Kanser Usus Besar

Kes 1.

Encik MS berumur 45 tahun dan bekerja sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat swasta. Beliau sebelum ini sihat tetapi semenjak enam bulan beliau menghidapi pendarahan semasa membuang air besar. Darah yang keluar bersama-sama dengan najis berwarna merah seperti darah yang keluar akibat luka. Dalam masa yang sama setiap kali selepas membuang air besar rasa tidak puas timbul. Encik MS telah beberapa kali berjumpa beberapa orang doktor di klinik swasta dan diberitahui bahawa penyakit yang dihadapinya adalah buasir. Disebabkan tidak puas hati dengan rawatan yang diberikan oleh doktor-doktor di klinik swasta, beliau telah mengambil keputusan untuk mendapat rawatan lanjut di hospital kerajaan.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor di klinik surgeri, mendapati beliau menghidap penyakit kanser usus besar pada bahagian rektum. Hasil penyiasatan dan ujian yang dijalankan menunjukkan kanser tersebut masih belum merebak kebahagian-bahagian lain dalam tubuh badan. Seminggu selepas penyiasatan dilakukan pembedahan telah dilakukan untuk membuang kanser pada bahagian rektum.

KANSER USUS BESAR (KOLON DAN REKTUM)

Kanser usus besar adalah kanser yang ketiga dari segi kekerapan dan yang kempat dari segi kekerapan kematian disebabkan oleh kanser di seluruh dunia. Di Malaysia kanser usus besar merupakan kanser yang utama menyerang kaum lelaki dan yang ketiga menyerang kaum wanita. Dari segi perbezaan etnik, ianya tidak menggambarkan banyak perbezaan dari segi kekerapan di negara ini.

Faktor-Faktor Penyebab Kanser Usus Bes

Umur – mereka yang telah berumur melebihi 60 tahun di negara barat
Pesakit “Inflammatory Bowel Disease” (Radang Usus) – Ulcerative Colitis dan Crohn’s Disease
Keturunan – FAP dan HNPCC
Mereka yang menghidap kanser usus besar di masa lalu.
Alkohol
Merokok
Kurang mengambil fiber dari sayuran dan buah-buahan
Banyak mengambil lemak dan daging
Simptom Penyakit Kanser Usus Besar.

Simptom-simptom yang ditunjukkan bergantung kepada di manakah terjadinya kanser usus tersebut. Biasanya dibahagikan kepada kanser usus pada bahagian kanan, bahagian kiri dan rektum.

Simptom Kanser Usus Besar Bahagian Kanan.
Pucat (Anemia)
Bengkakkan usus pada bahagian kanan

Simptom Kanser Usus Besar Bahagian Kiri
Sembelit
Sakit perut pada bahagian kiri
Berak berdarah
Kembung perut

Simptom Kanser Rektum
Sembelit
Tidak puas berak
Perubahan saiz pada najis
Berak berdarah

Simptom-simptom umum adalah seperti tidak selera makan, berat badan menurun dan kurus, jaundice dan susah bernafas. Ianya bergantung samada kanser tersebut telah merebak ke organ-organ lain seperti hati dan paru ataupun tidak.

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Mereka yang mempunyai symptom-simptom di atas mestilah berjumpa dengan doktor di hospital dengan segera. Banyak terjadi pesakit menerima rawatan daripada klinik-klinik swasta tidak dirujuk ke hospital dengan segera.

Di klinik surgeri di hospital sejarah penyakit akan diambil oleh doktor dan diikuti dengan pemeriksaan fizikal. Bagi kanser yang terjadi berhampiran dengan dubur ianya dapat dikesan dengan pemeriksaan digital.

Pemeriksaan selanjutnya melibatkan:
Pemeriksaan darah
X-ray dada
ECG
Kolonoskopi dan biopsi
Computed-tomography scan (CT scan)
Magnectic resonance imaging (MRI)

Rawatan

Rawatan kanser usus besar melibatkan kolon terdiri daripada:
Pembedahan
Kimoterapi

Bagi kanser kolon, kimoterapi diberikan sebanyak enam kali dalam masa enam bulan apabila kanser telah merebak ke kelenjar kelenjar dalam perut.

Manakala rawatan kanser rectum terdiri daripada:
Pembedahan
Kimoterapi
Radioterapi

Radioterapi dan kimoterapi diberikan apabila kanser rectum terlalu besar dan telah merebak kebahagian kelenjar.

Prognosis.

Pesakit akan pulih seperti biasa setelah menerima rawatan jika kanser usus besar belum merebak ke organ-organ lain seperti kelenjar, hati dan paru-paru.b

Disediakan oleh:
Prof Dr Azmi Md Nor
Pakar Perunding Bedah Kolorektal
Jabatan Surgeri
Kulliyyah of Medicine
International Islamic University Malaysia

176 Respons

  1. Dr saya mengalami simptom tersebut dan ayah saya juga masih menerima rawatan kerana dia menghadapi kanser rektum. Apa yang saya takutkan ialah kaedah mengesan kanser tersebut kerana saya teringat semasa ayah saya menjalani pemeriksaan dengan memasukkan alat melalui duburnya dia menjerit kesakitan. Adakah cara lain yang tidak menyakitkan. Dan apakah peluang untuk sembuh?

  2. Assalamu’alaikum.
    Jika Puan Hazllynn mengalami simptom-simptom seperti dinyatakan di atas, Puan perlu berjumpa dengan pakar bedah untuk menjalani pemeriksaan untuk menentukan sebab kepada berlakunya simptom-simptom tersebut.
    Bagi ahli keluarga (first degree relatives) yang mana terdapat ahli keluarga yang menghidap kanser kolon dan rektum. mereka adalah berisiko tinggi untuk menghidap kanser yang sama.
    Pesakit sepatutnya tidak meghadapi kesakitan semasa pemeriksaan kolonoskopi kerana mereka diberikan suntikan sedation (ubat tidur) dan analgesia (penahan sakit) yang secukupnya. Kolonoskopi boleh juga dijalankan dengan menggunakan general anaesthesia di mana pesakit diberikan bius sepenuhnya
    Sama ada sesuatu jenis kanser itu boleh disembuhkan atau tidak, ianya bergantung kepada peringkat kanser tersebut semasa ianya mula dikesan (diagnose) bermaksud masih belum merebak (hanya pada kolon/rektum) atau sudah merebak ke organ lain seperti kelenjar, hati atau paru-paru.
    Wassalam

  3. saya ada mengalami simptom2 tersebut.antara apabila buang air byk darah yang keluar, sentiasa rasa ingin membuang air besar, perut sentiasa memulas dan senak, hilang selera makan serta sentiasa lesu.namun yang menjadi kemusykilan saya, saya kerap membuang air kecil adakalanya selang 5 minit..selepas membuang air kecil saya sering merasa pedih di bahagian ovari dan pangkal abdomen.bolehkah dr tlg jelaskan apakah punca terjadi begini

  4. Puan perlu berjumpa doktor supaya satu permeriksaan dapat dilakukan untuk mencari punca kepada simptom simptom yang dihadapi. Memang sukar bagi saya untuk menjelaskan punca penyakit tanpa melakukan pemeriksaan.

  5. Assalamu’alaikum

    Smoga tuhan membalas jasa Dr dlm memberi nasihat pd kami..

    Saya pun mengalami symptoms seperti pendarahan ketika membuang air besar.telah dua kali semalam dan hari ini..Tadi saya terus merujuk kpd emergency di GIMC.Dr itu mengatakan dari apa yg saya terang kan mungkin tanda2 buasir.skop pun telah di lakukan dan ubat yg di beri adalah Daflon Tab 500mg,xyloproct supp dan paraffin liquid 100 ml.Dr terang kan pd saya jika keadaan berlarutan dlm minggu ini lagi saya haruslah di rujuk pada Dr Pakar yg berkenaan dgn symptom saya. Sya nk tanya pd Dr adakah ini juga tanda2awal kanser??

    Salam
    Jai

  6. Wa’alaikum wr. wb.

    Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana terlewat menjawab soalan yang dikemukakan.

    Di sini ada beberapa soalan yang perlu saya ketahui bagi menentukan sebab pendarahan dari dubur sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan.
    1. Berapakah umur anda?
    2. Perubahan habit dalam buang air besar?
    3. Sudah berapa lama pendarahan melalui dubur
    berlaku?
    4. Warna darah yang keluar?
    5. Kepuasan selepas buang air besar?
    6. Sakit di kawasan dubur setelah membuang air besar?
    7. Ada simptom hilang selera makan atau kurus?

    Apakah keputusan pemeriksaan skop (?proktoskopi) yang dilakukan oleh doktor di GIMC?

    Punca-punca pendarahan dari dubur munkin disebabkan oleh buasir (haemorroids), fissure in ano, kanser, polyps.
    Nasihat saya ialah jangan tunggu terlalu lama untuk bertemu doktor pakar jika pendarahan masih terus berlaku.
    Perlu diperhatikan di sini bahawa bukan semua pendarahan dari dubur adalah disebabkan oleh buasir walaupun buasir adalh penyakit yang biasa dihidapi.
    Wallau’alam.

    • assalamualaikum dr.
      saya mempunyai masalah pendarahan semasa membung air besar.
      setelah 3 bulan mengalami simptom tersebut saya telah ke klinik kerajaan berhampiran dan pihak klinik hanya mengatakan bahawa saya kurang minum air tambahn cuaca dan saya juga mengalami masalha mata yang kerap bengkak dan merah.pada awalnya saya hanya menganggap ianaya hanya alahan kerana saya mempunyai asma.tetapi setelah kerap berlaku saya mula kuatir.tambahan pula dengan pendarahan yang berlaku semasa membuang air besar. saya ada membaca artikel tentang buasir..masalahnya dr.saya tidak sakit ketika membuang air besar tapi saya rasa sakit setelah itu dengan kemudian badan menjadi lesu..mood yang tidak teratur…dr.tolong beri penjelasan .saya
      lelaki

  7. assalamualaikum.

    Dr..saya berumur 23 tahun..adakah saya berkemungkinan menghidap kanser usus? beberapa hari kebelakangan ni saya akan buang air besar setiap pagi..sebelum ni saya selalu sembelit. pagi tadi ada pendarahan masa buang air besar..warna darah – merah macam luka. beberapa bulan lepas pun pernah beberapa kali terjadi macam ni..dan beberapa bulan lepas najis berwarna gelap (hampir kehitaman)..sekarang, setiap masa rasa macam nak buang air besar (tapi perut tak la rasa sakit memulas pun)..lagi satu soalan, macam mana nak bezakan buasir dengan kanser usus? adakah buasir cuma berlaku pada orang yang sembelit sahaja?

  8. Wa’alaikumsalam wr. wb.

    Mengenai soalan pertama, masaalah buang air besar berdarah dan darah berwarna merah adalah mungkin disebabkan permasaalahan yang berlaku disekitar dan dalam dubur (anus) atau rektum. Bayak keadaan ianya mungkin disebabkan oleh buasir (haemorrhoids) atau fissure-in-ano (luka pada bahagian dubur). Buasir secara umumnya tidak menyebabkan kesakitan atau pedih pada bahagian dubur ketika atau selepas membuang air besar. Manakala fissure-in-ano, pesakit akan merasa pedih pada bahagian dubur ketika dan selepas membuang air besar.
    Punca lain pendarah ketika membuang air besar adalah disebabkan oleh polyp (benjolan) pada permukaan rektum. Kanser jarang menyerang mereka yang muda kecuali jika ianya berkaitan dengan keturunan (hereditary).

    Secara umumnya buasir adalah penyakit yang benign dan dibahagikan kepada 4 peringkat. Simptom/gejala utama buasir ialah berak berdarah dan darah yang keluar berwarna merah. Gejala buasir peringkat 1 ialah berak berdarah sahaja. Gejala buasir peringkat ke 2 ialah berak berdarah dan keluarnya buasir melalui dubur dan buasir akan masuk semula kedalam dubur secara sepontan/sendiri. Buasir peringkat ke 3 berlaku apabila pesakit mengalami gejala berak berdarah dan keluarnya buasir dan perlu kepada tolakkan untuk memasukkannya semula ke dalam dubur. Buasir peringkat ke 4 berlaku apabila buasir keluar dan tidak boleh dimasukkan semula ke dalam dubur. Bagi buasir peringkat pertama, ke 2 dan ke 3, pengesahan/diagnosis hanya boleh dibuat selepas pemeriksaan proktoskopi.
    Mengenai kanser usus, sila rujuk kepada artikel yang telah saya tulis secara ringkas dalam ruangan ini.
    Wassalam.

  9. assalamualaikum…
    sy juga klu berak keluar darah…kadang2 darah tu warna cam darah fresh..kadang2 kehitam hitaman.. bila dah berak pun perut sebelah kiri selalu sakit,pedih2.. hb sy pun rendah. kaki selalu bengkak.. perut selalu kembung..kadang2 spi pening2 kepala..selalu letih2.
    tp selera makan ok..berat badan bertambah…

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Di sini saya ingin menasihatkan saudari agar berjumpa pakar bedah atau pakar perubatan gatroenterologi supaya satu pemeriksaan kolonoskopi dapat dijalankan.

      Dari simptom-simptom yang saudari alami iaitu berak berdarah (merah dan kehitaman), sakit perut sebelah kiri dan kembung, mungkin disebabkan oleh penyakit radang usus (Inflammatory bowel disease).

      Pening kepala dan juga selalu letih mungkin disebabkan oleh anaemia (kurang darah) disebabkan pendarahan melaui dubur.

      Oleh itu segeralah berjumpa pakar bedah atau pakar perubatan gastroenterologi untuk mendapatkan rawatan.

      Waullahu’alam.

  10. saya nak interview utk program diet@ramadhan-rtm2, asap- kanser usus..boleh? ..2minit segment bersama doktor pakar..

  11. assalamualaikum..
    masalah sy dari kanak-kanak lg mmg sukar utk membuang air besar. sehingga sekarang, mslh ini masih sama. kdg2 hampir seminggu. memandangkan mslh ini dr usia knk2 lg, sy memandang remeh dgn mslh ini. (sekarang umo mencecah hmpir 26thn). cuma skrg, setiap kali membuang air besar, pasti berdarah walaupun bukan sembelit. darah warna merah terang. selera makan ok, berat badan pun bertambah. sy juga tidak mengalami mslh sakit perut. adakah sy mengalami buasir atau sebaliknya?

    • wa’alaikum salam wr. wb.

      Keadaan yang dialami oleh saudari dikenali sebagai sembelit yang kronik (“Chronic constipation”). Pendarah yang berlaku semasa membuang air besar mungkin disebabkan buasir (Haemorrhoids) berpunca dari sembelit yang kronik atau ulser di permukaan rektum.

      Secara umumnya bagi mereka yang normal akan membuang air besar sebanyak tiga kali atau lebih setiap minggu.

      Mereka yang mengalami sembelit yang kronik akan membuang air besar kurang dari tiga kali seminggu; akan meneran ketika berak; najis yang biasanya keras untuk dikeluarkan.

      Saudari dinasihatkan berjumpa pakar bedah kolorektal yang berdekatan untuk menjalani pemeriksaan untuk memastikan punca kepada permasaalahan saudari. Pemeriksaan darah perlu dilakukan bagi memastikan tidak ada penyakit seperti hypothyroidism. Pemeriksaan kolonoskopi perlu dijalankan untuk memastikan tidak ada masaalah yang menggganggu perjalanan najis dan memastikan punca pendarahan semasa membuang air besar. Barium enema perlu dilakukan untuk melihat keadaan usus sama ada bengkak atau tidak. Biopsi rektum perlu dilakukan untuk memastikan yang ianya bukan berpunca dari penyakit Hirschprung kerana saudari mula mehidapnya sejak kanak-kanak lagi. Pemeriksaan selanjutnya seperti Transit studi, Defecographi dan anorektal manometri juga perlu dilakukan.

      Dari pemeriksaan yang dilakukan di atas diharap dapat diketahui punca kepada permasaalah sembelit yang kronik dan rawatan yang sepatutnya dapat diberikan insyaAllah.

