Ketulan di Payu dara

Ketulan Pada Payu Dara-Siri 1
Disediakan oleh Dr Rashidah binti Abdul Rahman MD(USM)
Poliklinik al Wafa’ Sdn. Bhd. Tel no: 09-5158425

Perkara yang sering merunsingkan wanita ialah apabila mendapati suatu ketulan pada payu dara mereka. Apa yang terlintas di fikiran mereka ialah apakah ianya kanser payu dara?
Kanser payu dara adalah pembunuh kedua selepas kanser pangkal rahim di kalangan kaum wanita. Sekurang–kurangnya seorang daripada sepuluh (1:10) wanita didapati menghidap kanser payu dara. Walaupun tidak semua ketulan pada payu dara adalah kanser, tetapi semua ketulan payu dara mestilah disiasat untuk mempastikan ianya bukan kanser. terutama bagi wanita yang berumur lebih dari tiga puluh tahun. .

Bagaimanakah cara untuk mengesan ketulan pada payu dara?

Berusahalah memeriksa payu dara sendiri setiap bulan, iaitu selepas habis haid. Pemeriksaan yang kerap dilakukan membolehkan ketulan kecil dapat dikesan dan
tindakan awal dapat diambil sebelum ianya merebak.

Apabila seseorang wanita disahkan memang terdapat ketulan pada payu dara, biasanya doktor akan menjalankan beberapa ujian (investigation) untuk mengenal pasti samada ketulan itu kanser atau tidak, Ujian tersebut ialah:

i) FNAC (Fine Needle Aspiration Cytology).
ii) Ultrasound bagi wanita di bawah empat puluh tahun
iii) Mammogram bagi wanita berusia 40 tahun ke atas.

Ketulan benign pada payu dara adalah seperti fibroadenoma dan cyst. Ketulan seperti ini tidak merbahaya. Pembedahan (excision) biasanya dilakukan pada ketulan yang besar.

Ketulan kanser akan dirawat dengan pembedahan pada payu dara samada dengan membuang kesemua payu dara (mastectomy) atau sebahagian payu dara (breast conservation surgery) bergantung kepada saiz kansertersebut. Di masa yang sama kelenjar limfa pada ketiak juga akan dibuang (axillary clearance). Pesakit akan diberi rawatan tambahan berupa kemoterapi, radioterapi dan hormonal terapi bergantung kepada keputusan pemeriksaan patologi daripada pembedahan yang telah dilakukan.

Oleh itu penting bagi wanita melakukan pemeriksaan payu dara sendiri dan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan segera jika terdapat kelainan pada payu dara mereka.
Bersambung ke siri 2…..

3 Respons

  1. assalamualaikum.nk tye..nape erk kat breast sy ade ketulan.mula2 sakit then dah makan ubat,xsakit lagi tp die jadi merah dan gatal.

  2. NAK TANYA APA RISIKO KALAU BEDAH BREST LAMP/FIBROADENOSIS

  3. salam…
    saya kurang paham mengenai ketulan tu,,yang macamana?saya ada ketulan yang kecil..tapi selalu berubah tempat,,dan kadang2 hilang.apa sebenarnyer
    adakah kanser?Sebelum ini saya pernah ada ketulan yg agak besar,,dan di sarankan untuk melakukan pembedahan,,tapi bila tiba waktu pembedahan ketulan itu hilang,,,tolong jelaskan….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: