah

1.Memberi kesedaran dan kefahaman tentang tugas kanak-kanak di dunia ini

2.Menanam bibit-bibit kecintaan kepada Islam dan merasa bahawa diri mereka adalah milik Islam

3.Mendidik dan membentuk sehingga mencapai keperibadian yang seimbang

4.Membimbing  dan mempersiapkan  kanak-kanak dengan beberapa kemahiran yang membolehkan mereka memberi sumbangan untuk masyarakat sekeliling

Pendidikan kanak-kanak ini juga akan melalui beberapa tahap atau peringkat.Tiap-tiap peringkat ini mempunyai matlamat dan tujuan tertentu yang ingin dicapai.Para pendidik mestilah bekerja sedaya upaya untuk mencapai matlamat di setiap tahap supaya apabila tiba masanya,mudahlah kanak-kanak itu ditingkatkan ketahap yang lebih tinggi tanpa menemui sebarang kesulitan.Melentur buluh hendaklah di waktu rebungnya.Tidak dapat dinafikan bahawa mendidik anak-anak sebelum mereka menjadi rosak,adalah lebih baik daripada memperbaiki anak-anak yang telah rosak akhlaknya.

Ibnul Al-Jauzi berkata:

“Pembetukan anak yang utama adalah pada waktu kecilnya,maka apabila se orang anak dibiarkan melakukan sesuatu yang kurang baik dan kemudian menjadi kebiasaannya, maka akan sukarlah memperbetulkannya apabila telah dewasa “

ASPEK-ASPEK PENTARBIYAHAN YANG HARUS DIBERI PENEKANAN

Untuk melahirkan anak-anak yang berjiwa ‘teguh’ terhadap Islam,berkeperibadian seimbang,berilmu pengetahuan dan bertaqwa,maka mereka seharusnya menerima pendidikan yang menyeluruh dan seimbang.Justeru itu bahan-bahan pendidikan yang disediakan oleh para murabbi hendaklah menyentuh semua aspek yang diperlukan bagi mencapai kesempurnaan hidup manusia.

1.Pendidikan Kerohaniaan

a) Penerapan iman dan aqidah Islam

b) Pendidikan akhlak yang mulia

2. Pendidikan Kesihatan Jasmani

a) Menjaga kebersihan

b) Melindungi tubuh dari penyakit

c) Memelihara makanan dan minuman

d) Menjauhkan diri dari memuaskan nafsu syahwat dengan cara haram

3.  Pendidika Aqal

a) Mempelajari ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diri kepada Allah

4.  Pendidikan Untuk Mencapai Kemerdekaan Jiwa

a) Mendidik kanak-kanak berdikari dan memilik harga diri

5.  Pendidikan Pergaulan Dengan masyarakat.

A) Mendidik tentang hak-hak masyarakat

a) hak-hak ibu bapa

b) hak-hak kaum kerabat

c) hak-hak jiran tetangga

d) hak-hak guru

e) hak-hak orang yang lebih tua

B) Mendidik dengan adab-adab

a) adab ketika makan dan minum

b) adab ketika bersalam

c) adab meminta izin

d) adab dalam majlis

e) adab ketika berbicara

f) adab ketika bergurau

g) adab memberi tahniah

h) adab menziarahi orang sakit

i) adab memberi takziah

j) adab ketika bersin dan menguap

6. Pendidikan Pergaulan Antara Jantina

a) adab meminta izin

b) adab memandang antara lelaki dan perempuan

c) pemisahan antara lelaki dan perempuan

d) mendidik hukum-hukum atau  ketentuan2 di peringkat awal remaja dan seterusnya

7. Kemahiran    mempersiapkan dengan kemahiran yang diredhai Allah.

Untuk menjamin kejayaan proses pembentukan anak-anak di umur sekolah rendah ini sebagai pelapis duat, para ibu bapa perlu memberi penekanan dan melaksanakan beberapa perinsip,di antaranya ia-lah:

1. Memberi pendedahan awal kepada anak-anak terhadap aktiviti-aktiviti dakwah ibu bapa

2. Melibatkan anak-anak dengan kerja-kerja amal kebajikan terutama oleh masyarakat

setempat.

3. Memastikan usrah keluarga berjalan lancar dan memberi kesan pada setiap ahli

keluarga.

4.Menyediakan biah yang solehah ,samaada di rumah,di sekolah dan di mana saja tempat

di kunjungi anak-anak

5. Mengambil tahu dan memantau kenalan dan kawan-kawan anak-anak.

PENUTUP

Wahai  ibu bapa…,sedarlah bahawa anak-anak buah hati kita,sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman dari segenap sudut,baik di alam nyata mahupun di alam maya.Jangan

lah sekali-kali kerana kesibukan duniawi,dan sikap lepas tangan para ibu bapa membuat

kan pentarbiyahan anak-anak kita terabai,sehingga hidup mereka tidak berhaluan, terumbang-ambing seperti kapal  yang dilambung ombak.Anak-anak akan hidup melarat

tanpa pimpinan dan pegangan dan akhirnya terjebak ke dalam seribu satu macam kemungkaran.

Firman Allah s.w.t. ( Al-Furqan : 74 )

“Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami,kurniakan kepada kami isteri-isteri kami,dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)….”

Dalam ayat di atas,Allah s.w.t.menerangkan bahawa orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang memohon kepada Allah supaya mengeluarkan zuriat dari sulbi mereka sebagai anak cucu yang solih,taat kepada Allah,beribadah hanya kepadaNya

Dan tidak mensyirikkanNya.Dengan melakukan segala amalan itu barulah mereka

menjadi penyenang hati di dunia dan akhirat. (Tafsir Ibnu Kathir )

Imam Hassan Al-Basri bila ditanya tentang ayat ini,beliau berkata,”Allah melihat

kepada seseorang hamba muslim itu apabila isterinya,saudaranya,anak-anaknya,teman-temannya taat kepada AllahTidak! Demi Allah tidak ada yang lebih menyenangkan hati bagi seseorang hamba yang mukmin itu melainkan ia melihat anak-anaknya,cucunya,saudaranya,teman-temannya semua taat kepada Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w ,

“Sesungguhnya Allah akan bertanya (meminta pertanggungjawab) kepada sesiapa yang diberi tanggungjawab,sam ada ia melaksanakannya atau mengabaikannya,sehingga Ia akan meminta seorang lelaki itu bertyanggungjawab ke atas ahli keluarganya.”

( Riwayat Ibnu Hibban )

WALLAHU’ALAM

Membina Semangat dan Jiwa Keusahawanan Dalam Kalangan Orang Islam
Intro

Dewasa ini dalam persaingan bagi mendapatkan peluang pekerjaan atau perniagaan, idea menceburkan diri dalam keusahawanan adalah penting. Ramai orang mahu menjadi usahawan kerana yakin ia adalah jalan untuk kekayaan dan kemakmuran hidup. Pada hakikatnya , ajaran Islam mendorong penganutnya mencapai taraf hidup yang tinggi dan kemakmuran. Dengan ini mereka mampu menterjemahkan Islam sebagai rahmatan lil ‘aalamin dan menjadi khairu ummah (sebaik-baik umat).

Islam bukanlah agama yang menafikan keinginan manusia hendak menjadi kaya dan memiliki harta.Namun Islam menekankan kekayaan perlu diurus dengan berhati-hati supaya ia tidak jatuh menjadi haram dan dilaknat Allah.Seorang muslim perlu berusaha mencari rezekinya dan Allah suka kepada mereka yang sanggup bersusah payah demi mencari rezeki. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: “Allah memberi rezeki kepada hambaNya sesuai dengan kegiatan dan kemahuan keras serta usahanya.”

Sama ada kita sedar atau tidak , Junjungan kita Nabi Muhammad SAW adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya pada zamannya. Ini kerana kita sering menyempitkan pandangan kita pada baginda. Kita hanya melihat baginda sebagai pemimpin agama semata-mata. Kita juga lebih banyak mengetahui kisah hidupnya selepas baginda diangkat menjadi rasul. Padahal contoh-contoh pada diri baginda yang perlu kita teladani wujud sejak baginda kanak-kanak, remaja dan seterusnya sehingga dewasa. Lama sebelum baginda diangkat menjadi rasul, baginda terlebih dahulu adalah seorang usahawan.

Inspirasi Menjadi Kaya

Semangat memperjuangkan kekayaan dengan menjadi usahawan adalah warisan Nabi Muhammad. Dengan itu kita tidak perlu membahaskan hal-hal yang berkaitan dengan perjuangan menuju kekayaan (bukan mengejar kekayaan) kerana menganggapnya tidak sesuai dengan amanat dakwah. Ini kerana baginda sendiri adalah seorang usahawan yang mencapai kekayaan. Baginda memberikan contoh bagaimana memperjuangkan kekayaan, mensyukuri kekayaan, aktif dalam perniagaan dan membelanjakan harta di jalan Allah.

Sebagai orang kaya ,Nabi Muhammad SAW memberikan mahar sebanyak 20 ekor unta sewaktu baginda bernikah dengan Khadijah. Selain itu, baginda juga menghadiahkan 12 auns emas kepada isterinya. Sekiranya wang itu ditukar dengan mata wang pada hari ini,jumlahnya memang besar. Selepas baginda berkahwin dengan Khadijah, kekayaannya bertambah kerana hartanya digabungkan dengan kekayaan Khadijah. Tidak ada catatan yang pasti mengenai kekayaan baginda dan bagaimana kekayaan itu berkurangan selepas baginda lebih menumpukan perhatiannya kepada aktiviti dakwah. Apa yang diketahui ialah baginda banyak menginfakkan hartanya bagi membiayai dakwah di jalan Allah.

Tidak dapat kita nafikan , salah satu sebab kelemahan umat Islam pada hari ini adalah kerana kelemahan ekonomi. Umat Islam lemah dan tidak memiliki kekuatan ekonomi yang cukup untuk bersaing dengan negara-negara yang kaya. Amerika Syarikat berjaya menjadikan hampir seluruh negara di dunia bergantung pada dolarnya. Apabila nilai dolar jatuh, seluruh dunia merasakan kesannya. Orang-orang Islam yang berada dalam kemiskinan, hidupnya menjadi sempit dan mendekati kekufuran. Apa lagi hendak membantu orang lain. Dalam hal ini Allah mengingatkan dengan firmanNya: “ Carilah pada apa yang dianugerahkan Allah kepadamu dengan kebahagiaan akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada kenikmatan duniawi. Berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu. Janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan.”