      Akhirnya saya ingin menasihatkan agar mendapatkan rawatan daripada mereka yang mempunyai kemahiran, kemudahan dan kepakaran untuk merawat penyakit yang saudari dialami.

      Waullahu’alam

  12. Salam Dr
    saya berumur 22 tahun.
    baru2 ni dah dua kali saya berak berdarah,
    sebelum ni dari sy sekolah sy pnh mengalami keadaan yg same. tapi darah tidak byk seperti dua kali yg terbaru ini. tahun lepas sy penah mengalami sakit perut seperti gastrik hampir sebulan. selepas berjumpa doctor,doctor sahkan sy gastrik. tapi sy agak musyhkil kerana jika benar hanya gastrik pasti sy akan sering skt prt jika tidak mkn. tapi smpi ari ni st belum pnh skt perut yg same sepertu tahun lepas itu. jadi sy amat bimbang jika pendarahan yg sy alami ini ada kaitan dgn skt prt yg saya alami itu. sy jadi cemas kerana darah yg keluar bersama najis ini agak byk. tapi sy tidak mengalami sbrg kesakitan di perut mahupun dubur semasa atau selepas mebuang air besar.

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.
      Saya ingin tahu adakah saudari mengalami keadaan susah membuang air besar dan berapa kali dalam seminggu saudari membuang air besar?

      Saudari perlu berjumpa doktor pakar bagi memeriksa punca pendarahan yang saudari alami. Ia mungkin disebabkan oleh buasir atau punca-punca yang lain.

      Kesakitan pada bahagian perut yang saudari hidapi mungkin disebabkan oleh penyakit yang dipanggil irritable bowel syndrome (IBS). Adakah sakit yang saudari alami itu pedih, memulas atau senak? Ini akan menentukan punca kepada sakit perut yang saudari alami. Gastrik atau gastritis adalah pedih pada bahagian perut atas. IBS menyebabkan memulas dan senak pada bahagian perut. Rawatan yang perlu diberikan berdasarkan simptom yang saudari alami.
      Wassalam

  13. Apa khabar doktor? Saya berumur 20 tahun dan saya telah mengalami pendarahan yang sikit selama 3 minggu berturut-turut. Pada minggu yang ketiga, bahagian dubur saya amat sakit selepas membuang air besar. Saya juga selalu pergi membuang air kecil selang 15 minit. Perut saya selalu memulas dan juga mengalami kesakitan seperti gastrik tetapi saya tidak lapar.
    Saya telah pergi ke klinik swasta dan menurut doktor, dinding di bahagian dubur saya luka dan mengakibatkan air besar saya berdarah. Namun, doktor tersebut tidak dapat menjelaskan kenapa perut saya sentiasa senak dan juga kadang kala saya terasa nak muntah.
    Doktor, adakah ini adalah simptoms kanser usus?

    • Terima kasih atas email dan soalan yang diberikan. Alhamdulillah saya dan keluarga dalam keadaan sihat.
      Berak berdarah dan sakit pada bahagian dubur selepas membuang air besar adalah disebabkan oleh fissure-in-ano atau luka pada bahagian dubur. Ia disebabkan oleh sembelit yang berlaku dalam kebanyakan pesakit.
      Saudari perlu mengambil ubat bagi memudahkan membuang air besar (seperti lactulose) dan melembutkan najis serta ubat penahan sakit. InsyaAllah keadaan ini akan sembuh.
      Bagi masaalah sakit perut yang memulas ianya besar kemungkinan disebabkan oleh keadaan yang dipanggil irritable bowel syndrome. Bagi keadaan kerap membuang air kecil, pastikan ianya bukan jangkitan pada pundi kencing. Ini dapat disahkan melalui pemeriksaan air kencing.
      Saudari perlu berjumpa doktor pakar bagi tujuan pemeriksaan untuk menentukan penyakit yang saudari hadapi.
      Wassalam

  14. Salam Dr,

    Baru-baru ini saya telah mengalami berak berdarah dengan jumlah darah yg luar biasa bg saya, kira-kira suku dr tapak tangan. telah beberapa kali terjadi sebelum ini (semenjak kecil) tetapi darah hanyalah setitik dua.
    Saya memang mengalami kesukaran ketika membuang air besar. perlu meneran dan kadang-kadang saya dapati saiz najis agak besar. saya dapat rasakan di bahagian bibir lubang punggung kekadang menjadi sedikit besar.
    Saya telah berjumpa Dr. di hospital kerajaan dan Dr. tersebut telah memasukkan jarinya ke dalam lubang punggung dah hasilnya saya tidak mengalami haemorrhoids. Dr telah memberi saya ubat (coloxyl with senna) supaya saya dapat membuang air besar setiap hari.
    Soalan saya,
    1) adakah dengan mengambil ubat ini dapat mengelakkan perkara ini berulang?
    2) adakah saya perlu berjumpa dengan Dr. pakar?
    3) selain perlu minum banyak air dan sayur-sayuran, adakah cara lain untuk mengelakkan drpd sembelit? kerana itu telah saya amalkan sejak dr dulu lg.

    • Assalamu’alaikum wr. wb.
      Saudari menghidap keadaan yang dipanggil sembelit kronik (chronic constipation). Berak berdarah yang saudari alami mungkin disebabkan oleh buasir yang terjadi disebabkan oleh sembelit atau ulcer/luka pada permukaan rektum. Saudari boleh merujuk jawapan yang saya berikan kepada asuzzana mengenai masaalah yang beliau hadapi dalam tulisan yang lalu.

      Jawapan bagi soalan yang saudari kemukakan:
      1. Satu pemeriksaan perlu dilakukan bagi menetukan punca kepada sembelit kronik dan berak berdarah. Hasil dari pemeriksaan tersebut perlu bagi menentukan rawatan yang sesuai untuk penyakit saudari.
      2. Sebaiknya saudari berjumpa doktor pakar yang mempunyai minat dan kemudahan untuk memeriksa dan merawat pesakit yang mengalami penyakit sembelit kronik. Pergilah berjumpa dengan pakar bedah kolorektal yang berdekatan.
      3. Ini adalah komen biasa yang diberikan oleh pesakit yang menghidap sembelit kronik di mana sayur-sayuran, buah-buahan dan air kurang berkesan. Bagi saya, amat penting menentukan punca kepada sembelit kronik ini dan barulah rawatan yang sesuai dapat diberikan.
      Wassalam

  15. Assalamualaikum.

    merujuk pd tarikh 6/4/09 dan reply dari Dr pd 25/4/09.

    Nampak nya keadaan berak berdarah berulang dlm masa 1 minggu kebelakangan ini.

    Tadi saya merujuk pd Dr pakar GIMC – Dr Yunus Gul MBBCh(Ireland)..

    hari ni saya akan di masukkan ke GIMC KL pd pukul 2pm.nk cuci perut dan esok pg nk buat colonoscopy…Dan dr cakap dia suspect haemorroid (buasir) grade 2-3..jikalau sah ..pembedahan akan di lakukan pada keesokan hari nya..

    Umur saya 30 thn
    tiada sejarah keluarga mengenai kanser usus.
    adik pompuan dan arwah ayah ada buasir.
    arwah ayah meninggal dunia selepas pembedahan acute inguinal hernia
    berat badan makin naik.
    pedih rektum seleps buang air besar

    komen Dr .
    Sekian
    Salam
    Jai Wangsa Maju

    • Wa’alaikum salam wr. wb.
      Pendarahan yang berulang ulang mungkin disebabkan oleh buasir.
      Tetapi dalam kes ini ianya berserta pedih pada bahagian rektum (dubur) adalah disebabkan penyakit fissure-in-ano. Buasir biasanya tidak akan menyebabkan kesakitan pada bahagian dubur kecuali buasir yang keluar itu benkak dan tidak boleh ditolak masuk (thrombosed haemorrhoids)
      Fissure-in-ano ialah keadaan di mana terjadi luka pada bahagian dubur (anus). Biasanya ianya disebabkan oleh sembelit dan kadangkala oleh penyakit Crohn. Simptom buasir ialah berak berdarah dan sakit/pedih pada bahagian dubur selepas membuang air besar. Fissure-in-ano mudah disahkan melalui pemeriksaan biasa pada bahagian dubur.
      Fissure-in-ano biasanya sembuh dengan rawatan dengan mengambil ubat bagi memudahkan membuang air besar dan ubat penahan sakit.
      Minoriti pesakit fissure-in-ano memerlukan pembedahan jika keadaan itu berterusan.
      Wassalam

  16. Assalamualaikum,
    Saya berumur 32 tahun dan telah berkahwin. Saya pernah mengalami buasir dan telah menjalani rawatan “bending” seperti yg disyorkan oleh doktor pakar (kerajaan). Semasa proses bending doktor juga telah menjalankan “sigmoidoscopy” ke atas saya. Ini disebabkan saya terasa sakit ketika membuang air besar dan berdarah dan doktor khuatir penyakit yang lebih serius berlaku. Menurut doktor tiada tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan kenser usus. Walaubagaimanpun sejak saya membuat sigmoidoscopy saya kerap berasa kembung (angin) dibahagian usus kiri dan najis yang keluar tidak normal (agak lembik dan kecil). Saya juga kerap membuang angin. Adakah proses sigmoidoscopy menyebabkan usus terluka? Mungkinkah penyakit ini ada kaitannya dengan polip? Untuk pengetahuan doktor buasir saya ketika ini tidak sembuh sepenuhnya, buang air masih lagi tidak rasa puas.

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.
      Di sini saya ingin menasihatkan supaya pemeriksaan semula perlu dijalankan bagi menentukan penyakit yang Puan alami.

      Sakit pada bahagian dubur dan berdarah ketika membuang air besar besar yang Puan alami kemungkinan disebabkan oleh fissure-in-ano (luka pada bahagian dubur) dan bukan disebabkan oleh pemeriksaan sigmoidoscopy. Buasir boleh disahkan dengan melalui simptom dan pemeriksaan proctoscopy (sila lihat jawapan yang saya berikan dalam tulisan yang lepas).

      Kembung pada bahagian kiri, tidak puas membuang air besar dan keadaan najis yang tidak normal munking disebabkan oleh penyakit irritable bowel syndrome. Walau bagaimana pun pemeriksaan colonoscopy perlu dilakukan sebelum diagnosis penyakit irritable bowel syndrome dibuat. Ini bagi memastikan keadaan usus besar adalah normal. Pemeriksaan sigmoidoscopy tidak memeriksa seluruh colon hingga ke bahagian kanan.

      Wassalam

    • wa’alaikumsalam wr. wb.

      Sakit pada bahagian dubur dan pendarahan yang Puan alami sebelum pemeriksaan sigmoidoscopy dijalankan besar kemungkinan disebabkan oleh fissure-in-ano (luka pada bahagian dubur).

      Seperti yang pernah saya jelaskan dalam tulisan-tulisan yang lalu, bahawa buasir (haemorroids) biasanya tidak sakit kecuali bila ianya bengkak dan tidak boleh ditolak masuk semula ke dalam dubur (thrombosed).

      Perut yang berasa kembung, keadaan najis yang tidak normal (lembik dan kecil) dan kerap membuang angin besar kemungkinan disebabkan oleh penyakit Irritable bowel syndrome (IBS). Satu pemeriksaan colonoscopy baik dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa masaalah di dalam usus besar sebelum diagnosis IBS dibuat. Pada pemerhatian saya Puan tidak ada tanda-tanda penyakit kanser usus dan sigmoidoscopy yang dilakukan dahulu hanya memeriksa bahagian rektum dan sigmoid colon pada bahagian kiri dan bawah perut.

      Untuk makluman Puann, penyakit yang dialami bukanlah disebabkan oleh pemeriksaan sigmoidoscopy yang lalu dan juga tidak mungkin disebabkan oleh polyp.

      Wassalam

      • Salam..
        Dr. seperti yg saya nyatakan dulu saya pernah menjalani bending.. adakah dengan IBS ini boleh menyumbang kedapa heamorroids berulang semula. Sekiraya IBS tidak dirawat segara adakah ini mukan akan menyebabkan berlakunya kenser usus. TQ

  17. Assalamualaikum.

    Ayah saya berumur 63 thn dan telah disahkan mengidap kanser rektum tahap 3. Dia telah menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi di HUKM pada bulan Mei yang lalu. Ayah saya akan menjalani pembedahan di HTAA, Kuantan pada Selasa depan.

    Soalan saya ialah apakah risiko yang bakal dihadapi oleh ayah saya ketika dan selepas pembedahan?

    Sekian.Terima kasih.

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.
      Terima kasih di atas soalan yang dikemukan. Kanser rektum adalah kanser yang menyerang pada bahagian rektum sekitar 12-15 cm dari dubur.

      Jika kanser rektum tidak mengenai anal canal pembedahan jenis anterior resection” boleh dilakukan di mana bahagian rektum sahaja dibuang dan usus besar akan disambung semula ke anal canal. Jika pesakit memerlukan stoma/lobang najis pada bahagian perut, ianya adalah sementara sahaja.

      Jika kanser rektum mengenai bahagian anal canal, maka kedua-dua organ tersebut perlu dibuang dan pembedahan ini dinamakan “abdominal perineal resection/APR”. Bahagian dubur akan ditutup dan pesakit akan menggunakan stoma sepanjang hayat.

      Risiko pembedahan adalah sama seperti pembedahan-pembedahan yang lain. InsyaAllah, dengan ketelitian pakar bedah dan bantuan peralatan yang moden, rsiko-risiko ketika dan selepas pembedahan dapat diminimakan.

      Selepas pembedahan, pesakit perlu datang ke klinik pembedahan secara berkala untuk pemeriksaan status penyakit yang dihidapi.

      Saya doakan semoga pembedahan yang akan dilalui dipermudahkan oleh Allah.
      Wassalam

  18. salam doktor,

    saya nak bertanya,
    makcik saya mengidap kanser tahap 4,

    apakah kimoterapi merupa kan jalan terbaik/terakhir utk mengubati dia?

    utk pengetahuan doktor,
    mula-mula dia kena kanser usus, dan telah melakukan pembedahan membuang ketumbuhan , kini bahagian paru-paru nye dah teruk dan merebak ke hatinya… dah hitam
    [menurut cerita makcik saya yg menemani makcik saya yg sakit ni berjumpa doktor]

    sekrng ni ade beberapa doktor telah mengesyorkan kimoterapi, akan tetapi mak cik saya belum membuat keputusan, dalam masa yg sama, makcik saya yg sakit ini didatangi kawan2 nya dan mengesyor kan dia hanya makan suplement aje..saya fikir itu adalah sesuatu yg tak elok.. mana boleh main makan suplement sahaya tanpa makan makanan berkhasiat lain, makcik saya yg sakit tak mau makan dan tak mau minum….bagaimana nye doktor? harap doktor boleh beri pandangan

    terima kasih

    [saya tak berada di msia, sukar saya nak nyatakan bagaimana keadaan nye… tapi dari segi suara nye agak begitu lemah sekali]

    terima kasih sekali lagi…

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Saya doakan semoga makcik saudari dan ahli keluarga tabah redha menghadapi ujian daripada Allah swt.

      Kanser colon tahap 4 (advanced colonic cancer) ialah satu keadaan di mana kanser telah merebak keluar dari usus dan mengenai organ/organ-organ lain.
      Rawatan sama ada kimoterapi atau surgeri hanyalah paliatit (palliative) iaitu bagi tujuan mengurangkan dan mengawal simptom-simptom pada pesakit dan tidak sama sekali untuk penyembuhan (curative). Oleh itu sebelum sesuatu rawatan paliatif dilakukan beberapa faktor perlu diambil kira seperti keadaan pesakit, umur, kesediaan pesakit dengan rawatan dll.

      Rawatan kimoterapi yang bebagai jenis kandungan ubat tidak lari dari kesan-kesan sampingan. Oleh itu eloklah ahli keluarga dan pesakit berbincang dengan doktor yang merwat makcik saudari supaya satu keputusan yang terbaik dapat dilakukan.

