Macam-macam orang Melayu ni.

“Apa lah nak jadi dengan orang Melayu kat Malaysia ni? Juara menagih dadah, juara zina, juara sumbang mahram, juara buang bayi, juara mat rempit dan macam2 lagi masalah sosial Malaysia, semuanya digondol kemas oleh orang Melayu. Apa masalah orang Melayu sebenarnya?”

“Pada nama Melayu tu sendiri dah tak betul….duk suruh ‘layu’, layu lah dia!”

“Aku malulah nak mengaku aku ni berbangsa Melayu, mak aku keturunan Cina, aku tumpang bangsa Cina la, lagi best!”

“Memang masalah betul orang Melayu ni, nasib baik kita jumpa Islam dulu, sebelum kita jumpa dan kenal Melayu!”

Subhanallah….bukan setakat empat kenyataan di atas saja yg kita selalu dengar, yg kebanyakannya dari mulut orang Melayu sendiri. Banyak lagi kenyataan-kenyataan negatif, yang dilabelkan kepada orang Melayu, yang secara sedar atau tidak, terus terpalit sama kepada Islam, kerana DI MALAYSIA, rata-rata masyarakat faham, orang Melayu itu adalah orang Islam. Melayu = Islam.

Konvensyen Memperingati Kejatuhan Empayar Melayu-Islam Melaka (KEMM) dah selesai di Melaka, tapi bisik-bisik mengenainya masih kedengaran. Impaknya besar dan kuat, terutama pada anak2 muda. Kehadiran konvensyen, sangat2 menggalakkan. Melebihi dari target yg dijangka, dan kebanyakannya adalah kaum belia. Alhamdulillah, syukur dan puji kepada Allah swt yg mengizinkan segalanya. Namun, komen2 seperti di atas masih kedengaran, ditambah pulak dgn salah faham tentang isu yg ingin dibawa dan slogan yang diguna pakai. Semuanya di twist/belitkan, sampai keliru sendiri akhirnya….Allahuakbar!

Kenapa Melayu = Islam? Teruskan membaca

Pentingnya Komunikasi dalam Rumahtangga

Dalam menjalani kehidupan berumahtangga, samada rumahtangga orang biasa, atau orang luar biasa, orang dakwah atau orang bukan dakwah, orang kecil atau orang besar, sama sahaja, ujian pasti ada, dugaan pasti datang, untuk menjadi sebab kita memperoleh pahala atau dosa. Itulah lumrah kehidupan di dunia, dunia sebagai tempat beramal, sedang akhirat sebagi tempat balasan. Maka bagi yang sudah menunaikan separuh dari agamanya, rumahtangga adalah merupakan antara medan pertarungannya untuk mendapatkan bekalan ke akhirat sana.

Saban hari, ada sahaja berita gembira, sahabat handai, rakan taulan mau pun saudara mara kita yang mendirikan masjid sebagai melengkapi sebahagian dari agama, namun di sisi lainnya, kita dapati ada sahaja kisah kegoncangan rumahtangga yang membawa kepada berlakunya perceraian, sehinggakan suatu ketika dulu, kita dikejutkan dengan statistik dari JAKIM, bahwa di Malaysia sahaja, kadar perceraian sangat membimbangkan. Berlaku perceraian setiap 15 minit?

Teruskan membaca

Konwanis 2010-terlaksana sudah

Konwanis, singkatan bagi Konvensyen Wanita Islam Nasional, anjuran Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia, kali ini telah berlangsung di Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson pada 24 Julai 2010 lalu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, telah membawa tema “Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden”, membuka minda para peserta akan cabaran-cabaran terkini yang melanda dan jalan penyelesaian terbaik yang perlu diambil tahu dan diambil tindakan oleh para wanita.

Konwanis kali ini telah dirasmikan oleh YB Dato’Hajah Zainab bt Nasir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau menyarankan dalam ucapan perasmiannya, agar wanita dapat menetukan hala tuju dan merancang masa depan yg lebih baik berlandaskan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan. Beliau juga ada menekankan ‘Jika rosak wanita, rosaklah generasi akan datang’, yg membawa maksud betapa besarnya peranan wanita dalam menentukan masa depan sesebuah negara.