Mengapa sebahagian umat Islam masih berada dalam kemiskinan? Ada yang mengatakan kemiskinan adalah cara hidup orang-orang soleh. Benarkah dakwaan sebegini? Mengapakah kemiskinan seolah-olah menjadi bukti kesolehan? Ramai orang miskin merasakan apabila mereka miskin Allah sedang menguji mereka supaya mereka sabar, qanaah, tawakal dan zuhud. Padahal Allah juga menguji orang-orang kaya dengan keempat-empat sifat yang sama. Bahkan ujian untuk orang kaya adalah lebih berat lantaran banyaknya harta yang mereka miliki.

Membina Jiwa Keusahawanan

Kita mungkin sudah biasa mendengar hadis ini, “ Sembilan daripada sepuluh punca rezeki datang daripada usaha berdagang dan sepersepuluhnya lagi adalah daripada usaha berternak.” Persoalannya sejauh mana kita sebagai umat Islam merebut peluang dalam bidang perniagaan dan keusahawanan?Kebanyakan ibubapa merasakan jika anak-anak mereka berjaya menjawat jawatan profesional dan kerja makan gaji maka itu sudah menjamin kejayaan dalam hidup. Sikap sebegini haruslah dihindari agar kita dapat menjadikan keusahawanan dan perniagaan adalah warisan Nabi Muhammad SAW. Keusahawanan bukanlah bakat melainkan nilai-nilai yang ditanam sejak kecil sehingga menjadi kemahiran hidup.

Dalam tradisi keluarga peniaga Cina, ibubapa mula melibatkan anak-anak yang masih kecil dalam aktiviti perniagaan . Mereka juga sentiasa mengingatkan anak-anak supaya berjimat cermat. Ibubapa memulakan pendidikan keusahawanan sejak awal bagi mewariskan semangat dan jiwa berniaga kepada anak-anak mereka.

Semangat keusahawanan perlu ditanamkan sejak awal iaitu kepada anak-anak yang cemerlang dalam sikap dan pemikiran di peringkat sekolah rendah lagi. Dengan ini anak-anak yang cemerlang dapat memutuskan jalan hidupnya menjadi usahawan ataupun menjadi pencipta pekerjaan kepada orang lain. Harus diingat Nabi Muhammad SAW mula berniaga sejak berusia 12 tahun.

Kesimpulan dan Penutup

Keusahawanan adalah langkah bagi memperjuangkan kekayaan supaya dunia ini tidak menjadi penjara. Dalam hal ini kekayaan kerap disebut sebagai ‘kebebasan kewangan’. Umat Islam perlu menambahkannya menjadi ‘keberkatan kewangan’. Dengan kata lain, kekayaan yang kita usahakan dan miliki mengundang berkat daripada Allah sehingga kita memiliki kekuatan untuk berkongsi kekayaan itu dan mengurusnya dengan sebaik-baiknya.

Wallahu’alam.

Ditulis oleh,

Ummu Aufa

e-Wellness Pusat Fisioterapi dan Hidroterapi, Kuantan.

Perkhemahan NAZIM 2010
Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt yang telah mengizin dan memudahkan berlangsungnya perkhemahan bagi anak-anak NAZIM Kuantan pada 27-28 Feb 2010 lepas. Perkhemahan  selamat dilaksanakan di Permatang Badak, Kuantan dengan kerjasama dari beberapa adik-adik pembina ikhwah dan akhawat yang telah banyak membantu sepanjang program berjalan.

Pendaftaran yang bermula pada petand 27 hb itu, menyaksikan penglibatan seramai 27 orang peserta dari peringkat sekolah rendah, banin dan banat.

Program sehari semalam itu memuatkan beberapa slot antaranya:

Solat maghrib berjemaah beserta kuliah maghrib yang bertajuk ‘Rasulullah saw sebagai anak dan sahabat’, disusuli dengan tayangan video ‘Muhammad Utusan Terakhir’ selepas solat isya’ berjemaah. Lanjutan dari tayangan video tersebut, anak-anak NAZIM bergerak dengan penuh rasa teruja dalam aktiviti ‘night walk’ mengelilingi kawasan berdekatan bersama pasangan masing-masing. (Dua orang dalam setiap kumpulan), bertujuan menanm rasa berani dan takut hanya pada Allah swt, ke dalam hati mereka. Seusai night walk, masing2 terlelap keletihan sebelum menyambung program dengan acara seterusnya.

Seawal jam 4.30 pagi, anak-anak telah bangkit untuk solat tahajjud secara berjemaah, walaupun dalam keadaan yang masih ‘mamai’ dek rasa mengantuk, masing2 tetap berusaha untuk memberi yang terbaik. Syabas anak-anak sekelian.

Selesai solat subuh, diiringi dengan bacaan ma’thurat, para peserta dihidangkan dengan sarapan pagi sebelum semuanya melibatkan diri dalam acara latihan

1. Nasyid

2. Coral Speaking

3. Berpidato dan

4. Bercerita

bersama jurulatih2 yang terdiri dari kakak-kakak pembina UIA dan makcik-makcik ISMA.

Program diteruskan dengan acara kemuncak perkhemahan, iaitu Explore Race di sekitar kawasan padang Sek Keb Permatang Badak. Beberapa tugasan dalam explore race tersebut telah dapat disiapkan oleh semua kumpulan dengan jayanya. Masing-masing menerima hadiah di akhir perkhemahan dan jelas terpancar riak kegirangan di wajah-wajah peserta.

Perkhemahan yang bertemakan “Nabi Muhammad saw contoh ikutan” itu selamat diakhiri sekitar jam 1.00 tgh sebelum solat zohor. Anak-anak bersorak gembira, mengharap akan adanya lagi perkhemahan seumpamanya di masa akan datang. Alhamdulillah.

Penghargaan buat ‘adik-adik’ Pembina yang turut serta menjayakan perkhemahan ini,

1. Abdul Hayyul Ihsan

2. Muhammad Akmal

3. Mohd Izzudin

4. Nasibatul Husna

5. Maryam Amiruddin

6. Aisyah Badhrulhisham

7. Nahdiyah Rushdan dan

8. Zinnierah Rushdan (Krim)

Wassalam.

PERANAN WANITA DALAM ISU-ISU PEMAKANAN KELUARGA
Pendahuluan

Di alaf yang serba moden ini, industri makanan tidak ketinggalan mengalami revolusinya yang tersendiri. Setiap hari, kita dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan komersial yang bukan sahaja menarik dan sedap dipandang malah tentunya enak dimakan.

Persoalan pertama, sejauh manakah jaminan kehalalan makanan yang dilambakkan di pasaran hari ini?

“ Sesungguhnya yang haram itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun diantara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara halal dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (samada halal atau haram).”

Petikan hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Persoalan kedua, adakah makanan tersebut selamat dimakan dan tidak memudaratkan kesihatan?

Umat Islam secara khusus diperintah supaya memakan hanya yang halal.

Firman Allah s.w.t S. Al-Baqarah 168 bermaksud,

“Wahai manusia makanlah daripada apa yang kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.”

Jelas, kepentingan makanan yang halal telah disebut oleh Allah dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lampau menjelaskan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna. Malah, mengikut maksud ayat  88 S. Al-Maidah, Allah menegaskan

“Dan makanlah dari apa yang telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeki yang halal dan baik dan bertawakkallah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya “.

Mafhum ayat menjelaskan cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan nilai iman seseorang.

Persoalan-persoalan sebegini tidak boleh dipandang remeh oleh umat Islam. Ini kerana sama ada kita sedar ataupun tidak, semakin banyak pendedahan dan pembongkaran yang dibuat tentang makanan yang dijual secara berleluasa sebenarnya mengandungi bahan-bahan dan sumber-sumber yang tidak halal untuk dimakan atau memudaratkan kesihatan dan toksik pada tubuh sekiranya diambil dalam tempoh masa yang panjang.

Rujuk buku ‘Makanan Berbahaya’ oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang 2002.

Terbaru dalam negara kita, pendedahan ekslusif yang dibuat oleh majalah Al-Islam keluaran Februari 2010 agak membimbangkan. Rupa-rupanya jika diselidiki banyak produk makanan yang menggunakan label halal palsu terdapat dalam pasaran kita. Ada antara syarikat atau kilang-kilang ini menggunakan logo halal JAKIM secara tidak sah dengan cara membeli daripada syarikat-syarikat lain. Sila semak status halal barang-barang dapur anda melalui laman web JAKIM atau melalui SMS.

Caranya, taip Halal (kodbar), hantarkan ke 32728. Anda juga boleh membuat semakan melalui internet menerusi laman web JAKIM.

Di negeri Pahang sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian pada 5 Februari 2010 bahawa tidak satupun kedai berkonsepkan kopitiam yang mendapat sijil halal samada dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP).Sekiranya mereka mendakwa ada sijil halal maka ianya dikeluarkan oleh badan swasta yang tidak diiktiraf oleh pihak berwajib.

Panduan Am

Sebagai panduan am untuk para pembaca, semua makanan boleh dikategorikan halal selagi tidak mempunyai kaitan dengan daging babi, anjing dan keturunannya, arak dan alkohol, darah, binatang karnivor yang makan daging, binatang halal yang disembelih tidak memenuhi hukum syarak, sesuatu yang datang daripada manusia seperti uri, mengandungi bahan yang memudaratkan dan beracun.

Dalam merealisasikan perlaksanaan pemilihan makanan yang halal dalam kehidupan berumahtangga, maka siapakah yang lebih menonjol peranannya jika bukan seorang isteri atau ibu. Meskipun kita mungkin memandang enteng akan isu ini, namun apa yang lebih dibimbangkan adalah kesannya kepada diri dan keluarga dalam membina masyarakat. Sebagai wanita, kita berperanan besar untuk memastikan pengambilan makanan daripada sumber yang halal dan baik oleh ahli keluarga kerana wanitalah yang biasanya dipertanggungjawabkan untuk mengawal dan menjaga hal ehwal pemakanan keluarga.

Apa yang boleh dilakukan dalam memastikan pengambilan makanan yang halal lagi baik di kala industri makanan berkembang dengan pesat di seluruh dunia?

Pertama, wanita perlu menguasai dan memanfaatkan kemudahan teknologi dan internet yang kini semakin mudah untuk didapati berbanding 10 atau 20 tahun yang lalu. Segala maklumat yang diperlukan tentang sumber makanan tertentu – yang sudah tentu tidak akan didedahkan oleh pengilang atau pengeluar makanan – kini hanya di hujung jari. Walaupun tidak dinafikan bukan semua maklumat tersebut adalah benar dan perlu ditapis untuk memastikan kesahihannya, tetapi kita juga tidak dapat menafikan peranan maklumat daripada sumber internet yang mendedahkan fakta dan kebenaran yang tidak pernah kita ketahui atau sedari.