      Kaser yang telah merebak menyebabkan pesakit tidak selera makan dan mengalami susut berat badan. Ini disebabkan oleh bahan kimia yang dihasilkan oleh sel-sel kanser yang merencat selera makan pesakit. Pada pandangan saya cubalah memberi makanan yang berzat yang mengadungi karbohidrat, protin, lemak serta vitamin yang mudah untuk peskit makan
      seperti bubur atau sup. Vitamin dalam bentuk cecair adalah lebih mudah untuk diambil oleh pesakit. Berkadaranlah dalam mengambil supplement kerana ianya melibatkan kos yang agak tinggi dan sama sekali tidak akan menyembuhkan penyakit ini.

      Satu lagi aspek yang perlu diberikan perhatian ialah dalam melakukan solat yang wajib dan ibadat wajib yang lain. Ahli keluarga perlu membantu terutama jika pesakit sukar untuk bergerak untuk beristinja dan berwudhu untuk melakukan solat yang wajib. Penuhilah masa dengan perkara yang boleh mengingatkannya kepada Allah swt seperti mendengar dan membaca Al Quran.

      InsyaAllah semoga Allah memberikan ketabahan dan kekuatan kepada makcik dan ahli keluarga saudari.

      Wassalam

  19. Dr,

    Terima kasih kerana penerangan yang panjang lebar dan jawapan-jawapan yang terang. Boleh kah saya berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan? Saya telah mengalami berak berdarah sejak umur 16 tahun di sekolah asrama sehingga kini umur 34 tahun masih ada berak darah tersebut. Semasa dan selepas berak amat sakit. Tapi saya selalu jaga supaya najis tak keras dengan memakan ubat-ubatan. Baru-baru ini makcik saya meninggal kerana kanser rektum. Saya percaya bila berjumpa doktor pasti akan kata buasir biasa tanpa melakukan sebarang pemeriksaan. Bolehkandoktor membantu saya. Terima kasih.

    • Assalamu’alaikum wr. wb.

      Saya simpati dengan masaalah yang sedang puan hadapi. Satu pemeriksaan perlu dilakukan bagi memastikan penyakit yang yang puan hadapi dan memberikan rawatan yang sebaiknya.

      Puan boleh menghubungi alamat berikut bagi mengatur pemeriksaan di Unit Kolorektal, UIA Kuantan.

      Alamat: Unit Kolorektal
      Jabatan Surgeri
      Kuliah Perubatan
      Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
      25200 Kuantan Pahang
      Tel: 09-5146090
      email: azmimn@iiu.edu.my

      InsyaAllah kami di sini akan membantu merawat penyakit yang puan hadapi

      Wassalam

  20. dr, saya ingin bertanya … anak saya berumur 4 tahun sejak seminggu lalu telah beberapa kali berak berdarah tapi bila di tanya..dia mengatakan tidak berasa sakit apa…apa masalah anak saya..harap doktor dapat membantu,

    • Terima kasih di atas soalan yang dikemukan.

      Puan perlu membawa anak berjumpa dengan pakar bedah kanak-kanak supaya satu pemeriksaan dapat dilakukan. Jika anak tesebut tidak mengalami kembung perut dan/atau muntah, punca berak berdarah itu kemungkinan besar datangnya dari bahagian anus atau rektum jika darahnya berwarna merah. Keadaan seperti polip (polyp) di rektum atau kolon boleh menyebabkan berak berdarah dan ianya perlu dibuang (polypectomy). Oleh itu satu pemeriksaan proktoskopi atau sigmoidoskopi perlu dilakukan bagi menentukan punca pendarahan tersebut.
      Terima kasih

  21. Assalamualaikum…
    Dr. suami saya disahkan mengidap kanser kolon pada disember 2008 tapi dia hanya memberitahu saya pada bulan mei tahun ini.dia juga tidak mahu menjalani rawatan.bagaimana cara untuk saya memujuk suami saya menjalani rawatan.saya juga nak tahu berapa cepatkah kanser ini akan merebak?

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.
      Saya doakan semoga Puan sekeluarga tabah dan sabar dalam menghadapi ujian daripada Allah swt .
      Permulaannya, cubalah Puan berbincang dengan suami sejauh mana pemeriksaan yang telah dijalankan oleh doktor yang beliau temui? Di tahap manakah kolon kanser yang sedang beliau hadapi – awal atau telah merebak ke organ lain seperti hati dan paru-paru? Adakah doktor yang merawat beliau itu doktor kerajaan atau swasta? Jika doktor swasta, berapakah kos rawatan tersebut? Adakah beliau berpuas hati dengan pemeriksaan yang dilakukan atau sebaliknya?
      Soalan-soalan ini dan soalan-soalan lain sedikit sebanyak akan merungkai permasaalahan kenapa beliau tidak mahu (refuse) menerima sebarang rawatan. Ajaklah beliau untuk mendapat pandangan daripada doktor yang lain yang mungkin akan lebih sesuai dengang jiwanya.
      Kolon kanser mengambil masa beberapa tahun untuk merebak ke organ-organ lain seperti hati dan paru-paru. Mengenai kanser kolon yang suami Puan hadapi, ianya bergantung ditahap mana kanser yang beliau hadapi sekarang.
      Wassalam

  22. Assalammualaikum…

    Dr. Saya berumur 42 tahun. Mengalami simptom membuang air besar (spt cirit) sejak 6 bulan dulu lebih krg 3 kali sehari. Walau bagaimanapun selera makan…ok…dan berat badan tidak susut.

    Tiada tanda sakit perut dan sebagaimananya. Adakah ini boleh diketegorikan sebagai kanser usus?

    Harap membantu….

    • Wa’alaikumsalam wr wb

      Simptom kerap membuang air besar dan cirit birit yang berpanjangan (altered bowel habits) yang tidak pernah Puan alami sebelum ini perlu kepada pemeriksaan pakar walaupun selera makan yang normal dan berat badan yang tidak berubah.

      Gejala/Simptom yang Puan alami besar kemungkinan disebabkan permasaalahan pada usus. Oleh itu pastikan Puan menjalani pemeriksaan kolonoskopi bagi menentukan punca permasaalah tersebut.

      Wassalam

  23. salam doktor..
    saya berumur 28 thn.dan belum berkahwin.saya mengalami buasir yang boleh
    dikatakan keluar bila saya membuang air besar dan masuk semula bila
    ditolak.Masalah saya sekarang ,saya melihat buasir itu sudah besar dan ada
    cebisan seperti warna putih dan bersambung sekali dengan buasir.Adakah itu
    nama kanser usus? pembuangan air besar saya normal.Bila saya duduk terlalu
    lama, saya akan berasa kebas dibahagian punggung.Tapi baru2 ini saya ada
    mengambil teh herba untuk pembuangan angin.Pada mulanya saya mengalami
    sakit perut dan berulang alik ke toilet.Tapi dalam 2, 3 hari ini saya
    sudah behenti minum kerana perut saya terlalu sakit terutamanya disebelah
    kiri dan abdomen.Saya juga kerap ke toilet.Saya pernah membuat pemeriksaan
    dalam 5 tahun dahulu.Doktor hanya memberi saya ubat.

    Bolehkan doktor membantu saya.Terima Kasih

    • Assalamu’alaikum wr. Wb.
      Dari penjelasan yang telah berikan, saudari besar kemungkinan menghidap penyakit buasir peringkat ketiga. Ianya dapat disahkan melalui pemeriksaan doktor yang biasa merawat pesakit yang menghidap penyakit seperti ini. Buasir adalah keadaan di mana berlaku pembesaran (hypertrophy) dan penurunan (descend) struktur “anal cushions”. Struktur putih yang saudari lihat adalah struktur normal yang berada di dalam anal kanal di sebelah atas anal cushions dan ianya adalah struktur yang normal.
      Saudari perlu berjumpa dengan pakar bedah untuk mendapatkan rawatan yang sesuai dengan buasir yang sedang dialami. Kaedah bukan surgery (non-operative)seperti banding/ikatan boleh dilakukan ke atas buasir yang saudari alami.
      Saudari juga besar kemungkinan mengalami kesan sampingan dari minuman tambahan yang saudari ambil dengan mengalami ceret berit dan sakit perut. Berhati hatilah dalam mengambil sebarang makanan atau minuman tambahan bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang tidak diingini.
      Wassalam

  24. Salam Doktor,

    Ibu saya berumur 49 tahun dan telah disahkan mengidap kanser usus peringkat 3. Pada pertengahan 2007, ibu telah melalui satu pembedahan membuang sel kanser pada bahagian rektum. Selepas pembedahan ibu saya membuang air besar dengan menggunakan colostomy. Doktor memberitahu pemakaian colostomy itu adalah untuk sementara waktu setelah kawasan pembedahan pulih dan satu lagi pembedahan akan dilakukan untuk memasuk usus seperti asal.

    Pelbagai ujian dan rawatan termasuklah kimoterapi telah ibu saya lalui. Pada pemikiran kami sekeluarga jika ibu telah melakukan rawatan kimoterapi berkemungkinan dia akan pulih dan sihat seperti sediakala, ini kerana setelah rawatan tersebut ibu dilihat semakin sihat, selera makan juga bertambah dan wajah yang ceria, segala kerja2 harian dapat dialakukan secara normal. Tiada tanda2 menunjukkan penyakit menyerang kembali. Kami sekeluarga gembira melihat keadaan ibu.

    Namun pada awal bulan ini setelah melakukan satu lagi ujian MRI dan CT Scan, kami menerima satu berita yang agak membimbangkan. Doktor mengesahkan terdapat satu lagi ketulan di bahagian limfa dan satu lagi proses kimoterapi akan ibu saya lalui. Sedih betul bila mendapat berita ini.

    Saya ingin bertanya dari pengalaman doktor, adakah pengidap kanser usus ini berpeluang untuk sihat seperti biasa? Berapa peratuskah kemungkinan kanser menyerang kembali? Dan dari pengalaman doktor berapa peratuskah mereka yang berpeluang sihat seperti sediakala setelah melalui pelbagai rawatan susulan?

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Saya doakan semoga Puan dan ahli keluarga semuanya tabah dan sabar dalam menerima dan mengahadapi penyakit yang sedang dihadapi oleh ibu yang dikasihi.Untuk makluman Puan, kanser rektum atau kolon (usus) peringkat 3 bermaksud kaser tersebut telah merebak pada bahagian kelenjar (lymphnode).

      Sebelum sesuatu pembedahan dilakukan ke atas pesakit yang menghidap kanser rektum dan kolon, satuklinikal staging akan dilakukan bagi menentukan sama ada kanser tersebut telah merebak ke organ lain seperti hati (liver), paru-paru (lung), kelenjar (lymphnode) atau tidak .

      Staging sesuatu kanser dapat diketahui dengan melakukan pemeriksaan CT scan pada bahagian thorak dan abdomen bagi kanser kolon dan CT scan berserta MRI bagi kanser rektum.

      Selepas pembedahan dilakukan, satu lagi staging dilakukan dengan memeriksa kolon atau rektum yang dibuang secara makroskopic dan mikroskopik oleh pathologist bagi menentukan tahap kanser tersebut.
      Dari kedua-dua proses staging tersebut barulah satu staging yang lebih tepat dapat dilakukan. Walau bagaimana pun jika ada sel-sel kanser yang telah merebak ke organ lain dan bersaiz sangat kecil ianya memang tidak dapat di kesan oleh peralatan yang ada sekarang seperti CT scan dan MRI.

      Staging yang diguna pakai diseluruh dunia ialah sistem staging TNM. Dari staging ini dapatlah ditentukan pesakit yang memerlukan rawatan lanjut (adjuvant treatment) selepas pembedahan seperti kimoterapi bagi kaser kolon; kimoterapi dan radioterapi bagi kanser rektum. Staging juga dapat menentukan prognosis iaitu kemugkinan pesakit dapat meneruskan kehidupan dalam masa lima tahun (5 years survival). Berikut adalah peringkat kanser dan kemungkinan pesakit dapat terus hidup dalam masa lima tahun.

      Stage1/Peringkat 1, 5 years survival ialah 90%
      Stage 2/peringkat 2, 5 years survival ialah 70%
      Stage3,peringkat 3, 5 years survival ialah 40%
      Stage4,peringkat 4, 5 years survival ialah 5%

      Dari penjelasan yang saya berikan di atas, kemungkinan kanser diperingkat 1,2 dan 3 boleh datang semula (recur) atau merebak ke organ lain (metastasis) itu ada. Biasanya pesakit akan mendapatkan rawatan dan pemeriksaan susulan selepas pembedahan secara berkala selama lima tahun untuk memastikan status kaser tersebut.

      Keadaan yang dialami oleh ibu Puan di mana kanser telah merebak ke hati (liver) memerlukan pemeriksaan semula. CT scan pada bahagian abdomen dan thorak bagi menentukan ke bahagian mana kanser tersebut telah merebak. Satu lagi pemeriksaan yang perlu dilakukan ialah PET scan bagi menentukan organ-organ lain tidak terlibat kecuali hati sebagaimana yang Puan jelaskan.

      Jika hanya pada hati sahaja kanser itu telah merebak dan tidak semua bahagian hati yang terlibat, peluang untuk pembedahan membuang sebahagian hati adalah baik dan dari kajian yang dilakukan, 30% pesakit dapat meneruskan kehidupan lebih dari lima tahun. Ibu Puan perlu mengambil semula kimoterapi sebagaimana yang dinasihatkan oleh doktor yang merawat dan dalam masa yang sama dirujuk kepada pakar bedah hati bagi memeriksa hati ibu Puan dari segi kesesuaian bagi menjalani pembedahan.

      Semoga jawapan di atas dapat memberikan sedikit panduan di dalam meneruskan rawatan kanser rektum yang telah merebak ke hati yang dialami oleh ibu Puan.

      Waullahu’alam

  25. assalamualaikum doktor. sebelum ni mak saya memang ada sakit kanser usus. doktor suruh buat kimo. tapi mak saya tak nak.kimo lenih banyak memberi kesan yang mudarat. setelah cuba beberapa rawatan alternatif, mak saya tak buang air besar keluar darah dah. najisnye juga kembali ke saiz asal mak juga amalkan makan biji aprikot yang mengandungi vitamin b17 yan dapat menghapuskan sel kanser, saya nak tanye dekat doktor, apakah tanda2 berikut mak saya telah sembuh kanser?

    • Wa’alaikumsalam wr.wb.

      Saya doakan semoga Puan sekeluarga dapat bersabar dan tabah di dalam menerima ujian penyakit yang diberikan Allah kepada ibu yang dikasihi.

      Rawatan alternative/supplement yang diambil mungkin membantu ibu Puan untuk mudah membuang air besar. Mengenai peranan rawatan alternative dalam membunuh sel-sel kanser di dalam badan, ianya memerlukan kepada satu kajian secara saintifik bagi membuktikan keberkesanan rawatan tersebut. Kajian secara saintifik yang dilakukan adalah bertujuan mengetahui bahan kimia yang terdapat di dalam sesuatu ubat yang akan digunakan dalam merawat pesakit-pesakit kanser di mana ianya bertindak membunuh sel-sel kanser. Kaedah kajian saintifik inilah yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu ubat kimoterapi yang digunakan di hospital-hospital bagi merawat pesakit-pesakit kanser. Kajian yang dijalankan juga akan menentukan keberkesanan dan kesan sampingan sesuatu ubat kimoterapi.

      Puan perlu membawa semula ibu ke hospital bagi menentukan keadaan kanser yang dialami setelah mengambil rawatan alternative tersebut. Melalui pemeriksaan dan penyiasatan-penyisatan yang dilakukan seperti kolonoskopi dan CT scan barulah keadaan sebenar kanser tersebut dapat diketahui.
      Waullahu’alam

  26. Salam doktor,

    Terima kasih atas jawapan yang doktor berikan, saya amat hargainya. Kini kami sekeluarga tabah menhadapi dugaan yang tuhan berikan mungkin ada hikmah disebaliknya.

    Di samping itu kami kini berusaha untuk mencari rawatan alternatif untuk mengubati sakit ibu. Saya telah mengujungi byk website di internet yang menawarkan pelbagai penawar dan rawatan untuk penyakit kanser.

