Kesihatan

Slot yang akan mengetengahkan kes-kes dan tip-tip kesihatan untuk diambil berat oleh semua, dalam usaha kita memastikan sentiasa dalam keadaan yang sihat, seperti mana yang dititik beratkan dalam Islam.

8 Respons

  1. Assalam wbr Dr,

    Saya melayari laman web berhubung kait masalah yang sedang saya alami sehinggalah saya berjumpa laman ini. Saya amat berharap Dr. dapat membantu saya melalui soalan saya nanti. Sebelu itu, sedikit keterangan mengenai diri saya :-

    1) Umur : 32 tahun
    2) Jantina : Lelaki
    3) Tinggi : 170cm
    4) Berat : 108kg
    5) Merokok : anggaran 20btg sehari
    6) Pekerjaan : Penolong Pengurus
    7) Kehidupan : sentiasa stress di atas tanggungjawab yg berat seperti : seorang anak oku umur 2++ thn, ibu yg baru di diagnos menghidap kanser hati level 4 ( punca di sebabkan pengambilan ubat diabetis dan darah tinggi yg terlalu lama +- 30 thn)
    8) Blood preasure : normal 126 / 87. Sesekali 135/98
    9) Gula 3.5 – 4.8

    Masalah saya Dr,

    Saya adalah seoarang yang mengamalkan pemakanan yg tinggi lemak dan karbohorat, dan kurang minum air kerana terlupa @ sibuk. Sudah hampir 3 tahun saya mengalami najis keras ketika buang air besar, lanjutan itu saya sentiasa menggunakan jari utk ‘membantu’ pengeluarannya.

    Baru – baru ini, najis saya berdarah, puncanya najis keras sehingga saya terpaksa memasukkan jari secara agak kasar. Lanjutan dari itu, najis saya berdarah dan saya tidak berjaya utk membuang air besar. Mungkin kerana berlaku pembengkakan pada rektrum. Masalahnya, kini (selepas dari 1 minggu) saya tidak lagi membuang air besar secara normal dan setiap kali melakukannya darah akan ada dan masih lagi tidak puas membuang air besar.

    Adakah saya mempunyai simptom kanser usus?
    Tolonglah nasihatkan saya dan apakah yang seharusnya sya lakukan. Saya masih tidak mahu ke hospital disebabkan tanggungjawab harian yg sentiasa padat.

    Terima kasih. Wasalam

  2. saya berumur 27 tahun.Ketika berumur 18 tahun saya pernah menghidapi penyakit lelah yg tidak diketahui puncanya.Nak berjalan pun rasa letih.Dlm masa 2bulan penyakit tersebut sembuh dgn sendirinya.Semasa berumur 20tahun saya mendapati bahagian dada kiri saya rasa kebas.Sehingga kini dada sebelah kanan juga mengalami masalah sama.Saya pernah menjalani xray dan doktor mengatakan tiada jangkitan.2 bulan yg lepas saya mendapati najis saya ada darah.Sy mengadu kepada doktor perut saya tidak selesa.Doktor hanya bagi saya ubat gastrik.Semalam najis saya berdarah lagi.Kali ni darah menitik agak banyak.Saya berjumpa doktor.Doktor hanya bagi saya ubat buasir.Jantung saya juga selalu sakit.Tapi setelah buat pemeriksaan jantung..jantung saya ok.Saya ingin tahu kenapa?:

    1.dada saya kebas?
    2.jantung saya sakit?
    3.najis saya berdarah?

    Adakah saya menghidap kanser?Kenapa doktor tidak mengenal pasti penyakit saya?Bantulah saya

  3. Assalamu’alaikum wrtlh wrbrkth

    Saya nak tanya, saya ada masalah tak tau nak panggil apa, ketulan daging yg tumbuh di bahagian bibir anus sebesar hujung jari kelingking. Benda ni sudah lama dlm 15 thn, saya risau sangat adakah ia satu penyakit? Saya tiada ilmu utk menentukannya. Cuma ia tak sakit sekiranya dipicit. Saya suka makanan yg pedas ada kah ini satu penyebabnya? Saya selalu kembung perut, alah pd cuaca yg sejuk. Tiada masalah sembelit, najis berdarah juga tiada. Saya berharap sangat2 nasihat dr Dr. semoga nasihat Dr. menjadi satu amal yg akan diberikan ganjaran oleh-Nya. Amiinn..