Tentu ramai yang pernah menerima beberapa email tentang produk-produk tertentu yang mengandungi lemak khinzir dan juga bahan-bahan kimia lain yang tidak selamat untuk dimakan. Yang lebih merisaukan adalah bahan-bahan yang dikategorikan haram untuk dimakan oleh umat Islam seperti lemak khinzir dilabelkan dalam bentuk kod. Jadi bagi mereka yang tidak tahu dan faham tentang kod-kod makanan pasti tidak mengambil endah tentang maksud kod-kod tersebut. Di sinilah kita boleh nampak keperluan menguasai teknologi dan internet supaya kita dapat mengikuti perkembangan dan penemuan semasa tentang produk-produk makanan yang mungkin tidak didedahkan di akhbar dan televisyen.

Penguasaan teknologi juga membolehkan kita untuk menyebarluaskan kepada orang Islam yang lain tentang fakta-fakta sebenar yang diperoleh mengenai sesuatu sumber bahan atau produk serta kewajipan dan kepentingan memilih makanan yang halal dan baik. Sebenarnya kesedaran tentang perkara ini masih belum wujud secara total di kalangan umat Islam. Rata-rata hanya mengambil kira faktor harga yang murah, rasa yang sedap, atau mungkin juga memilih makanan yang sering diiklankan di televisyen, sementara isu halal langsung ditolak ke tepi ataupun hanya dipandang sebelah mata. Padahal, makanan yang halal dan baik menjadi antara punca kepada pembinaan jiwa dan rohani yang bersih. Jika diteliti keadaan masyarakat pada hari ini, mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan antara punca berlakunya masalah sosial adalah kerana pengabaian terhadap kebersihan makanan yang diambil dari sudut syara’.

Daripada Abu Hurairah R.A meriwayatkan. Katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah itu baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang dengan apa yang diperintahkannya kepada semua rasul dengan firmanNya: (seperti yang tersebut di dalam hadis yang bermaksud): Wahai sekalian rasul, makanlah dari makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh. FirmanNya lagi: Wahai sekalian orang yang berimanmakanlah makanan yang baikyang telah Kami beri rezeki kepada kamu. Kemudian baginda menyebut seorang lelaki yang jauh perjalannya, kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulur kedua-dua tangannya ke langit (berdoa). Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Padahal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan (mulutnya) disuapka dengan yang haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya.

Peranan Muslimah

Seiring dengan perkembangan industri makanan, pelbagai syarikat dan kilang pengeluar produk makanan juga tumbuh melata seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Mereka termasuklah kalangan usahawan bumiputera Islam yang sensitif dengan keperluan umat Islam untuk mendapatkan dan menggunakan produk makanan yang halal dan baik, halalan thoyyiban. Mereka berusaha menghasilkan produk makanan alternatif kepada umat Islam yang tidak kalah kualitinya berbanding produk-produk komersial yang dijual di pasaran. Contoh terdekat produk-produk muslim yang sedang meningkat maju hari ini yang dikeluarkan oleh syarikat 100% bumiputera Islamseperti  HPA dan Halagel. Jadi, seharusnya kita sebagai golongan yang paling berpengaruh dalam mengawal keperluan pemakanan keluarga turut serta menyokong dengan membeli dan menggunakan produk-produk keluaran Muslim yang lebih diyakini status halalnya. Kita bukan sahaja dapat menyediakan makanan yang halal dan baik untuk keluarga tetapi juga secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan penguasaan umat Islam dalam bidang keusahawanan dan ekonomi.

Periksa dapur anda

Cuba puan-puan ke dapur sebentar, menjenguk bahan apa yang kita gunakan untuk memasak? Ada logo halal tak? Jika ada, adakah ia disahkan oleh JAKIM? Cuba kita ingat-ingat kembali dari mana kita dapatkan sumber makanan tersebut? Dalam memastikan bahan-bahan asas masakan yang dibeli terjamin halal, bersih dan baik, tidak salah kiranya sambil membeli kita meninjau keadaan sekeliling kedai, bagaimana kebersihannya, pekerja-pekerjanya adakah menutup aurat, berpakaian kemas, terurus atau berteraburkah susun aturnya.

Selesai menyediakan bahan asas yang halal untuk dimasak, sudah tentu puan-puan akan memikirkan menu yang akan dimasak. Mungkin persoalan makanan berkhasiat adalah persoalan remeh bagi ibu-ibu yang tidak bekerja kerana mereka mempunyai waktu yang cukup untuk ke pasar dan memasak sendiri menu keluarga masing-masing. Namun, persoalan makanan berkhasiat merupakan isu yang tidak selesai bagi ibu-ibu yang bekerja. Agak mustahilkan bagi ibu-ibu yang bekerjaya ini untuk pulang pada tengah hari semata-mata untuk menyediakan makan tengah hari untuk suami dan anak-anak? Akibatnya, anak-anak diberi wang saku yang agak banyak agar mereka dapat membeli sendiri makanan tengah hari atau mungkin makan malam sekali. Natijahnya, ramai di kalangan anak-anak ini menjadi pelanggan tetap makanan segera seperti KFC, McDonald, Pizza Hut dan yang seangkatan dengannya di mana kesan negatif jangka panjangnya memang diketahui ramai. Walaupun mudah didapati dan dikatakan enak, makanan segera sebegini memang diiktiraf oleh pengamal perubatan sebagai penyumbang kepada gejala obesity di kalangan kanak-kanak dan seterusnya mengakibatkan penyakit salur darah tersumbat (atherosclerosis), masalah koronari dan akhirnya masalah jantung. Jika penyakit itu tidak datang cepat, lambat laun akan kena juga. Sebagai penyelesaian bagi ibu-ibu yang bekerja ini, adalah lebih baik memantau di mana anak-anak mendapatkan makanan mereka, atau lebih baik jika ibu bapa boleh meluangkan sedikit masa untuk makan bersama-sama anak-anak jika tidak sempat menyediakan bekalan makanan untuk mereka.