    Diantaranya yg menarik perhatian adalah keladi tikus yang ditemui oleh pakar usm dan begitu juga biji aprikot yang saya lihat begitu meluas pengiklanannya. Di sini saya ingin bertanya pendapat doktor adakah pemakanan supplement tersebut dapat membantu? Saya ada membaca testimoni yang mengatakan ada diantara mereka sembuh. Sesungguhnya saya tahu ajal dan maut itu semua di tangan tuhan cuma kami sekeluarga inginkan ibu sembuh. Tolonglah doktor bagi kami sedikit saranan.

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Rawatan kanser usus yang dilakukan di hospital-hospital melibatkan pembedahan, kimoterapi dan radioterapi. Rawatan pembedahan sahaja atau pembedahan dan kimoterapi adalah untuk kanser kolon bergantung kepada tahap/stage kanser tersebut.
      Bagi kanser rektum, ianya mugkin memerlukan pembedahan sahaja jika kanser itu ditahap satu dan dua. Bagi kanser rektum di tahap tiga dan empat di samping pembedahan, kimoterapi dan radioterapi perlu juga di berikan.
      Mengenai pemakanan supplement, kajian secara saintifik perlu dijalankan bagi menentukan sesuatu bahan yang digunakan itu berkesan bagi merawat sesuatu kanser. Termasuk dalam kajian saintifik ialah melakukan ‘trial’ ke atas pesakit-peaskit kanser dalam jumlah yang ramai dengan menggunakan ubat yang hendak digunakan bagi merawat kanser tersebut. Hasil dari kajian tersebut barulah satu keputusan dapat dibuat sama ada ubat tersebut berkesan dan boleh digunakan dalam merawat ke-kes kanser. Testimoni sahaja dalam kajian saintifik merupakan satu pembuktian yang lemah kerana sampel saiz yang kecil dan pemeriksaan penyakit secara menyeluruh tidak dilakukan.
      Puan perlu membawa semula ibu ke hospital bagi menjalankan pemeriksaan berkala bagi menentukan keadaan kanser yand sedang dihadapi semasa rawatan supplement dijalankan. Pemeriksaan ini penting bagi menentukan tahap terkini kanser dan keberkesanan rawatan yang diambil.
      Waullahu’alam

  27. Salam doctor.
    Saya berusia 22thn. semalam dan hari ini saye buang air besar dan berdarah. merah pekat dan agak banyak.
    sebelum ini tidak pernah terjadi.
    saya tidak mengalami masalah sembelit. dalam seminggu, saya kerap buang air besar. saya tidak sakit perut…kadang-kandang rasa sakit di bahagian kiri (mild). i was wondering how this is happen to me. i am very healthy (alhamdulillah) .but then it still happen.
    please advise.
    thank you.

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.
      Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak.
      Ada beberapa kemungkinan menyebabkan buang air besar dan berdarah. Darah yang merah biasanya disebabkan pendarahan pada bahagian anal kanal dan rektum. Dua keadaan yang biasa dihidapi oleh kebanyakan pesakit ialah buasir dan anal fissure.
      Yang membezakan sama ada buasir atau anal fissure ialah sakit ketika dan selepas membuang air besar disebabkan oleh anal fissure. Pendarahan tersebut kadang kala disebabkan oleh polyp pada bahagian rektum tetapi ianya tidak sekerap kedua-dua penyakit yang saya sebutkan di atas.
      Untuk itu saudari perlu berjumpa dengan doktor yang biasa merawat penyakit yang sedemikian. Anal fissure dapat disahkan dengan pemeriksaan pada bahagian dubur berserta simptom sakit semasa membuang air besar. Jika ianya bukan anal fissure, satu pemeriksaan proktoskopi perlu dilakukan bagi menentukan sama ada buasir atau tidak. Jika terdapat buasir, rawat ikatan (banding) boleh dilakukan untuk membertikan pendarahan. Dengan memakan ubat sahaja seperti tablet “Daflon” ianya tidak berkesan untuk memberhentikan pendarahan dari buasir.
      Wassalam.

  28. Salam Dr,

    Saya berusia 24 tahun. Sy ingin tahu kenapa bila tekan perut bahagian kiri menggunakan jari ianya terasa sakit? buat pengetahuan Dr. kadang2 apabila sy buang air besar terdapat darah yg keluar,
    najis saya keluar kecil2 kadang2 berwarna hitam. Sy pernah melakukan rawatan diklinik dan DR. tersebut mengatakan sy mengalami buasir. Bila meminum air dgn bnyak perut saya akan terasa seperti penuh. Adakah keadaan ini normal?
    Sya juga sering berasa pedih dibwah rusuk kiri berhampiran usus perut. Adakah Ini Normal?

    • Wa’alaikumsalam wr. wb. Ramadhan kareem.

      Keadaan yang sedang saudari alami adalah tidak normal dan memerlukan satu pemeriksaan yang teliti dijalankan.

      Dalam jawapan-jawapan yang lalu pada persoalan yang dikemukan oleh pesakit-pesakit kepada saya apabila berhadapan dengan masaalah darah yang keluar semasa membuang air besar, telah saya sebutkan mengenai sifat-sifat pendarahan disebabkan oleh buasir. Buasir biasanya menyebabkan berdarah ketika membuang air besar dan darah yang keluar adalah berwarna merah. Buasir juga tidak menyebabkan sakit pada bahagian perut. Semoga saudari mendapat manafaat dari jawapan-jawapan tersebut.

      Berbalik kepada permasaalahan yang saudari hadapi, besar kemungkinan keadaan ini disebabkan oleh radang usus atau dipanggil “inflammatory bowel disease”. Pesakit biasanya mengalami simptom-simptom seperti berak berdarah sama ada ianya berwarna merah atau gelap, najis yang berlendir, kerap kali buang air besar, kembung dan sakit perut terutama pada bahagian kiri.

      Untuk pengesahan penyakit ini, saudari perlu berjumpa dengan pakar bedah atau pakar perubatan gastroenterologi bagi menjalani pemeriksaan kolonoskopi. Hanya dengan melakukan pemeriksaan kolonoskopi ini sahaja, radang pada bahagian usus dapat dilihat. Jika terdapat radang pada usus besar, sedikit tisu dari permukaan usus akan diambil bagi tujuan pengesahan penyakit tersebut.

      Penyakit radang usus boleh dirawat dan dikawal dengan mengambil ubat-ubat yang khusus setelah pengesahan penyakit ini dapat dilakukan.

      Wassalam

      • Salam Dr,

        Terima kasih di atas nasihat DR. IBD ni merbahaya ker? bolehkah penyakit ni membawa maut? Adakah IBD ni boleh pulih dgn hnya memakan ubat shj tanpa perlu pembedahan?
        Klu pembedahan? apakah risiko after pembendahan?
        Sy berasa risau sngat skng ni.

      • Wa’alaikumslam wr wb

        Berikut adalah jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh Zam kepada saya bertarikh 6 September 2009

        Radang usus atau inflammatory bowel disease (IBD) adalah satu keadaan di mana usus menjadi radang yang biasanya melibatkan usus besar. Ada ketikanya kedua-dua usus besar dan kecil terlibat sama. Terdapat dua jenis penyakit IBD iaitu ulcerative colitis (UC) dan Crohn’s disease (CD). Penyakit ini hanya dapat disahkan melalui pemeriksaan biopsi di mana cebisan tisu dari dinding usus akan diambil ketika pemriksaan kolonoskopi untuk mengesahkan penyakit tersebut.

        Secara umumnya IBD adalah penyakit yang kronik dan pesakit boleh mendapat serangan berulang-ulang selepas ianya dikawal dengan ubat atau pesakit akan berterusan menghidap penyakit tersebut. IBD boleh dikawal (control) dan peskit boleh berada dalam keadaan stabil.

        Pesakit UC boleh mengalami cirit-birit dan berak berdarah yang teruk dan toksic megacolon. Pesakit CD pula boleh mendapat jangkitan pada bahagian dubur (perianal sepsis) dan usus sempit (stricture).
        Pesakit-pesakit CBD adalah berisiko tinggi diserang kanser usus besar.

        Ubat-ubat seperti mesalazine, steroid dan azathioprine diberilan akan kepada pesakit-pesakit IBD dan ianya bergantung kepada keseriusan penyakit tersebut. Mereka mungkin memerlukan satu atau lebih daripada satu ubat. Ubat-ubat ini perlu diambil secara berterusan bagi mengelak penyakit tersebut berulang (relapse).

        Pembedahan hanya dilakukan ke atas pesakit-pesakit IBD yang tidak boleh dikawal dengan ubat-ubatan seperti pendarahan yang teruk dan berterusan. Pesakit-pesakit yang mengalami komplikasi daripada IBD seperti toksik megacolon dan stricture. Pembedahan juga dilakukan bagi mereka yang meghidap kaser usus besar disebabkan oleh penyakit ini.

        Oleh itu pesakit-pesakit IBD perlu mematuhi jadual rawatan dan mengambil ubat untuk mengelak daripada penyakit menyerang mereka berulang-ulang kali. Pemeriksaan kolonoskopi secara berkala perlu dilakukan bagi mengesan terjadinya kanser pada bahagian usus besar.

        Waullahu’alam

  29. Salam Dr.
    Saya Ira dan saya berumur 16 tahun. Saya mempunyai satu masalah berkenaan dengan berak berdarah ini.

    Untuk pengetahuan doktor, saya telah 3 kali mengalami berak berdarah. Namun begitu, saya tidak ada berasa sakit di mana2 bahagian sewaktu membuang air besar. Selera makan saya juga seperti biasa dan tiada perubahan.

    Untuk pengetahuan doktor juga, darah yang keluar cuma ada pada hujung najis dan kadang-kadang menitik. Darah tersebut berwarna merah seakan luka tetapi tidak pekat warnanya. Kuantitinya darah yang keluar juga sedikit. Tiada perubahan juga pada najis yang keluar.

    Saya ingin bertanyakan kepada doktor, mungkinkah simptom-simptom diatas merupakan simptom kanser usus ataupun sekadar buasir sahaja? Dan juga adakah seseorang yang berumur 16 tahun seperti saya berisiko untuk mendapat kanser ataupun buasir? Atau adakah saya mengalami penyakit lain?

    Saya berharap agar doktor dapat memberikan saranan dan nasihat tentang permasalahan yang sedang saya hadapi sekarang.

    Tq.
    Sekian, wassalam.

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.
      Ramadhan kareem.
      Semoga sentiasa di berkati Allah SWT dalam bulan yang mulia ini.

      Simptom yang saudari alami besar kemungkinannya disebabkan oleh buasir atau haemorrhoids.
      Buasir biasanya menyerang golongan dewasa dan remaja. Mereka yang mengalami sembelit yang kronik/lama mudah mendapat mendapat buasir.

      Buasir hanya dapat disahkan melalui pemeriksaan proktoskopi. Pemeriksaan proktoskopi dilakukan dengan memasukkan proktoskop ke dalam dubur bagi mengesahkan adanya buasir. Buasir yang berdarah boleh dilihat ketika pemeriksaan dilakukan. Oleh itu seseorang doktor mesti melakukan pemeriksaan proktoskopi untuk mengesahkan penyakit buasir.

      Buasir yang berdarah dan masih di peringkat awal boleh dirawat dengan kaedah ikatan atau banding.
      Rawatan ini adalah mudah dan berkesan bagi memberhentikan pendarahn tersebut. Memakan ubat sahaja seperti mengambil Daflon tidak berkesan memberhentikan pendarahan yang kerap berlaku.

      Mengenai punca-punca lain kepada berak berdarah seperti kanser sangat jarang menyerang golongan remaja. Kadang kala pendarahan boleh juga disebabkan oleh polyp pada bahagian rektum. Berak berdarah yang disebabkan oleh anal fissure menyebabkan sakit pada bahagian dubur.

      Wassalam

  30. Assalamualaikum Dr.

    Saya mempunyai masalah yang sama bagi kebanyakan pengadu di dalam blog ini. Sudah 2 kali saya berjumpa Dr di klinik panel mengadu pendarahan semasa membuang air besar. Jawapan yang diberikan tetap sama ada luka di dubur dan saya diberi ubat sembelit dan berhentikan pendarahan. Saya bercadang untuk membuat pemeriksaan lanjut. Terdapat 2 pilihan di dalam fikiran saya

    1. Hospital kerajaan
    2. Merujuk kepada Dr sendiri di UIA (dekat dgn rumah)

    Malangnya saya sangat jarang sakit, sepanjang hayat saya hanya 2 kali saya masuk hospital kerajaan. Oleh yang demikian saya tidak tahu bagaimana prosedur untuk mendapatkan khidmat pakar du hospital kerajaan.Adakah cuma perlu pergi ke kaunter dan meminta untuk membuat appointment dengan pakar gastroenterologi? jika sebegitu mudah maka pilihan pertama saya akan pilih.

    Jika sebaliknya saya terpaksa berjumpa dengan Dr.kerana agak senang untuk membuat appointment dengan Dr dari UIA (isteri saya ada buat treatment perbinanan disana). Cuma yang menjadi persoalan saya ialah berapakah kos yang terpaksa saya tanggung jika mengambilkira saya terpaksa dibedah dan membuat kimoterapi. Diharap Dr dapat memberi sedikit gambaran agar mudah bagi saya membuat perancangan kewangan kelak.

    Terima kasih dan selamat berpuasa..

    • Wa’alaikumsalam wr wb

      Di sini saya ingin menasihatkan En. Madi supaya mendapatkan rawatan di Hospital kerajaan atau boleh bertemu saya di Klinik Kolorektal UIA supaya pemeriksaan kolonoskopi dapat dilakukan.

      En. Madi boleh berjumpa saya di Klinik Kolorektal Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan Pahang dengan mendapatkan satu surat rujukan daripada mana-mana doktor swasta dan ditujukkan terus kepada saya. Klinik Kolorektal di HTAA ialah pada hari Isnin dqan khamis setiap minggu.

      Jika En, Madi ingin berjumpa saya di Klinik Kolorektal UIA boleh berhubung dengan no, telefon berikut 09-5146090 untuk mendapatkan tarikh temujanji. Kami mengenakkan caj yang minima bagi setiap pemeriksaan yang dilakukan. Jika pesakit memerlukan sesuatu pembedahan, ianya akan dilakukan di HTAA.

      Perkara yang penting sekarang ialah memastikan punca berlakunya berak berdarah dan seterusnya rawatan yang sepatutnya dapat diberikan.

      Wassalam.

  31. assalamualaikum Dr. trima kasih krn menyediakn ruangan soal jawab untuk kami yg mengalami masalah ini…sy tidak pasti dan tidak dpt membezakan antara buasir dan kanser usus..ketika membuang air besar, darah yg keluar amat banyak dan pedih ketika dan selepas membuang air,sehinggakan selepas membuang air,dlm tempoh waktu dr pg ke ptg ketika menanggalkn seluar sy dapati seluar ada kesan darah…symptom yg dialami lebih kepada kanser usus,selain itu sy mengalami sakit di bhagian tulang punggung jika duduk lebih dr sejam-2jam…dibwh ‘hip’…hrp bantuan dr Dr. dpt memudahkn sy mendptkn rawatan…

    • Wa’alaikumsalam wr wb

      Berak berdarah adalah adalah satu simptom yang kerap menyerang orang ramai. Simptom ini jarang mendapat perhatian dan pemeriksaan yang optimum. Ia kerap kali di label sebagai buasir walaupun tidak ada pemeriksaan proktoskopi dilakukan oleh doktor yang merawat pesakit tersebut.

      Berak berdarah di mana darahnya berwarna merah dan sakit pada bahagian dubur besar kemungkinan disebabkan luka pada bahagian dubur atau dipanggil fissure-in-ano. Doktor perlu memeriksa pada bahagian anus/dubur untuk mengesahkan adanya luka pada bahagian anus. Pemeriksaan proktoskopi tidak boleh dijalankan jika terdapat fissure-in-ano kerana ianya akan menyebabkan kesakitan pada bahagian dubur.