    Tinggi 5′ 3″, Berat 43 Kg

  4. Saya adalah seorang ibu berumur 31 tahun. Saya menghadapi masalah sembelit. Selepas melahirkan anak ketiga perubahan berlaku apabila saya membuang air besar ketulan yang keluar gelap berserta dengan sejenis lendir yang pekat. Kekerapan sakit perut memang saya alami seolah-olah kembung. Berat badan saya skrang ialah 63kg dan tinggi saya ialah 5′ 4″. Kekerapan buang air 2 atau 3 hari sekali hanya kadang-kadang sahaja berturut-turut hari sekurang-kurangnya sekali. Adakah saya mempunyai simptom radang usus atau rektum?

  5. assalamualaikum dr..sy bru berumur 19 tahun..sy ada penyakit buasir tp sblum ini bila sy membuang air besar x pernah berdarah.bru2 ini sy ada mengalami kembung perut smpai berhari2..slalu skit di bahagian perut kiri..
    selepas itu bila sy membuang air besar mesti bersarah dan berwarna merah fresh..berat badan sy jg trun.selepas membuang air besar sy mngalami skit di bahagian dubur..dalam situasi sy adakah sy mgalami simptom kanser usus..

  6. Assalamualaikum,
    saya berumur 37 tahun mempunyai masalah angin dlm badan sudah hampir 3thn sentiasa sekok,sebu,senak ulu hati,banyak sendawa dan kentut,waktu pagi selalu 3 atau 4 kali buang air besar selalu cair ,kerap berdebar dan menggigil,selalu sejuk kaki tangan.tidak boleh berada ditempat ramai org,mudah stess dgn keadaan dan tidak boleh buat kerja kerana asyik fikir penyakit dan takut kepada penyakit. tiada keyakinan diri.saya menerima rawatan pakar di usm k.kerian dan dr telah membuat indoskopi dia dapati dalam perut saya ada kuman dan saya diberi antibiotik dan ubat gastrik (nexium)dan dr juga merujukkan saya kepada dr psikiatri tapi sehingga sekarang masalah belum selesai.hampir setiap hari masalah ini mengangu saya. sekarang saya selalu sakit didada kiri dan mudah penat saya telah membuat pemeriksaan ECG dr kata tiada masalah jantung dan saya membuat pemeriksaan darah,keputusannya ok.sekarang apa yang perlu saya lakukan?

    wassalam,

    • salam.. saudara jefri, pada pandangan saya saudara terdapat kuman di dalam perut & saluran usus saudara berikutan dengan tanda2 najis cair, angin dan keadaan selalu berdebar,stress mgkin di sebabkan oleh kandungan toksin y terlalu bnyk dlm badan.. pemeriksaan doktor amat penting.. cuma saranan saya dapatkan permakanan kesihatan seperti foodsupplyment.. bagi saya ifood & greenfit sgt di cuba oleh saudara.. t.k

  7. Doktor,
    Saya tertarik dengan lama doktor ni. Buat masa ni insyaallah saya tiada masalah kesihatan. Cuma saya hendak bertanya berkenaan kesihatan. Pepatah ada mengatakan mengelak lebih baik daripada merawat. saya hendak bertanya perlu ker umur seseorang area awal 30-an utk membuat full medical checkup. Apakah kewajaran n implikasi jika membuat medical checkup tersebut. Utk maklumat medical checkup tersebut doktor boleh tgk di laman web GIMC – World of wellness di bawah program dynamic. Saya hendak memastikan keberkesanannya. Jika wajar perlu ke buat setiap tahun ataupun bila dah diognas menghadapi sesuatu penyakit baru buat full medical checkup

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.