Selain itu, para ibu seharusnya lebih kreatif dalam mendepani cabaran pelbagai aneka makanan yang lebih menarik di luar rumah. Anak-anak adalah golongan yang mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka, dan pemakanan adalah antara cabang yang mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan anak-anak. Mereka sering sahaja meminta supaya dibelikan makanan-makanan yang  diiklankan di televisyen yang menarik perhatian mereka tanpa mempedulikan halal dan baik atau tidak makanan tersebut. Sebagai tonggak utama keluarga dalam mendidik anak-anak, golongan ibu bukan sahaja berperanan mendidik mereka supaya sentiasa menitikberatkan pengambilan makanan yang halal dan baik; tetapi pada masa yang sama berusaha menyediakan resepi atau menu sendiri yang lebih kurang sama rupa dan rasanya dengan yang terdapat di pasaran komersial. Inilah kreatif yang dimaksudkan. Kreatif dalam mencipta resipi sendiri yang dapat memuaskan hati, bermutu dan halal untuk dimakan.

Penutup

Ringkasnya, wanita sebenarnya mempunyai autoriti dan peranan yang besar dalam mengawal selia pengambilan dan pemilihan makanan yang halal, bersih dan baik dalam sesebuah institusi keluarga. Namun begitu, masih ramai yang kurang mempunyai kesedaran tentang hakikat ini lantas membiarkan sahaja isu pemakanan halal ini tanpa ada rasa tanggungjawab untuk menanganinya.

Di tulis bersama oleh

Ustazah Wan Rafiqah dan ‘adik-adiknya’

Bandar Indera Mahkota

Kuantan, Pahang

Kem Wanita Islam 2010
Satu Perkhemahan Wanita Islam Kuantan telah berlangsung dengan jayanya pada 20-21 hb Feb 2010 lalu di Balok Seaview Resort dengan kehadiran seramai 55 orang yang kebanyakkannya terdiri dari pelajar-pelajar IPT setempat. Perkhemahan yang bertemakan

“Ukhuwah dan Prioritas, Menjana kemenangan yang Pasti”

dianjurkan oleh Biro HRD Wanita, Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) Pahang ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama sepenuhnya daripada consultant Kem motivasi Rebutia, Nik Azam Nik Wajis bersama kaki tangannya.

Sekadar hiasan (sementara nak dapatkan gambar2 perkhemahan)

Di dalam mukhayyam ini, 3 aktiviti ‘outdoor’ dan 1 aktiviti ‘indoor’ telah dijalankan mengikut objektif yang telah ditetapkan dan berjaya dicapai.

Objektif mukhayyam  kali ini adalah untuk:

1. Memantapkan ukhuwwah sesama akhawat PEMBINA, ISMA & orang umum.

2. Melatih para akhawat agar sentiasa menjaga masa & mengisi masa dengan kerja-kerja    dakwah.

3. Melahirkan para dua’t yang sentiasa komited dan thabat di jalan   dakwah walaupun sentiasa diasak dengan kesibukan kerja & kerjaya.

4. Memantapkan keyakinan para du’at agar yakin & optimis dengan kemenangan Islam.

Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana program yang dirancang selama  sebulan ini akhirnya berjaya dilaksanakan.

Pada hari program bermula, peserta telah mendaftarkan diri pada jam 9.00 pagi, Pok Nik berkali-kali mengingatkan para peserta tentang  niat yang ikhlas, fokus kepada matlamat mukhayyam, berlapang dada, berfikiran terbuka dan redha dengan ujian yang dilalui sepanjang program berlangsung. Di dalam aktiviti ini, para peserta dijelaskan tentang perbezaan antara tugas & tanggungjawab.

Pada sebelah petang, aktiviti  ‘outdoor’  telah dijalankan di tepi pantai. Di dalam aktiviti yang pertama ini, para peserta dikehendaki melalui 3 checkpoint iaitu checkpoint Tabah, Sabar & Ukhuwwah. Setiap ‘checkpoint’ yang dilalui menguji minda & ketangkasan para peserta serta menuntut kesabaran yang tinggi dari setiap peserta. Kesemua permainan yang dijalankan adalah relevan dengan objektif yang ingin dicapai. Daripada salah satu permainan yang dijalankan, dapat disimpulkan bahawa sifat-sifat yang wajib ada dalam berukhuwwah – ambil peduli  dengan perasaan, fikir secara serius dalam manyelesaikan masalah, hadapi cabaran dengan tabah serta bersungguh-sungguh dalam menghadapi apa jua cabaran yang mendatang.

Selepas solat Maghrib berjemaah, Kuliyyah Maghrib yang disampaikan oleh Ustazah Hayati telah memberi suntikan semangat kepada semua peserta sama ada akhawat ataupun belum akhawat. Kuliyyah yang bertajuk,’optimis dengan kemenangan Islam’ telah memberi banyak maklumat tentang matlamat dakwah yang dilakukan oleh kita serta bagaimana cara yang terbaik untuk terus Istiqamah di dalam tarbiyyah dan dakwah.