      Pastikan Puan mendapatkan rawatan dengan doktor yang biasa mengendalikan kes-kes seperti ini supaya punca berak berdarah dapat dipastikan dan seterusnya rawatan yang sewajarnya dapat diberikan. Atau Puan boleh berjumpa dengan pakar bedah di hospital kerajaan dengan mendapatkan surat rujukan daripada mana-mana doktor swasta.

      Wassalam

  32. salam puan,

    baru-baru ni saya hadapi buang air besar berdarah..bila benda tu da kluar, ada darah menitis tapi saya cuma rasa macam buang air besar biasa ja..tak sakit ape2 pun…apa masalahnya tu..?thanks for ur advise..

    • Wa’alaikumsalam wr wb

      Besar kemugkinan darah yang keluar semasa membuang air besar adalah disebabkan oleh buasir. Anal fissure menyebabkan sakit pada bahagian dubur ketika dan selepas membuang air besar.

      Pemeriksaan doktor di mana pemeriksaan proktoskopi perlu dilakukan bagi mengesahkan ianya adalah buasir. Jika buasir tersebut menyebabkan pendarahan ketika membuang air besar rawatan banding (ikatan) boleh dilakukan ke atas buasir tersebut.

      Wassalam

  33. ayah saya baru2 ni dimasukkan ke hospital HUKM kerana mengalami sakit perut. Di klinik swasta ayah disyaki gastrik. Memang ayah kerap gastrik. Tiba di HUKM ayah di syaki apendiks. Dan sudah dibedah. Doktor mendapati ayah punya apendik sudah pecah di dalam dan mengalami jangkitan kuman kerana kencing berdarah. soalan saya, adakah ayah akan mengalami penyakit lain yang berkaitan dengan usus kerana dalam 3 tahun yang lepas ayah dubur ayah kerap mengeluarkan darah.

    • Assalamu’alaikum wr wb

      Masaalah buang air besar berdarah atau berdarah pada bahagian dubur perlu diberitahu kepada doktor yang merawat ayah Puan.

      Jika pendarahan tersebut masih berlaku Puan perlu berjumpa dengan doktor yang merawat di HUKM dalam masa yang terdekat supaya satu pemeriksaan kolonoskopi dapat dijalankan bagi menentukan punca pendarahan tersebut.

      Dalam jawapan-jawapan saya kepada soalan-soalan yang dikemukakan ada saya jelaskan punca-punca kepada berdarah semasa membuang air besar. Perlu diingatkan di sini bahawa berdarah semasa membuang air besar tidak semestinya disebabkan oleh buasir (haemorrhoids). Itulah sebabnya pemeriksaan doktor berseta pemeriksaan kolonskopi perlu dilakukan bagi yang telah berumur demi mengelakkan kegagalan mengesan kanser usus diperingkat awal.

      Wassalam

  34. Assalamualaikum dr.

    Baru2 ini saya ada berak berdarah, darah yang keluar bercampur najis dan berwarna merah gelap agak banyak, tetapi saya tidak mengalami sakit perut atau kembung. Saya membuang air besar sekali atau dua kali sehari, walau bagaimanapun selalu rasa tidak puas selepas membuang. Beberapa bulan lepas saya mengalami kesakitan di bahagian dubur bila membuang air besar. Dr menyatakan saya ada sedikit buasir dan sekarang dah agak ok. Walaubagaimanapun berat badan saya menurun dan sering rasa letih. Harap dr dapat memberikan pandangan, terima kasih.

    • Wa’alaikumsalam wr wb

      Masaalah berak berdarah yang Puan alami perlu dirujuk kepada pakar bedah atau pakar gastroenterologi supaya pemeriksaan yang sempurna dapat dilakukan.

      Bagi saya Puan perlu menjalani pemeriksaan kolonoskopi bagi menentukan punca kepada darah yang bercampur najis, berwarna merah gelap dan agak banyak, susut berat badan dan sering rasa letih.

      Kerap berlaku di mana peskit dilabel mengalami buasir (haemorrhoids) kerana berak berdarah tanpa dilakukan pemeriksaan proktoskopi oleh doktor yang merawat..

      Mengenai sakit pada bahagian dubur bila membuang air, ianya mungkin disebabkan oleh luka pada bahagian bibir dubur/anus yang mungkin disebabkan oleh fissure-in-ano.

      Walaubagaimana pun saya ingin menasihatkan Puan supaya segera berjumpa pakar bedah atau gastroenterologi di hospital yang berdekatan dalam masa yang terdekat supaya penyakit yang sedang dialami dapat dikesan dan rawatan yang sebaiknya dapat diberikan.

      Wassalam

  35. Terima kasih atas nasihat dari Dr. Insyaallah akan segera berjumpa dengan dr yang berkenaan.

  36. assalamualaikum semua dan doktor …
    doktor, saya ingin meminta pandangan doktor terhadapa situasi yg saya alami ini…
    saya mengidap berak berdarah ni sejak awal tahun 2009 nie…
    .
    saat saya tulis komen ni saya baru pulang dari pusat kesihatan kat tempat saya belajar . sabtu hari tu saya berak darah….(3.10.2009) benda ni saya lalui selama 2semester (ni sem ke 3 saya)…stat awal tahun yang lepas. yang lates nie darah yang keluar warna hitam coz campur dengan najis…saya pegang benda tu nak surekan darah o tak sebab bila saya siram di warna merah.. pastu kuar darah fres wane merah pekat mcm luka,menitik2 dan kadang kale keluar macam cirit tapi campur darah 70%… perut saya memulas-mulas,berpeluh mula sya, badan jagi seram sejuk… bila saya sakit perut, hanya mampu menangis dan berdoa supaya saya tak sakit teruk…akuut jadi mcm arwah ayah saya saakit kanser juga..sintom2 kanser usus 2 saya ada…. :
    1: berak darah
    2: tak puas berak
    3:sakit perut memulas macam sengugut…..
    4: muka aku pucat bila tahan sakit
    5: kerap demam dan kene ulser kat mulut
    6: tak ada selera makan- langsung tak lapar walaupun saya tak perasan yang dalam satu hari tu saya hanya makan roti dengan air milo je..
    7: kerap pening pale dan terpaksa makan panadol 4biji untuk tawar kesakitan saya tu..
    saya takut kalo betul-betul terjadi….
    untuk pengatahuan, setiap doktor yang rawat saya TAK PERNAH cek, scanning,xtray, cek darah,air kencing atau ape je dengan serius….pastu cakap sya ni kene buasir… kalo ye, selain bagi ubat saya harap sanggat yang ada rawatan untuk sya yang betul2… doktor, adakah sya menghidap penyakit kanser usus? atau betul lah kata2 doktor lain tu yg saya hanya kene buasir sahaja? tolonhg bantu saya doktor, saya takut kalau benda buruk terjadi pada saya…..
    TERIMA KASIH SUDI BACA LUAHAN MASALAH SAYA NI….

    • wa’alaikumsalam wr wr

      Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk menjawab persoalan yang dikemukakan disebabkan oleh komitmen kerja yang perlu dilaksanakan.

      Daripada gejala-gejala yang yang sedang saudari alami, saya nasihatkan supaya segera berjumpa dengan pakar bedah atau pakar gastroenterologi di hospital kerajaan supaya satu pemeriksaan yang rapi dapat dilakukan. Saudari perlu mendapatkan sepucuk surat rujukkan dari mana-mana klinik yang ditujukan kepada pakar di atas di hospital kerajaan.

      Masaalah pesakit tidak diperiksa dengan teliti oleh doktor di klinik-klinik luar kerap dan sering diutarakan oleh pesakit dan penah saya sentuh dalam jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan. Kerap kali pesakit yang mengalami berak berdarah dilabel sebagai penyakit buasir tanpa melakukan pemeriksaan proktoskopi.

      Pada pandangan saya, saudari perlu menjalani pemeriksaan kolonoskpi bagi memastikan punca kepada berak berdarah, perubahan pada kekerapan membuang air besar dan sakit perut. Antara penyakit yang kemungkinan besar yang saudari alami ialah penyakit radang usus atau “inflammatory bowel disease’. Penyakit ini dapat diketahui melalui pemeriksaan kolonoskopi dan diikuti dengan pengesahan biopsi iaitu dengan mengambil cebisan tisu dari dinding usus yang radang. Kanser sangat jarang menyerang golongan muda dalam lingkungan umur seperti saudari. Manakala gejala-gejala yang suadari alami di atas bukanlah gejala-gejala kepada penyakit buasir.

      Segeralah mendapatkan rawatan seperti yang saya jelaskan di atas supaya penyakit yang saudari alami dapat dirawat, insyaAllah. Semoga Allah menyembuhkan penyakit yang saudari alami.

      Wassalam.

  37. Assalamualaikum dr,
    masalah yang saya hadapi lebih kurang dengan masalah di atas. Saya inginkan nasihat dan pandangan dr mengenai masalah saya.
    Saya menghidap sembelit yang kronik sejak berumur belasan tahun. Hanya membuang air besar seminggu sekali dan kadang2 lebih daripada itu. Sekarang saya berumur 26 tahun dan baru berkahwin. Kadang2 terdapat sedikit darah pada najis, dan sakit di dubur ketika membuang air besar, tp sy anggap itu biasa kerana mungkin terjadi luka. Najis yang keluar besar dan keras. Setahun kebelakangan ini, sy perasan ada benjolan kecil pada lubang dubur sy, dan gatal. Ia boleh masuk semula setelah ditolak dengan jari.
    Dan sejak 3 tahun lalu, sy sering membeli ubat sembelit difarmasi, atau sy minum ubat pelangsingan(teh,pil) bagi membantu sy membuat air besar. Tapi bila mengamalkan ubat/teh, sy akan mengalami cirit birit dan sakit perut. Namun sy tiada pilihan, jika tidak mengambilnya, sy tidak akan membuang air besar sehingga lebih dr seminggu. Saya tidak mengalami masalah kurang berat badan, selera makan ok dan normal.
    Pada pendapat dr, adakah masalah ini normal dan perlukah sy membuat pemeriksaan diklinik? (sy tidak pernah membuat pemeriksan sblm ini.)
    Apakan kaeadah rawatan yang dicadangkan?
    Adakan rawatan yang dijalankan meyakitkan?
    Dimanakah perlu sy mendapatkan rawatan?

    Saya agak bimbang masalah ini berlarutan kerana sy merancang utk hamil dalam masa terdekat. Sy risau jika ubat sembelit/teh/pil yang sy ambil akan menjejaskan bayi kelak. Memandangkan sy baru berkhwin, sy tidak pernah memberitahu masalah ini kepada suami.

    Terima Kasih, hanya Allah dapat membalas jasa dr,

    • assalamualaikum kak… saya sala seorang peminat blog ini dan saya tertarik dengan kisah akak. ada bonjolan kecil yang keluar itu tanda2 buasir. , elok akak pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan. beri tahu suami dengan tenang dan slow talk… kalau tak rawat nanti time bersalin normal ianya akan keluar besar bak sekuntum bunga ros yang mekar,,,, akak akan menanggung kesakitan jika ia berlaruran.. oleh itu, akak segeralah pergi ke hospital…makan buah-buahan, sayur hijau… num soya, susu, air suam. elak minum air bergas…. mak saya cakap elok makan pisang dan betik. banyak kandungan zat dalam buah tersebut walaupun ianya buah2an yang murah… darah yang keluar dari dubur akak tu adalah kesan luka di dinding saluran najis tu, elak dan stop makan ubat kurus…… ada racun di dalamnya, saya harap akak tidak hamil dalam masa yang terdekat ini dikuatiri akan memjejaskan kandungan dan kesihatan akak.. biar sihat dulu baru hamil. tu lah bagi tahu sebaik-baiknya pada suami untuk kuatkan jiwa kita menghadapi situasi akan datang… saya harap akan akan menjalankan tindakan yang cepat sebelum melarat,,,sayangi diri dan keluarga akak….pergi jumpa doktor pakar dan minta dia check betul2 ….. saya sedia membantu akak…….wassalam

    • Wa’alaikumsalam wr wb
      Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk menjawab persoalan yang dikemukakan disebabkan oleh komitmen kerja yang perlu dilaksanakan.
      Daripada gejala-gejala yang disebutkan di atas, Puan mengalami penyakit penyakit yang dipanggil sembelit yang kronik atau ‘chronic constipation’. Penyakit sembelit yang kronik mugkin disebabkan beberapa penyakit yang menyerang usus. Di antara penyakit-penyakit tersebut ialah:
      1. Slow transit (pergerakkan yang lemah/lambat) constipation.
      2. Obstructed defecation (rasa tersumbat/tersekat pada bahagian dubur ketika membuang air besar)
      3. Constipation predominat irritable bowel syndrome (Sembelit yang dominan bagi pesakit yang mengalami sindrom gangguan usus)
      Perlu diingatkan bahawa sembelit boleh berlaku pada mereka yang mengambil ubat-ubat tertentu, pada pesakit hipotiroidism, pesakit-pesakit penyakit kronik, pesakit saraf dll.
      Berak berdarah berserta sakit pada bahagian dubur besar kemungkinan disebabkan oleh luka pada bahagian dubur (fissure-in-ano). Berak berdarah mungkin juga disebabkan oleh buasir akibat daripada meneran yang lama dan berterusan. Bejolan yang keluar mungkin disebabkan oleh buasir diperingakat ke tiga adalah disebabkan meneran yang lama ketika membuang air besar. Simptom gatal adalah disebabkan oleh cecair najis yang keluar bersama-sama benjolan tersebut yang menyebabkan irritasi pada kawasan dubur.
      Penyakit yang Puan alami memerlukan pemeriksaan yang teliti dijalankan oleh pakar bedah kolorektal atau pakar gastroenterologi yang biasa mengendalikan dan merawat kes-kes begini. Puan perlu memberitahu suami mengenai penyakit yang dialami supaya akan lahir sokongan moral dan simpati daripada beliau dalam tempoh perawatan penyakit ini.
      Pemeriksaan/ujian berikut perlu dilakukan ke atas seseorang pesakit yang mengalami sembelit yang kronik adalah seperti berikut:
      1. Pemeriksaan darah bagi menentukan tidak ada penyakit seperti hipotiriodism
      2. Pemriksaan kolonoskopi
      3. Transit study – pemeriksaan perjalan usus di mana pesakit akan mengambil markers dan pemeriksaan x-ray akan dilakukan bagi menetukan kedudukan markers tersebut
      4. Anorectal manometry – memerika keadaan pressure/tekanan di rektum dan anua
      5. Defecography – pemeriksaan x-ray yang khusus dilakukan ketika pesakit membuan air bagi melihat keadaan anus dan rektum.
      Hasil daripada pemeriksaan tersebut, satu keputusan akan dibuat bagi menentukan punca kepada penyakit sembelit. Antara rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit ialah:
      1. Pengambilan laxatives (ubat sembeli)
      2. Biofeedback therapy
      3. Botox injection
      Cadangan saya kepada Puan ialah supaya satu pemeriksaan yang teliti dilakukan dan biofeedback therapy adalah option yang baik insyaAllah. Jika Puan berminat untuk mendapatkan rawatan di unit kami sila hubungi talian 09-5146090 atau email azmimn@iiu.edu.my.
      Wassalam

  38. asmkum doc dan terima kasih sudi baca comment ini.

    saya ber umur21tahun dan sedang menuntut di ipta. saya takut dan keliru dengan apa yang saya hadapi ini sejak awal tahun yang lalu. antara tanda yang saya alami:
    berak berdarah(fres,merah dan coklet pekat. ikut najis, menitis2,keluar mcm lendir dan ketulan darah mcm darah haid)
    sesak nafas,cepat penat,
    demam yang kerap dan ulser di mulut
    sembelit dan cirit birit yang salih berganti
    mual-mual tapi jarang muntah
    pedih ulu hati terutama bila waktu stdy
    kurang selera makan( sehingga roomate saya atur jadual pemakanan)
    pening kepala bila lepas buang najis
    sejuk dan mengigil tiba2 (waktu malam)
    sakit perut macam sengugut (walaupun tak datang haid)
    tidak puas berak(selalu kena marah dgn romate sebab berak terlalu lama)
    doktor yang pernah rawat saya dulu cakap saya mengalami kembung perut dan gastrik.

    so, saya telah membuat temu janji dengan doktor di tempat saya belajar dan sekali pergi ke hospital di hometown saya. keputusan yang di beri saya disahkan menghidap buasir . saya muskil kenapa doktor tersebut berkata denikian sedangkan tiada pemeriksaan di lakukan terus bagi ubat… saya pernah minta dia buat pemeriksaan namun dia tidak memberikan jawapan. myd dia malas!!!!! setiap malam saya sakit perut..hanya air mata yang menemani saya kala itu..hanya tuhan yang tahu penanggungan saya menahan semua ini. saya keliru sama ada saya di serang kanser usus atau kanser perut???? sebab sya ada terbaca tentang punca2 penyakit itu di blog2 dlm internet ini.

    doktor, tolonglah saya… bantulah saya. menurut pengalaman doktor agak2 saya berisiko mengidap penyakit apa dan apakah yang perlu saya buat??????

    saya berharap doktor sudi membalasnya.
    wassalam
    sekian, terima kasih

    • Wa’ailaikumsalam wr. wr.

      Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk menjawab persoalan yang dikemukakan disebabkan oleh komitmen kerja yang perlu dilaksanakan.

      Daripada gejala-gejala yang yang sedang saudari alami, saya nasihatkan supaya segera berjumpa dengan pakar bedah kolorektal atau pakar perubatan gastroenterologi di hospital kerajaan supaya satu pemeriksaan yang teliti dapat dilakukan. Saudari perlu mendapatkan sepucuk surat rujukkan dari mana-mana klinik yang ditujukan kepada pakar di atas di hospital kerajaan.

      Masaalah pesakit tidak diperiksa dengan teliti oleh doktor di klinik-klinik luar kerap dan sering diutarakan odan pernah saya sentuh dalam jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan. Kerap kali pesakit yang mengalami berak berdarah dilabel sebagai penyakit buasir tanpa melakukan pemeriksaan proktoskopi.

      Pada pandangan saya, saudari perlu menjalani pemeriksaan kolonoskpi bagi memastikan punca kepada berak berdarah, perubahan pada kekerapan membuang air besar dan sakit perut. Antara penyakit yang kemungkinan besar yang saudari alami ialah penyakit radang usus atau “inflammatory bowel disease’. Penyakit ini dapat diketahui melalui pemeriksaan kolonoskopi dan diikuti dengan pengesahan biopsi iaitu dengan mengambil cebisan tisu dari dinding usus yang radang. Kanser sangat jarang menyerang golongan muda dalam lingkungan umur seperti saudari. Manakala gejala-gejala yang suadari alami di atas bukanlah gejala-gejala kepada penyakit buasir.

      Segeralah mendapatkan rawatan seperti yang saya jelaskan di atas supaya penyakit yang saudari alami dapat dirawat, insyaAllah. Semoga Allah menyembuhkan penyakit yang saudari alami.

      Wassalam.

  39. Dr, dsini saya ingin bertanya sedikit soalan.apakah yg menyebabkan berak berdarah?kerana ini pertama kali nya saya mengalami berak berdarah,tetapi tidak mengalami sakit semasa buang air besar, darah tersebut berwarna merah dan banyak.untuk pengetahuan Dr,saya tidak pernah mengalami buasir.tapi dalam seminggu dua sebelum ini,saya merasa bahagian perut/kawasan pinggang sebelah kanan terasa sakit berpanjangan tanpa henti,tapi tidak terlalu menyakiti sangat dan perut saya seperti penuh dan sering terasa ingin membuang air besar,tapi apabila berada dtandas,tidak pula rasa ingin buang air besar.berat badan saya tetap seimbang,tidak terlalu kurus tidak juga terlalu gemuk.dan setahu saya,saya sentiasa berada dalam keadaan sihat.tetapi sentiasa merasa mengantuk.

    • Assalamu’alaikum wr. wb.

      Gejala berak berdarah adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatankan doktor. Gejala ini adalah di sebabkan oleh penyakit yang menyerang anus, rektum atau pun kolon. Di antara penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan berlaku berak berdarah adalah:
      1. Buasir (Haemorrhoids)
      2. Luka pada dubur (Fissure-in-ano)
      3. Kanser kolon dan rectum
      4. Polip (Polyp)
      5. Radang usus (Inflammatory bowel disease)
      Dengan mengetahui warna darah yang keluar, sakit atau tidak pada bahagian dubur atau darah yang bercampur najis atau tidak, ianya dapat memberikan kita paduan dari manakah pendarahan tersebut berlaku.

      Buasir hanya boleh kita ketahui dengan melakukan pemeriksaan proktoskopi oleh doktor yang merawat kecuali buasir yang membesar dan terkeluar semasa membuang air besar atau buasir yang sentiasa keluar. Keadaan seperti ini memerlukan pemeriksaan dan pengesahan doktor yang merawat.

      Apabila berlaku kelainan dalam rutin membuang air besar seperti berlakunya sembelit atau cirit birit, sakit atau tidak selesa pada bahagian perut (abdomen) atau berak berdarah, pesakit perlu berjumpa doktor majalani pemeriksaan kolonoskopi. Puan perlu berjumpa dengan pakar bedah atau pakar perubatan gastroenterologi bagi menjalani pemeriksaan di atas bagi mengesan punca kepada gejala-gejala yang sedang Puan alami.

      Wassalam

  40. Dr,saya ingin bertanya soalan,saya mengalami sakit perut yang amat sangat hingga mengalami pedih ulu hati .saya juga mengalami cirit birit diwaktu yang sama.untuk makluman Dr juga perut saya sering berbunyi seperti lapar dan terasa loya dan kerap sendawa .

    • Assalamu’alaikum wr. wb.

      Gejala sakit perut dan cirit birit yang Saudara alami besar kemungkinan disebabkan oleh penyakit irritable bowel syndrome atau sindrome irritasi usus.

      Sindrome irritasi usus (irritable bowel syndrome) boleh dikategorikan kepada tiga jenis:
      1. Sembelit predominan
      2. Cirit birit predominan
      3. Campuran antara kedua di atas

      Pengesahan penyakit dapat dilakukan dengan meneliti gejala-gejala penyakit yang pesakit alami dan gejala-gejala tersebut berlaku melebihi tempoh tiga bulan.

      Di dalam masa yang sama gejala-gejala merbahaya seperti berak berdarah, muntah darah, tidak selera makan dan susut berat badan tidak berlaku pada pesakit tersebut. Jika gejala-gejala ini terdapat pada pesakit maka pemeriksaan endoskopi (OGDS dan kolonoskopi) mesti dilakukan bagi memastikan ianya bukan berpunca daripada barah usus atau perut.

      Penyakit irritable baowel syndrome boleh dirawat dengan membantu memperbaiki perjalan usus, rawatan sakit perut dan rawatan memberhentikan cirit birit atau melawaskan pembuangan air besar.

      Wassalam

  41. Assalamu’alaikum wr. wb.

    Doktor, anak lelaki saya berumur sepuluh tahun. Dia telah disahkan menghidap penyakit nephrotic Syndrome sejak umurnya 4 tahun. Selepas itu dia mengambil cortisone(steroid) mengikut nasihat doktor. W/bgmanapun steroid ini telah menybbkan anak saya mengalami bbrp gejala yang tidak baik. Akhirnya pada bulan 4 yang lalu saya dan suami tlh bersepakat utk tdk memberikan steroid kpd anak saya. kami telah memberikan produk jenis herba. Pd awalnya anak sy menunjukkan tindakbalas yang memberansangkan. Namun begitu sejak akhir-akhir ini, anak sy mengalami batuk yang kerap, dan yang paling menakutkan najis anak sy bercampur dgn darah fresh. ini telah berlarutan selama seminggu. Kadang2 najisnya tiada darah.

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Saya ingin menasihatkan agar Puan membawa anak tersebut ke hospital untuk di periksa oleh doktor. Pemeriksaan perlu dilakukan bagi menentukan punca berak berdarah tersebut. Beliau akan dirujuk kepada pakar bedah bagi menjalani pemeriksaan proktoskopi atau sigmodoskopi untuk menentukan punca najis berdarah.

      Wassalam

  42. hello. dr..

    pakcik saya sedang menghidapi kenser usus tahap 4. dan dia baru sahaja menjalani operation membuang usus dan limpa nya.. dan kini terdapat sel kenser di jantung nya.. saya ingin bertanya bagaimana kebiasaannya peluang untuk mereka yang menghidapi kenser seperti begini.. bagaimana cara selalunya mereka menghadapi kenser itu dalam tahap ini..

    • Assalamu’alaikum wr. wb.

      Semoga saudara sekeluarga sabar dan tabah menghadapi ujian yang menimpa ahli keluarga saudara.

      Kanser usus tahap 4 (Stage IV disease/advanced cancer/metastatic cancer) bermaksud kanser telahpun merebak ke organ lain seperti hati (liver), paru-paru (lung), otak (brain) dan organ-organ lain. Dan kanser yang telah merebak ke jantung seperti yang saudara maksudkan sebenarnya adalah kanser yang telah merebak ke paru-paru.

      Pada tahap ini rawatan yang diberikan adalah rawatan pallitive iaitu rawatan bagi mengurangkan simptom-simptom atau gejala-gejala yang ada pada pesakit seperti sakit, berak berdarah, membantu dalam pemakanan dan lain-lain lagi. Kanser pada tahap ini tidak ada harapan untuk disembuhkan lebih-lebih lagi jika banyak organ dalam badan yang telah terlibat.

      Rawatan yang diberikan berbentuk ubat-ubatan, pemakanan tambahan dan kadang-kadang pembedahan perlu dilakukan untuk memberhentikan berak berdarah atau usus yang tersumbat disebabkan oleh kanser. Sokongan moral dan pemerhatian daripada ahli keluarga adalah amat-amat diperlukan dalam menghadapi kanser di tahap yang demikian.

      Semoga Alllah SWT memudahkan kita semua, insyaAllah.

      Wassalam

  43. hello. dr..

    erm.. pakcik saya sedang menghidapi kenser usus tahap 4. dan dia baru sahaja menjalani operation membuang usus dan limpa nya.. dan kini terdapat sel kenser di jantung nya.. saya ingin bertanya bagaimana kebiasaannya peluang untuk mereka yang menghidapi kenser seperti begini.. bagaimana cara selalunya mereka menghadapi kenser itu dalam tahap ini……

    • Assalamu’alaikum wr. wb.

      Semoga saudara sekeluarga sabar dan tabah menghadapi ujian yang menimpa ahli keluarga saudara.

      Kanser usus tahap 4 (Stage IV disease/advanced cancer/metastatic cancer) bermaksud kanser telahpun merebak ke organ lain seperti hati (liver), paru-paru (lung), otak (brain) dan organ-organ lain. Dan kanser yang telah merebak ke jantung seperti yang saudara maksudkan sebenarnya adalah kanser yang telah merebak ke paru-paru.

      Pada tahap ini rawatan yang diberikan adalah rawatan pallitive iaitu rawatan bagi mengurangkan simptom-simptom atau gejala-gejala yang ada pada pesakit seperti sakit, berak berdarah, membantu dalam pemakanan dan lain-lain lagi. Kanser pada tahap ini tidak ada harapan untuk disembuhkan lebih-lebih lagi jika banyak organ dalam badan yang telah terlibat.

      Rawatan yang diberikan berbentuk ubat-ubatan, pemakanan tambahan dan kadang-kadang pembedahan perlu dilakukan untuk memberhentikan berak berdarah atau usus yang tersumbat disebabkan oleh kanser. Sokongan moral dan pemerhatian daripada ahli keluarga adalah amat-amat diperlukan dalam menghadapi kanser di tahap yang demikian.

      Semoga Alllah SWT memudahkan kita semua, insyaAllah

      Wassalam

  44. assalamualaikum dr…

    sy berumur 22 tahun dan masih menuntut.sy ingn bertny adakah normal jika tiap2 ari kita membuang air besar.kadang2 dalam 1 hari sy membuang air besar sebanyak 2 or 3 kali.bagaimanakah situasi sy?kadang2 sy juga merasakan sakit di bhgn kiri perut selepas buang air besar.bolehkah dr. terangkan tentang masalah sy ini..

    terima kasih

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Secara umumnya setiap orang membuang air besar sebanyak tiga kali atau lebih dalam seminggu di mana najisnya adalah adalah normal, tidak sembelit dan tidak perlu meneran dengan kuat.

      Walau bagaimana pun jika seseorang itu jika habit membuang air besarnya lebih dari sekali dalam sehari sejak sekian lama ianya adalah normal bagi individu tersebut jika tidak ada gejala-gejala/simptom-simptom yang saya nyatakan di atas.

      Jika terdapat gejala seperti sakit pada/dalam bahagian kiri perut/abdomen dan ianya berterusan dan kerap berlaku, saudari perlu berjumpa pakar bedah atau pakar perubatan gastroenterologi bagi mengesahkan punca kesakitan tersebut. Dua kemungkinan yang perlu diberikan perhatian iaitu penyakit irritable bowel syndrome (IBS) atau inflammatory bowel disease (IBD). Pesakit IBD mempunyai gejala-gejala lain seperti berak bedarah dan lendir bersama najis.

      Jika tidak ada gejala-gejala serius yang lain ubat-ubatan tertentu boleh diberikan bagi memberhentikan sakit tersebut. Pemeriksaan kolonoskopi perlu dilakukan jika sakit tersebut masih walaupun dengan mengambil ubat.

      Wassalam

  45. assalamualaikum,

    Dr, saya beumur 29 thn, Dua minggu lepas saya dan anak saya mengalami keracunana makanan. dimana simptom pertama demam panas dan muntah2. selang sehari barulah cirit birit. setelah ke klinik saya di beri antibiotik dan ubat untuk cirit birit dan muntah.
    selepas 2 hari saya mengalami kesukaran membuang air besar (sembelit). dan saya dapati najis saya bercampur darah, seolah2 luka ..tapi tidak sakit ketika membuang air besar cuma berasa sedikit pedih apabila hendak di mencuci. darah yang keluar merah seperti luka. di harap Dr dapat membantu.

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Keracunan makanan adalah disebabkan oleh makanan yang tercemar oleh kuman seperti virus atau bakteria. Ianya mungkin disebabkan oleh bahan kimia yang yang digunakan dalam memperoses, megawit atau menyediakan makanan tersebut.

      Rawatan yang perlu diberikan kepada mereka yang diserang keracunan bergantung kepada keseriusan simptom yang dialami oleh pesakit. Ubat-ubatan seperti ORS (oral rehydration salt) bagi mengantikan garam galian yang hilang dari badan melalui muntah atau cirit birit adalah merupakan rawatan yang utama. Pesakit yang kehilangan banyak air dari badan perlu dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan untuk mengantikan cecair yang hilang. Ubat bagi menhentikan cirit birit perlu dielakkan semasa berlaku keracunan makanan supaya najis yang mengandungi kuman yang menjadi punca kepada keracunan makanan dikeluarkan melalui usus. Antibiotik hanya diberikan jika keracunan tersebut disebabkan oleh kuman bakteria setelah ujian pengesahan najis dilakukan.

      Mengenai darah yang berwarna merah yang keluar bersama najis dan pedih pada bahagian dubur, besar kemungkinan adalah disebabkan oleh luka yang dipanggil anal fissure. Biasanya fissure akan sembuh jika tidak belakunya sembelit dan najis yang keluar adalah lembut. Ambillah sayur-sayuran dan buah-buahan dan minum lebih air bagi mengelakkan sembelit berlaku.

      Waullahu’alam

  46. salam pada doktor yang dikasihi,

    sebelum berjumpa dengan doktor yang sebenar saya ingin bertanya apakah saya telah menghidap kanser usus, saya merupakan penuntut u sekarang.adakah boleh disembuhkan dan tahap keberapa jika mengalami simptom2 berikut :

    -umur 23 tahun
    -selalu sembelit dan berak berdarah sejak dari sekolah menengah
    – jadual buang air besar yang tidak tetap (jika kurang makan kurang berak)
    – selera makan normal
    -mempunyai berat x melebihi paras obesiti
    -selalu mengantuk dan penat
    -ada buasir

    jika saya tidak mempunyai kanser apakah kemungkinan2 penyakit yang saya hadapi? terima kasih atas jawapan dan nasihat doktor.