Teruskan membaca

Persiapan Membentuk Pelapis Duat

Persiapan membentuk anak-anak di umur sekolah rendah untuk menjadi pelapis duat di masa akan datang.

Senario 1

Sewaktu melihat berita di kaca TV mengenai serangan kejam Israel yang tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin,terkeluar dari mulut si ibu;
“Sedihnya hati umi melihat penderitaan rakyat Palestin,setiap hari dizalimi Yahudi
Laknatullah.”
Tiba-tiba mencelah Mujahid yang berusia 6 tahun.
“Bila kita nak pergi ke Palestin Umi?”
Terkejut umi mendengar soalan yang diajukan,lalu bertanya,
“Bukankah mereka sedang berperang?Along tak takut mati ke?”
Jawab si anak,”Along pun nak mati syahid juga,umi.Takkan anak-anak di Palestin je yang boleh mati syahid.Along pun nak masuk syurga juga seperti mereka….”
Terkedu si ibu mendengar jawapan along yang penuh kesungguhan dan keikhlasan itu.

Senario 2

Sedang keluarga Encik Amran berehat-rehat sambil menonton program realiti hiburan di kaca TV petang Sabtu itu,tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kedatangan kedua ibu-bapanya dari kampung.
Encik Amran dan isterinya Puan Laili bersalaman dengan mereka dan mempersilakan keduanya masuk.Puan Laili memanggil ketiga-tiga orang anaknya yang berusia di antara 3-12 tahun untuk bersalaman dengan datuk dan nenek itu.Anak yang bongsu,Farah berlari-lari datang memeluk kedua orang tua itu,tetapi kedua-dua abangnya masih tidak berganjak dari peti televisyen.
“Kejap lagi Along dan Angah tu datanglah bersalam dengan mak dan ayah.Mereka berdua tu memang tidak boleh ‘miss’program kegemaran mereka.Jika sedang menonton televisyen jangan di harap nak minta tolong apa-apa”jelas Puan Laili.
“Budak-budak zaman sekarang biasalah begitu….”jawab neneknya ringkas.
“Si Farah ni, nampak saja kecil mak.Tapi semua tarian dan lagu-lagu yang ditonton di TV tu boleh di tirunya,memang nampak sangat bakat dia,”tambah Puan Laili merujuk pada anak bongsunya.
Datuk dan nenek hanya berpandangan diantara satu sama lain tanpa berkata sepatah jua pun….

Persoalannya di sini ialah :Apakah persiapan dan peranan kita sebagai ibu bapa dalam membentuk anak-anak amanah Allah untuk menjadi generasi pelapis duat?Marilah kita para murabbi terutama ibu bapa memahami realiti (waqi’) kehidupan kita hari ini dengan penuh kesedaran, agar segala tindakan yang diambil adalah betul dan tepat.
Teruskan membaca

Membina Semangat dan Jiwa Keusahawanan Dalam Kalangan Orang Islam

Intro

Dewasa ini dalam persaingan bagi mendapatkan peluang pekerjaan atau perniagaan, idea menceburkan diri dalam keusahawanan adalah penting. Ramai orang mahu menjadi usahawan kerana yakin ia adalah jalan untuk kekayaan dan kemakmuran hidup. Pada hakikatnya , ajaran Islam mendorong penganutnya mencapai taraf hidup yang tinggi dan kemakmuran. Dengan ini mereka mampu menterjemahkan Islam sebagai rahmatan lil ‘aalamin dan menjadi khairu ummah (sebaik-baik umat).

Islam bukanlah agama yang menafikan keinginan manusia hendak menjadi kaya dan memiliki harta.Namun Islam menekankan kekayaan perlu diurus dengan berhati-hati supaya ia tidak jatuh menjadi haram dan dilaknat Allah.Seorang muslim perlu berusaha mencari rezekinya dan Allah suka kepada mereka yang sanggup bersusah payah demi mencari rezeki. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: “Allah memberi rezeki kepada hambaNya sesuai dengan kegiatan dan kemahuan keras serta usahanya.”