Antara peringatan Ustazah hayati adalah: 1. Segala kerja  dakwah yang dilakukan di dunia ini adalah untuk menegakkan agama Allah bukan untuk mendapat ganjaran dunia. 2. Bahtera dakwah akan tetap berjalan walaupun kita tidak menyertainya kerana bukan dakwah yang memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan kepada DAKWAH & TARBIYYAH sehingga Islam tertegak kelak. 3. Dunia bukan tempat untuk berehat tetapi tempat rehat begi kita adalah di alam kubur dan di akhirat sana.

Kemudian, aktiviti ‘indoor’ bermula pada pukul 9 malam. Analogi LDK kali ini dengan dakwah, setiap orang di dalam jemaah mempunyai peranan dan potensi untuk menggerakkan jemaah tersebut bagi merealisasikan matlamat dakwah. Jika seorang ‘rosak’,maka ‘rosak’ pergerakan dakwah mereka. Selain itu, terdapat banyak lagi idea-idea bernas yang dikeluarkan oleh para peserta. Kemudian, para peserta diberi beberapa keping kotak dan 4 biji telur untuk dijadikan sebagai terompah dengan syarat telur tersebut mesti berada di dalam terompah. Sekali lagi minda para akhawat teruji apabila mereka perlu memerah otak untuk berfikir bagaimana untuk menyelamatkan telur tersebut daripada pecah semasa terompah dipakai.

Pada keesokan pagi, semua peserta bangun seawal jam 4.30 pagi untuk qiyammullail. Selepas solat Subuh berjemaah, tazkirah Subuh yang bertajuk ‘bersedia dengan bekalan ‘ telah disampaikan oleh ustazah Wan Rafiqah membuka mata semua peserta yang mengantuk dengan iringan lagu ‘Menanti di Barzakh’ sebelum kuliah  dimulakan.

Selepas sarapan pagi, tepat pada pukul 8.30 pagi, semua terompah diuji dan setiap kumpulan diminta mempromosikan terompah masing-masing. Daripada aktiviti  ini, dapatlah disimpulkan bahawa kekuatan iman seorang da’ie ditentukan melalui kekuatan yang dibentuk melalui tarbiyyah yang telah dilauinya. Telur yang mudah pecah ibarat hati yang perlu dijaga rapi daripada dicemari serangan-serangan luar dan kotak yang berada di luar adalah ibarat tarbiyyah yang diolah melalui program-program seperti  usrah, daurah, mukhayyam, qiyam, dan sebagainya bagi memastikan hati sentiasa terikat dengan jalan tarbiyyah dan dakwah serta sentiasa taqarrub kepada Allah. Selepas itu, aktiviti ‘outdoor’ terakhir yang menguji ketahanan fizikal dan mental peserta bermula. Permainan yang telah berlangsung selama lebih dari 2 jam  telah dapat membawa peserta merasai keperitan Siti Hajar, isteri Nabi Ismail yang ditinggalkan bersama anaknya Nabi Ibrahim atas suruhan Allah. Manakala permainan terakhir  melibatkan semua peserta dalam “Menara Maruah”.

Akhir sekali, sedikit ulasan dibuat oleh Pok Nik dan pengarah program tentang semua aktiviti yang telah dijalankan dan salam wida’ serta doa Rabitah telah dibacakan olah Kak Aishah. Kesimpulannya, mukhayyam

wanita Islam ini telah berjaya mencapai objektifnya.

Dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah, para da’ie harus mengambil kira awlawiyat  serta yakin kemenangan Islam dan bertekad untuk sama2 menyumbang kearah kemenangan itu.

Sesungguhnya ukhuwwah yang mantap bersama awlawiyat yang tepat, akan menjana  kemenangan Islam, inshaAllah.

Disediakan oleh:

(Nor Ashikin Addenan)

S/U  Perkhemahan  Wanita Islam Kuantan 2010

Wanita dan supplementary
Bunga dan wanita... (sekadar hiasan)

Makanan tambahan dan wanita.

Pernahkah anda terbaca iklan mengenai makanan tambahan/dietary supplement diakhbar – akhbar tempatan atau di internet?

Sebenarnya terlalu banyak produk-produk kesihatan yang menawarkan makanan kesihatan kepada masyarakat Malaysia hari ini. Dengan mencanangkan berbagai-bagai kebaikan atau khasiat yang dapat diberikan kepada pelanggan-pelanggan yang membeli atau menggunakannya, ramai yang tertipu atau mengharapkan kesan serta khasiat segera apabila menggunakannya.

Golongan yang paling terkesan dengan iklan atau testimoni bagi sesuatu produk kesihatan adalah golongan wanita. Mereka sanggup membeli dengan harga yang mahal semata-mata ingin mendapatkan khasiat yang telah dicanang-canangkan itu.

Apakah definisi makanan tambahan?

Makanan tambahan menurut USFDA ialah makanan kesihatan yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair atau minuman herba.

Mengambil makanan tambahan tidaklah salah terutama untuk wanita yang menghadapi masalah haid yang terlalu banyak, mengandung atau bersalin dan usia lanjut.

Anda perlu berhati-hati untuk memilih jenis produk makanan kesihatan. Pilihlah yang terbaik dan telah terbukti keberkesanannya kepada kesihatan penggunanya.

Contoh 1

Beberapa panduan diperlukan untuk mereka yang gemar mencuba produk makanan tambahan yang terdapat di pasaran.

a)  Mengapakah anda perlu mengambil makanan tambahan?

b)  Tahukah anda, apa yang terkandung dalam makanan tambahan itu?

c)   Adakah produk makanan tambahan ini berisiko atau mengandungi kesan sampingan pada diri anda?

d)  Apakah jenis-jenis makanan tambahan yang terbukti baik untuk kesihatan wanita?