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Secara umumnya kanser usus besar sangat jarang menyerang golongan muda. Di Malaysia dalam praktis harian saya kanser usus besar jarang berlaku pada mereka yang berumur di bawah empat puluh tahun.

      Simptom-simptom atau gejala-gejala yang sedang saudari alami adalah merupakan simptom-simptom bagi penyakit sembelit yang kronik (Chronic constipataion). Penyakit ini disebabkan oleh kegagalan usus untuk berfungsi dengan baik (functional disorder). Terdapat tiga jenis penyakit yang berkaitan dengan kegagalan usus untuk berfungsi dengan sempurna menyebabkan pesakit mengalami sembelit yang kronik.Penyakit tersebut ialah constipation predominant irritable bowel syndrome; colonic inertia dan dyssynergic constipation. Saudari boleh merujuk kepada jawapan-jawapan yang pernah saya berikan menyentuh persoalan sembelit yang kronik.

      Yang penting di sini ialah Saudari perlu berjumpa dengan pakar bedah kolorektal atau pakar perubatan gastroenterologi yang biasa merawat pesakit-pesakit yang menghidap penyakit ini. Pemeriksaan yang tertentu perlu dijalankan seperti melakukan transit study, defecography dan manometry; dan juga rawatan yang melibatkan terapi biofeedback yang mana hanya terdapat di beberapa hospital di negara ini.

      Wassalam

  47. salam dr,

    saya berumur 31 thn, saya ingin bertanya dr:

    1) bagaimana boleh terjadi adanya darah semasa kita membuang air besar?

    2) adakah itu tanda2 sesuatu penyakit?

    semasa membuang air besar, saya terkejut darah turut keluar sekali. tp ini br kali yg pertama. adakah patut saya berjumpa doktor terus atau tunggu dahulu utk buang air besar yg akan dtg.

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Darah yang keluar semasa membuang air besar berpunca daripada penyakit yang berlaku di bahagian anus, rektum atau colon. Jika darah yang keluar itu sedikit dan berwarna merah, berada ada permukaan najis atau keluar selepas najis keluar, punca pendarahan tersebut adalah di sekitar anus dan rektum.

      Antara punca-punca berak berdarah ialah:
      1. Haemorrhoid (buasir)
      2. Fissure-in-ano (luka pada bahagian anus)
      3. Kanser rektum
      4. Polyp

      Puan perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan bagi menentukan punca pendarahan tersebut. Jika Puan tidak mengalami fissure-in-ano yang menyebabkan sakit atau pedih pada bahagian dubur ketika dan selepas membuang air besar, satu pemeriksaan sigmoidiskopi perlu dilakukan. Kerap kali pesakit yang berjumpa dengan doktor dilabel sebagai buasir/haemorrhoid tanpa dilakukan pemeriksaan endoskopi.

      Wassalam

  48. Salam,. dr saya nak tanya apakah makanan yang sesuai selepas operation. Untuk makluman ayah saya baru sahaja menjalani operation kanser usus tahap ketiga..

  49. Wa’alaikumsalam wr. wb.

    Pesakit perlu mengambil lebih protein dan vitamin disamping karbohidrat selepas menjalani pembedahan. Peskit akan mengalami susut berat badan beberapa minggu selepas pembedahan disebabkan oleh katabolisma yang berlaku di dalam badan. Selepas itu keadaan berat badan akan meningkat di mana selera pesakit akan bertambah baik, jika kanser tersebut telah dirawat dengan sempurna.

    Pemakan yang baik sangat perlu bagi membantu sistem pertahanan badan (defence system/immune system) dalam merawat kanser yang sedang dihidapi oleh pesakit. Bagi pesakit kanser usus tahap III, rawatan tambahan/adjuvant perlu dilakukan bagi mengurangkan risiko kanser ini berulang kembali (recurrence).

    Wassalam.

  50. Wa’alaikumsalam wr. wb.
    Pesakit perlu mengambil lebih protein dan vitamin disamping karbohidrat selepas menjalani pembedahan. Peskit akan mengalami susut berat badan beberapa minggu selepas pembedahan disebabkan oleh katabolisma yang berlaku di dalam badan. Selepas itu keadaan berat badan akan meningkat di mana selera pesakit akan bertambah baik, jika kanser tersebut telah dirawat dengan sempurna.
    Pemakan yang baik sangat perlu bagi membantu sistem pertahanan badan (defence system/immune system) dalam merawat kanser yang sedang dihidapi oleh pesakit. Bagi pesakit kanser usus tahap III, rawatan tambahan/adjuvant perlu dilakukan bagi mengurangkan risiko kanser ini berulang kembali (recurrence).
    Wassalam.

  51. Salam Dr.,

    Saya berusia 46 tahun. Sejak kebelakangan ini saya perasankan ‘bowel movement’ agak tidak normal kerana kadangkala memerlukan ‘bantuan’ untuk keluarkan najis. Malah kadangkala rasa tak puas. Bagaimanapun tidak ada sebarang pendarahan.
    Selain itu saya selalu rasa sakit perut, kadangkala di sebelah kiri, kadangkala sakit di seluruh kawasan perut. Di samping itu saya selalu sakit pinggang dan belakang.
    Adakah saya harus mendapatkan pemeriksaan lanjut?
    Saya ada ke klinik tapi Dr kata kalau sakit perut sebelah kanan bukan simptom utk penyakit tertentu.

    • Wa’alaikumsalam wr.wb.

      Di sini saya ingin menasihatkan Puan agar berjumpa dengan pakar bedah kolorektal atau pakar perubatan gastroenterolgi supaya satu pemeriksaan yang teliti perlu dijalankan. Dari gejala-gejala yang Puan sebutkan di atas, pemeriksaan kolonoskopi perlu dilakukan bagi memeriksa usus besar bagi memastikan punca kepada gejala-gejala tersebut.

      Disamping itu pemeriksaan ultrasound perlu dilakukan bagi memastikan sakit pada bahagian belakang adalah disebabkan penyakit pada buah pinggang/ginjal seperti batu karang. Jika kedua-dua buah pinggang berkeadaan baik maka, tulang belakang Puan perlu diperiksa melalui x-ray untuk memastikan keadaan bahagian tulang belakang bukanlah menjadi punca kepada sakit pada bahagian belakang.

      Puan berkemungkinan mengalami permasaalahan pada bahagian usus besar yang menyebabkan perubahan dalam membuang air besar. Manakala sakit pada bahagian pinggang dan belakang berkemugkinan datangnya dari buah pinggang atau tulang belakang.

      Waullahu’alam

  52. salam, saya ada masalah buang air besar,sukar meneran.Najis plak kdg mcm taik kambing.Kerap sakit kepala dn perut buncit.Saya rasa dlm dubur saya ada macam benda bulat seketul.Lubang najis jadi sempit macam keluar ikut tepi plak.Aper puncanya Dr.

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Gejala-gejala yang sedang saudari alami kemungkinan adalah disebabkan oleh ganguan kepada fungsi perjalanan usus dan mekanisma membuang air besar.

      Saudari perlu menjalani beberapa pemeriksaan yang melibatkan pemeriksaan kolonoskopi, ‘transit study’, anorektal manometri dan juga defecographi. Pemeriksaan-pemeriksaan tersebut hanya dilakukan di unit-unit kolorektal yang terdapat di negara ini. Di negara ini hanya beberapa unit kolorektal yang dilengkapi dengan kemudahan di atas.

      Hasil dari pemeriksaan-pemeriksaan yang dijalankan di atas dan jika ganguan kepada fungsi usus dan buang air besar adalah punca kepada gejala-gejala tersebut, rawatan biofeedback boleh diberikan bagi mengurangkan dan menyembuhkan keadaan tersebut.

      Wassalam.

  53. salam dr…

    sy berumur 28 thn. sejak hjg thn lepas, sy sering mengalami sebu perut diikuti dengan berangin dan rasa tidak selesa pada bahagian abdomen atas.. pada masa yang sm sy menyedari ada sedikit bengkakan pd bahagian dubur sy (bahagian keluar najis)..sy telah berjumpa dgn dr dan sy diberitahu bahawa sy mengalami gastrik kerana sy mmg pernah mengalaminya sebelum ini.. sebu pd perut sy berlarutan hinggag awal thn ini..sekali lg sy berjumpa dr dan diberikan ubat dan kemudian sebu itu telah sembuh.. kemudian sy sering mengalami berangin pada perut seolah2 bergelora di dalam perut..skali lagi sy diberikan ubat angin dan ianya ssembuh..kemudian sy berjumpa doktor dan menunjukkan bengkakan pada dubur sy, dr mengatakan ianya buasir..dan sy hanya diberikan ubat sapu… namun hingga kini bengkakan tersebut semakin membesar..dan sekarang sejak dua hari yang lalu sy mengalami rasa tidak puas apabila membuang air besar dan sentiasa rasa seolah2 hendak membuang air besar diikuti dengan rasa sengal pada bahagian belakang dubur.. najis sy juga lebih leper dan kecil drpd biasa..namun tidak terdapat sbrg pendarahan pada najis saya..sy harap dr dapat menerangkan serba sedikit mslh yg mungkin sy hadapi

    • Gejala-gejala/simptom-simptom yang sedang Puan alami adalah disebabkan oleh ganguan kepada fungsi perjalanan usus dan mekanisma membuang air besar seperti yang dialami oleh saudari Intan yang bertanyakan permasaalahan yang sama.

      Di sini saya ingin menasihatkan agar puan berjumpa dengan pakar bedah kolorektal yang mana pemeriksaan yang khusus dapat dijalankan.

      Sebagaimana yang saya maklumkan di dalam jawapan saya yang lalu bahawa, pemeriksaan yang khusus hanya dapat dijalankan di unit-unit kolorektal yang dilengkapi dengan peralatan-peralatan bagi menyiasat punca permasaalahan di atas. Disamping itu terapi biofeedback dapat dijalankan selepas pengesahan kepada gejala-gejala yang berpunca dari permasaalahan ganguan kepada fungsi usus dan buang air besar.
      Wassalam.

  54. Salam..

    Dr.

    Saya berusia 21 tahun dan masih blaja, masalah saya ialah, sejak beberapa hari ni, saya mengalami najis berdarah tp bukanla setiap hari.. selang sehari saya mengalami masalah tersebut. Selain drp tu, saya juga seorang yg mudah buang air besar sehari 2 – 3. Untuk pengetahuan doktor juga, saya juga pernah mengalami demam denggi sebanyak 5 kali dan dimasukkan wad. Soalan saya, adakah wajar denggi sehingga 5 kali dr tahun 2006-2009, dan simptom yg saya alami ialah dimulai dgn sakit perut yg teramat kuat, muntah2, cirit birit dan diikuti demam panas sehingga 39 drjah celcius. Boleh dikatakan, setiap kali sy demam, sy akan mengalami masalah tersebut dan plalate saya rendah iaitu plg rendah 75. Doktor di hospital tersebut menyatakan saya mhidap gastrik biasa. Adakah disebabkn masalah ini, saya mengalami najis berdarah.?? Saya harap doktor boleh jelaskn.

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Masaalah buang air besar berdarah yang saudari alami besar kemungkinan berpunca dari anus dan rektum. Adalah tidak mungkin demam dengue yang saudari pernah alami menjadi punca kepada masaalah di atas.

      Saudari perlu berjumpa dengan pakar bedah supaya pemeriksaan yang sepatutnya dapat dilakukan bagi menentukan punca kepada najis/berak berdarah. Pemeriksaan proktoskopi/sigmoidiskopi perlu dilakukan bagi memeriksa keadaan anus dan bahagian bawah rektum.

      Beberapa keadaan tertentu mungkin menyebabkan pendarahan tersebut pada lingkungan umur seperti saudari seperti buasir (haemorrhoids), fissure-in-ano dan polyp. Segeralah mendapatkan rawatan supaya punca najis berdarah dapat diketahui dan rawatan yang sebaiknya dapat diberikan.

      Wassalam

  55. Assalamualaikum Dr.
    Saya ada beberapa soalan.Berumur 33 tahun.Saya disahkan gastrik Ogos 2009.Telah menjalani beberapa ujian di 2 Hospital Pakar,apa yg mengecewakan saya Doktor hanya mengatakan saya enxiety.Selepas itu keadaan dlm perut saya makin sakit dan berat tdk bertambah (39kg).Pernah mengalami sesak nafas,penat,kejang kaki dan tangan.Simptom yang saya alami sebelum dapat gastrik adalah kerap sembelit.Terasa loya,keadaan perut seperti bengkak.Sekarang saya mengalami perubahan membuang air besar dimana kadang kala sembelit dan cirit birit.Makan sedikit perut terasa penuh.Jika tidak buang air besar akan rasa penat dan begitu juga selepas buang air besar.Sekarang saya kerap penat,sakit keliling pinggang,sakit belakang,sakit diseluruh bahagian paru-paru dan jantung.Adakah itu tanda kanser telah merebak?Harap doktor dapat membantu.Terima kasih.

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Saya yakin pemeriksaan OGDS dan kolonoskopi telah pun dijalankan ke atas Puan bagi menentukan keadaan perut dan usus besar (kolon dan rektum) disebabkan gejala-gejala yang sedang dialami.

      Jika kedua-dua pemeriksaan tersebut telah dijalankan dan normal maka besar kemungkinan Puansedang menghidap penyakit Irritable Syndrome’ (IBS).Pesakit-pesakit yang mengalami penyakit IBS akan berhadapan dengan gangguan dalam perjalanan usus sama ada sembelit atau berak cair atau kedua-duanya sekali.

      Penyakit ini boleh dikawal dengan mengambil ubat-ubet tertentu bagi mengatur perjalanan usus dan melegakan simptom-simptom yang dialami.

      Wassalam

  56. Assalamualaikum

    Saya berumur 43 tahun, seorang kakitangan awam. Masalah saya adalah, sakit di bahagian perut sebelah kiri berdekatan dengan pangkal paha. Saya mula mengalami penyakit ini sejak Tahun 1995. Pada tahun 1996 saya telah menjalani ujian Barium Anema dan disahkan tiada sebarang masalah. Seterusnya menjalani pemeriksaan Darah, kencing dan juga najis pada tahun-tahun seterusnya namun, tidak menemui punca kesakitan. Pada Tahun 2007 saya menjalani Ultra sound, diikuti oleh Colonyskopy dan punca masalah juga tidak dapat dikesan. Pada tahun 2008 telah mengambil ujian Ultra Sound sekali lagi ( hanya melihat batu dalam hempedu dalam ukuran 1 cm ), apapun tiada penjelasan berkaitan punca penyakit tersebut ( tidak dikesan ). Pada Tahun 2009, menjalani ujian CT Scan bagaimanapun, tiada penyakit dikesan ( kecuali batu dlm hempedu ). Mohon pandangan Tuan / Puan Doktor berkaitan masalah saya ini.

    Sekian terima kasih

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Saya ingin menasihatkan agar saudara berjumpa dengan pakar bedah orthopedik (pakar bedah tulang) bagi dilakukan pemeriksaan dan mendapatkan nasihat kerana kesakitan yang dialami sekian lama datangnya dari kawasan pinggul sebelah dan juga pangkal peha yang mungkin berpunca dari otot, tulang atau saraf.

      Besar kemungkinan sakit yang saudara alami selama ini bukan berpunca dari organ-organ di dalam abdomen sebelah kiri. Semoga Allah menyembuhkan penyakit yang saudara hadapi.

      Wassalam

  57. Salam Prof

    Lately, saya mengalami kegatalan pada bahagian dubur, dan sekiranya saya membuang air besar, bahagian dubur saya akan luka dan mengeluarkan sedikit darah.

    Tiada perubahan pada faktor lain, dan saya masih membuang air besar pada kekerapan biasa.

    What is your advise pls?