Teruskan membaca

Perkhemahan NAZIM 2010

Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt yang telah mengizin dan memudahkan berlangsungnya perkhemahan bagi anak-anak NAZIM Kuantan pada 27-28 Feb 2010 lepas. Perkhemahan selamat dilaksanakan di Permatang Badak, Kuantan dengan kerjasama dari beberapa adik-adik pembina ikhwah dan akhawat yang telah banyak membantu sepanjang program berjalan.


Teruskan membaca

PERANAN WANITA DALAM ISU-ISU PEMAKANAN KELUARGA

Pendahuluan

Di alaf yang serba moden ini, industri makanan tidak ketinggalan mengalami revolusinya yang tersendiri. Setiap hari, kita dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan komersial yang bukan sahaja menarik dan sedap dipandang malah tentunya enak dimakan.

Persoalan pertama, sejauh manakah jaminan kehalalan makanan yang dilambakkan di pasaran hari ini?

“ Sesungguhnya yang haram itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun diantara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara halal dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (samada halal atau haram).”

Petikan hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Persoalan kedua, adakah makanan tersebut selamat dimakan dan tidak memudaratkan kesihatan?

Umat Islam secara khusus diperintah supaya memakan hanya yang halal.

Firman Allah s.w.t S. Al-Baqarah 168 bermaksud,

“Wahai manusia makanlah daripada apa yang kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.”

Jelas, kepentingan makanan yang halal telah disebut oleh Allah dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lampau menjelaskan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna. Malah, mengikut maksud ayat 88 S. Al-Maidah, Allah menegaskan

“Dan makanlah dari apa yang telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeki yang halal dan baik dan bertawakkallah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya “.

Mafhum ayat menjelaskan cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan nilai iman seseorang.

Persoalan-persoalan sebegini tidak boleh dipandang remeh oleh umat Islam. Ini kerana sama ada kita sedar ataupun tidak, semakin banyak pendedahan dan pembongkaran yang dibuat tentang makanan yang dijual secara berleluasa sebenarnya mengandungi bahan-bahan dan sumber-sumber yang tidak halal untuk dimakan atau memudaratkan kesihatan dan toksik pada tubuh sekiranya diambil dalam tempoh masa yang panjang.

Teruskan membaca

Kem Wanita Islam 2010

Satu Perkhemahan Wanita Islam Kuantan telah berlangsung dengan jayanya pada 20-21 hb Feb 2010 lalu di Balok Seaview Resort dengan kehadiran seramai 55 orang yang kebanyakkannya terdiri dari pelajar-pelajar IPT setempat. Perkhemahan yang bertemakan

“Ukhuwah dan Prioritas, Menjana kemenangan yang Pasti”

dianjurkan oleh Biro HRD Wanita, Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) Pahang ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama sepenuhnya daripada consultant Kem motivasi Rebutia, Nik Azam Nik Wajis bersama kaki tangannya.

Sekadar hiasan (sementara nak dapatkan gambar2 perkhemahan)

Teruskan membaca

Wanita dan supplementary

Bunga dan wanita... (sekadar hiasan)

Makanan tambahan dan wanita.

Pernahkah anda terbaca iklan mengenai makanan tambahan/dietary supplement diakhbar – akhbar tempatan atau di internet?

Sebenarnya terlalu banyak produk-produk kesihatan yang menawarkan makanan kesihatan kepada masyarakat Malaysia hari ini. Dengan mencanangkan berbagai-bagai kebaikan atau khasiat yang dapat diberikan kepada pelanggan-pelanggan yang membeli atau menggunakannya, ramai yang tertipu atau mengharapkan kesan serta khasiat segera apabila menggunakannya.

Golongan yang paling terkesan dengan iklan atau testimoni bagi sesuatu produk kesihatan adalah golongan wanita. Mereka sanggup membeli dengan harga yang mahal semata-mata ingin mendapatkan khasiat yang telah dicanang-canangkan itu.

Apakah definisi makanan tambahan?

Teruskan membaca

Perkhemahan Wanita Islam Kuantan 2010

Consultant pilihan kami kali ini adalah :

Kem Motivasi dan Latihan D’Perkasa, Gombak Selangor

(Ustaz Nik Azam Nik Wajis-a.k.a Pok Nik)

Bagi yang berminat, sila hubungi

Pn Noorzaimen A.Kadir                    : 0199324066

Cik Aisyah Badhrulhisham              : 0132814070