Wanita yang mengalami haid yang terlalu banyak setiap bulan memang perlu pada makanan tambahan iaitu zat besi. (ferrus sulphate/ ferrus fumarate) .

Oleh itu, mengambil makanan tambahan yang mengandungi zat besi amat perlu untuk mengelakkan kepucatan yang keterlaluan. (anaemia)

Biasanya doktor yang merawat akan memberi  preskripsi   nya untuk pesakit. Walau bagaimanapun, anda boleh mendapati banyak produk-produk yang mengandungi zat besi dijual di farmasi.

Wanita sihat yang mengambil makanan seimbang tidak perlu pada makanan tambahan.

Kandungan sesuatu produk kesihatan perlu diteliti oleh anda untuk memastikan tiada mengandungi bahan yang tidak halal atau melanggar syara’ dan tidak memberi kesan sampingan kepada penggunanya.

Terdapat produk makanan kesihatan yang terbukti memberi kesan sampingan kepada pelanggan seperti spirulina kerana diketahui mengganggu pembekuan darah dalam badan.

Oleh itu, pesakit yang mengambil spirulina diarahkan oleh doktor menghentikan pengambilannya sebelum menjalani pembedahan.

Akhirnya, marilah kita fokus pada makanan tambahan yang telah terbukti menjadi penawar dan penyembuh serta merupakan sunnah Nabi s.a.w.

1)  Air zam-zam

Telaga zam zam di Mekah

Dari Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“sebaik-baik air yang terdapat dimuka bumi adalah zam-zam. Didalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar penyakit”

Ibnu Qayyum berkata, ‘ketika berada di Mekah aku mengalami sakit dan tidak ada tabib dan ubat (yang dapat menyembuhkannya). Aku pun mengubatinya dengan meminum air zam-zam dan membacakannya berulang kali (dengan al-Fatihah). Kemudian aku meminumnya. Aku mendapatkan kesembuhan yang sempurna. Aku pun menjadikannya untuk bersandar ketika mengalami rasa sakit, aku benar banyak mendapat manfaat daripadanya.

2)  Khasiat buah kurma

Memakan kurma merupakan satu sunnah Nabi s.a.w. Setiap perbuatan Nabi s.a.w yang diikuti akan mendapat berkat dan ternyata sangat bermanfaat kepada manusia. Kandungannya yang tinggi khasiatnya serta kaya dengan protein atau serat , vitamin A dan C serta zat galian atau mineral seperti  zat besi, kalsium, sodium dan potassium.

Protein            2%

Serat                4%

Gula          50% – 57%

Kulit kurma baik untuk mencegah barah usus besar kerana boleh melawaskan pembuangan air besar.

Firman Allah s.w.t:

“lalu dengan (air) itu, Kami tumbuhkan untukmu kebun-kebun kurma dan anggur, disana kamu memperoleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari (buah-buahan) itu kamu makan.”

Surah Al-Mukminun, ayat 19

Diriwayatkan dari Aisyah r.a yang menjelaskan kurma mengandungi ubat. Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari dari terkena racun yang dimakan.

Dikisahkan sewaktu Maryam melahirkan Nabi Isa a.s dibawah pokok kurma. Telah datang malaikat Jibril a.s menyuruh Maryam menggegarkan pohon kurma. Lantas memakannya. dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s.

Seruan pada umat islam supaya memakan kurma sebagai menggantikan makanan yang berkolestrol tinggi atau berkarbohidrat tinggi.

3)  Khasiat Habbatus sauda’

Contoh : Black seed oil

a)  Ciri kandungannya boleh meningkatkan imuniti.

b)  Mengandungi omega 3,6,9 – nutrisi untuk sel otak untuk meningkatkan daya ingatan atau kecergasan.

c)   Memperbanyakkan susu ibu.

4)  Khasiat madu lebah

Surah An-Nahl ayat 68-69

Firman Allah s.w.t:

“Dan tuhanmu mengilhamkan kepada lebah. Buatlah sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu dan ditempat-tempat yang dibikin manusia.

Makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia……….”

Dari sudut saintifik, madu didapati mengandungi vitamin B1,B2,B3, vitamin C dan B6 (kandungan vitamin berubah mengikut kualiti madu bunga yang dihisap oleh lebah. Ia juga mengandungi mineral seperti tembaga, zink dalam jumlah yang kecil, magnesium, potassium, klorin, sulfur, zat besi dan phosphate. Ia juga kaya dengan anti-oksidan yang boleh mengelakkan daripada menghidap penyakit kanser.

Walau apa pun makanan tambahan yang kita ambil, yang utama untuk ditekankan ialah  pergantungan kita untuk lebih sihat dan cergas adalah hanya kepada Allah s.w.t dan mendapat keberkatan kerana mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Disediakan oleh:

Dr. Rashidah bt Abdul Rahman

Poliklinik Al-Wafa Sdn.Bhd.

Perkhemahan Wanita Islam Kuantan 2010
Consultant pilihan kami kali ini adalah :

Kem Motivasi dan Latihan D’Perkasa, Gombak Selangor

(Ustaz Nik Azam Nik Wajis-a.k.a Pok Nik)

Bagi yang berminat, sila hubungi

Pn Noorzaimen A.Kadir                    : 0199324066

Cik Aisyah Badhrulhisham              : 0132814070