    Thanks

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Bahagian dubur yang luka ketika membuang air besar dan mengeluarkan sedikit darah dipanggil fissure-in-ano. Ianya menyebabkan rasa sakit dan pedih pada bahagain dubur selepas membuang air besar.

      Fissure-in ano ini boleh menyebabkan dubur tidak tertutup dengan sempurna yang menyebabkan cecair dari dalam dubur mengalir keluar tanpa disedari menyebabkan gatal pada bahagian sekeliling dubur dipanggil ‘pruritus ani’.

      Penyakit fissure-in-ano perlu dirawat dan barulah penyakit gatal pada bahagian dubur sembuh. Ambillah ubat pelembut najis seperti lactulose supaya najis menjadi lembut dan mudah keluar. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga membantu dalam membuang air besar. Jika penyakit fissure-in-ano tidak sembuh maka satu pembedahan kecil perlu dilakukan bagi menyembuhkan penyakit ini.

      Bagi gatal atau pruritus, bahagian dubur perlu kerap dicuci bagi membersihkan cacair yang mengalir keluar. Cream yang mengandungi steroid, calamine atau zinc oxide boleh disapu pada bahagian dubur untuk menghilangkan gatal tersebut.

      Walau bagaimana pun pergilah berjumpa doktor pakar bedah bagi mengesahkan kedua-dua penyakit yang telah saya jelaskan di atas dan menerima rawatan yang sepatutnya.

      Wassalam

  58. assalamualaikum dr,

    saya berumur 24 tahun.masalah yang saya hadapi adakah boleh dikatakan setiap kali membuang air besar darah akan keluar bersama dengan najis. darah yang keluar kdgkala agak banyak. bila mengalami keadaan ini saya akan berasa pedih ketika dan selepas membuang air besar. saya tidak mengalami masalah sembelit atau penyakit yang lain. saya mengalami simptom mual(kdgkala muntah), kurang selera makan, cepat letih dan berat badan berkurangan. walaupun begitu, kekerapan saya untuk membuang air besar adalah normal iaitu 2-3 kali sehari tapi saya kerap membuang air kecil.

    masalah yang saya alami ini sudah lama iaitu semenjak saya menuntut di ipta(lebih kurang 3 tahun) tapi saya tidak pernah membuat sebarang pemeriksaan dengan doktor.
    bolehkah doktor memberikan jawapan tentang masalah yang saya hadapi? dan sekiranya saya perlu mendapatkan pemeriksaan, bolehlah doktor memberikan tempat yang boleh saya dapatkan rawatan di negeri johor(sebab saya tinggal di johor). ada tak kenalan doktor yang doktor perempuan yang boleh saya rujuk tentang masalah saya ini.

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Darah yang keluar bersama dengan najis setiap kali membuang air besar berserta rasa pedih pada bahagian dubur adalah disebabkan oleh luka pada bahagian dubur yang dipanggil fissure-in-ano.

      Penyakit ini biasanya sembuh jika pesakit menerima rawatan yang sepatutnya seperti mengambil ubat pelembut najis seperti lactulose dan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.

      Jika ianya tidak dirawat, fissure-in-ano akan menjadi kronik yang menyebabkan pendarahan dan sakit pada bahagian dubur yang berpanjangan ketika dan selepas membuang air besar.

      Saudari perlu berjumpa dengan pakar bedah kolorektal (terdekat di Seremban) bagi merawat penyakit fissure-in-ano serta menyiasat punca berlakunya simptom-simptom seperti mual/loya, kurang selera makan, cepat letih dan berat badan yang berkurangan dan penyakit.

      Wassalam.

  59. Assalamualaikum dr.

    Saya abby berusia 25 tahun. tinggi sy 1.57m dan berat sy 47kg. masalah yang saya hadapi ialah kerap buang air kecil dan besar. kekerapan buang air kecil kadangkala 2minit sekali dan saya kerap buang air besar 10 hingga 20 minit selepas makan. dalam satu hari lebih 20 kali sy buang air kecil dan lebih 5 kali buang air besar. tiada rasa pedih mahupun pendarahan ketika buang air. air kencing sy jernih dan xberbau manakala najis saya biasa cuma ada kalanya cirit. berdasarkan kenyataan sy bolehkah dr menjelaskan kepada saya apakah masalah keshatan yg sy hadapi dan siapa yang perlu sy rujuk..harap dapat membantu. terima kasih.

    • Wa’alikumsalam wr. wb.

      Keadaan yang sedan saudari alami berpunca daripada penyakit atau gangguan (irritable) yang berlaku kepada usus dan juga pundi kencing.

      Saudari perlu berjumpa dengan pakar urologi bagi memastikan tidak ada penyakit pada sistem pembuangan air kencing yang melibatkan buah pinggang, ureter dan pundi kencing. Pemeriksaan tertentu perlu dilakukan seperti memeriksa air kencing dan juga ultrasound bagi mengesahkan keadaan di atas.

      Bagi masaalah kerap membuang air besar, saudari perlu berjumpa dengan pakar bedah kolorektal atau gastroenterologi bagi mengetahui punca kepada simptom tersebut. Jika tidak ada simptom-simptom yang serius seperti berak berdarah, hilang selera makan dan susut berat badan, maka ubat tertentu/khusus boleh diberikan bagi mengawal kekerapan membuang air besar.

      Untuk makluman saudari, rasa hendak membuang air besar selepas makan dipanggil ‘gastrocolonic reflex’ adalah response biasa yang berlaku terutama pada waktu pagi. Jika ianya kerap berlaku berserta dengan cirit birit, kembung dan sakit keadaan ini dipanggil ‘irritable bowel syndrome’.

      Semoga saudari mendapatkan rawatan yang sebaiknya dari penerangan ini.
      Wassalam

  60. Asalamualaikum Dr.Sy mengalami kembung perut dn mengeras yg berterusan selama hampir 5 bulan di bahagian atas abdomen dn menurun disebelah kiri perut serta urat peha menengang juga disebelah kiri.(masa kena bulan ramadan thn 2009).Baru kelmarin sy buang air besar dn diikuti oleh darah cair berwarna merah.Berat badan sy susut dari 74 kg kepada 58.5kg.Masalahnya Dr selera makan sy tidak berkurangan.Rambut sy mengalami keguguran yg agak banyak.Kembung perut ini juga menyebabkan sy rasa amat sebu dn kadangkala ianya menujah kekerongkong.Badan sy kadangkala menjadi sejuk dn pedih terutama diwaktu mlm.Sy selalu pening dn pandangan menjadi kabur.Sy juga telah mendapatkan rawatan di hospital swasta dn pakar telah melakukan x-ray,ultra sound,ct-scan dn juga mri.Hari ini sy terpaksa sekali lagi ke hospital kerana pakar menasihatkan sy supaya melakukan endoscopy bagi mengenalpasti punca sakit sy.Sy jadi buntu Dr kerana sakit ini menyebabkan sy sedih yg teramat sangat.

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Saya doakan semoga Saudara Mohd Fitri bersabar dengan dugaan penyakit yang diberikan oleh Allah SWT. Sebagai seorang Islam kita berkeyakinan bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan daripada Allah SWT dan ruang yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita ialah untuk mendapatkan rawatan yang sebaiknya dan berdoa serta bersabar semasa berada di dalam ujian ini. Allah akan mengampunkan dosa mereka yang bersabar dan sentiasa ingat kepadaNya dengan kesakitan yang dihadapi. Daripada Abu Zubair daripada Jaabir bin Abdullah daripada Rasulullah saw bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud: ‘Setiap penyakit itu ada ubatnya, jika tepat ubatnya maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah azza wa jalla.’ (Riwayat Muslim).

      Saudara perlu berjumpa dengan pakar yang sedang merawat saudara untuk mengetahui keputusan pemeriksaan CT scan dan MRI yang telah dilakukan. Saudara perlu menjalani pemeriksaan kolonoskopi bagi memeriksa usus kolon dan rektum (usus besar) seperti yang telah dicadangkan oleh doktor pakar tersebut.

      Hasil dari pemeriksaan-pemeriksaan yang dijalankan di atas barulah punca penyakit dapat diketahui dan rawat yang sebaiknya dapat diberikan. Kemungkina besar permasaalahan yang sedang saudara hadapi ini berpunca dari penyakit di dalam usus besar. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan untuk menghadapi penyakit ini.

      Wassalam

  61. Assalamualaikum,

    Saya mengalami berak berdarah. Tetapi tidak kerap hanya kadang-kadang. Dan saya tidak mengalami apa-apa penyakit yg lain. Cuma ada sakit perut biasa sahaja (buang air besar). tetapi ketika membasuh saya selalu menyuci sehingga ke dalam saluran dubur, kerana nak membuang najis. Kerana ia nya satu pesan Atuk saya kepada saya untuk bersolat. Kerana takut-takut tidak bersih ketika solat. Dan kalau saya nak membuat rawatan di Hospital, Apakah rawatan yg akan dijalankan?

    Wassalam

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Berak berdarah berpunca dari penyakit tertentu yang melibatkan bahagian anus, rektum dan kolon. Jika darah yang keluar bersama najis berwarna merah, besar kemungkinan ianya disebabkan penyakit yang berada pada bahagian hujung usus besar seperti di bahagian anus atau rektum.

      Saudara perlu mendapatakan surat rujukan bagi mendapatkan rawatan di klinik pembedahan di hospital kerajaan. Pemeriksaan prokotskopi/sigmoidiskopi perlu dilakukan bagi menentukan punca berak darah tersebut dan rawatan yang sepatutnya dapat diberikan.

      Wassalam.

  62. Saya berusia 26 tahun. Tahun lalu saya kerap mengalami buasir dan tidak puas buang air besar . Setiap kali sakit, saya hanya membeli krim dari farmasi jika ada bengkak di bahagian dubur.

    Sekarang saya tidak mengalami gelaja bengkak di dubur tetapi baru-baru ini darah akan keluar ketika saya buang air besar, Sudah dua kali saya mengalami keadaan tersebut.

    Darah agak cair dan banyak seperti kita membuang air besar semasa datang bulan.

    Saya TIDAK mengalami sebarang simpton sakit perut, hilang selera makan. susut berat badan atau pedih di bahagian dubur. Saya juga berasa normal dan selesa sebelum, semasa dan selepas membuang air besar. Kekerapan buang air besar saya ialah 2-3 hari sekali.

    Saya seorang yang mengawal pemakanan saya. Indeks BIM saya normal.Pemakanan saya teratur dan seimbang kerana saya kerap minum air masak dan makanbuah-buahkan.Saya tidak minum minuman bergas atau makanan segera.

    Apakah punca gejala penyakit saya, adakah berkaitan dengan masalah buasir saya alami dulu?

    Sekiranya saya ingin merujuk ke klinik swasta atau kerajaan, doktor pakar bagaimana yang harus saya temui.

    • Assalamu’alaikum wr. wb.

      Masaalah yang sedang saudari alami kemungkinan besar berpunca dari kesukaran membuang air besar dan berasa tidak puas. Ini menyebabkan situasi sentiasa meneran yang berpanjangan ketika membuang air besar dan boleh menyebabkan berlakunya buasir (haemorrhoids). Antara simptom atau gejala yang kerap menyerang pesakit yang mengalami buasir ialah berak berdarah.

      Saudari perlu berjumpa dengan pakar bedah di hospital kerajaan bagi dilakukan pemeriksaan untuk menentukan punca berak berdarah tersebut. Pemeriksaan proktoskopi bagi melihat keadaan dubur/anua perlu dilakukan bagi menentukan sama ada buasir ada atau pun tidak. Jika buasir menjadi punca kepada berak berdarah tersebut, banding/ikatan boleh dilakukan ke atas buasir tersebut.

      Wassalam

  63. a’kum doktor,

    mak saya mengalami kanser tahap 4 (advanced cancer). operation telah dilakukan tetapi malangnya kanser telah merebak ke bahagian organ penting badan. sekarang hampir 5 bulan selepas operation. doktor estimate jangka hidup 3-6 bulan..persoalannya doktor, baru-baru ini dan sehingga hari ini, mak saya mengalami pembuangan air besar yang kerap..setiap hari..lebih kurang 5-8 kali sehari…kenapa masalah ini berlaku? saya ada bawa mak ke GH tetapi doktor tidak tau puncanya dan menyatakan bahawa operation dilakukan di klinik pakar maka mereka tidak tau cara pembedahan apa yang dilakukan..apa pendapat doktor? terima kasih

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Semoga Puan sekeluarga tabah di dalam menghadapi ujian daripada Allah SWT. Kita yakin bahawa hidup dan mati itu adalah suatu ketentuan daripada Allah SWT jua. Dan yang bernyawa pasti akan mengalami kematian. Ganjaran pahala ke atas mereka yang sabar mengahadapi ujian dan musibah daripada Allah SWT.

      Puan boleh mendapatkan maklumat pembedahan dan rawatan yang telah dilakukan daripada pakar bedah di mana rawatan pertama dilakukan. Beliau perlu menulis laporan/surat rujukan untuk diberikan kepada doktor yang akan merawat seseorang pesakit selepas rawatan yang pertama jika ianya berlaku di hospital yang lain.

      Pemeriksaan semula perlu dilakukan ke atas ibu Puan untuk menentukan punca berlakunya kekerapan membuang air besar. Kekerapan membuang air besar boleh berlaku selepas pembedahan membuang usus besar. Puan perlu mendapatkan pemeriksaan semula oleh pakar bedah di hospital kerajaan/GH dengan membawa surat rujukan/laporan pembedahan dari pakar bedah hospital swasta.

      Wassalam

  64. a’kum doktor,

    mak saya mengalami kanser tahap 4 (advanced cancer). operation telah dilakukan tetapi malangnya kanser telah merebak ke bahagian organ penting badan. sekarang hampir 5 bulan selepas operation. doktor estimate jangka hidup 3-6 bulan..persoalannya doktor, baru-baru ini dan sehingga hari ini, mak saya mengalami pembuangan air besar yang kerap..setiap hari..lebih kurang 5-8 kali sehari…kenapa masalah ini berlaku? saya ada bawa mak ke GH tetapi doktor tidak tau puncanya dan menyatakan bahawa operation dilakukan di klinik pakar maka mereka tidak tau cara pembedahan apa yang dilakukan..apa pendapat doktor? terima kasih

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Semoga Puan sekeluarga tabah di dalam menghadapi ujian daripada Allah SWT. Kita yakin bahawa hidup dan mati itu adalah suatu ketentuan daripada Allah SWT jua. Dan yang bernyawa pasti akan mengalami kematian. Ganjaran pahala ke atas mereka yang sabar mengahadapi ujian dan musibah daripada Allah SWT.

      Puan boleh mendapatkan maklumat pembedahan dan rawatan yang telah dilakukan daripada pakar bedah di mana rawatan pertama dilakukan. Beliau perlu menulis laporan/surat rujukan untuk diberikan kepada doktor yang akan merawat seseorang pesakit selepas rawatan yang pertama jika ianya berlaku di hospital yang lain.

      Pemeriksaan semula perlu dilakukan ke atas ibu Puan untuk menentukan punca berlakunya kekerapan membuang air besar. Kekerapan membuang air besar boleh berlaku selepas pembedahan membuang usus besar. Puan perlu mendapatkan pemeriksaan semula oleh pakar bedah di hospital kerajaan/GH dengan membawa surat rujukan/laporan pembedahan dari pakar bedah hospital swasta.

      Wassalam

  65. Salam Dr,

    Sy ada mengalami masalah berkaitan dengan perut.Sy kerap mengalami sakit perut dan sesak nafas.Sudah beberapa kali sy buat pemeriksaan di klinik swasta.Ada salah sebuah klinik menyatakan sy mengalami luka dalam usus.Sebenarnya sy sakit sejak kecil dan selalu pitam.Kini sy berumur 23thn.Tapi sejak kebelakangan ini, sy kerap pitam dan rasa sukar bernafas.Apabila sakit, sy rasa perut saya mengeras diantara ulu hati ke pusat di bahagian sebelah kanan.Apabila sy makan, sy rasa penuh dalam perut sedangkan sy baru makan dalam kuantiti yang sedikit.Untuk pengetahuan doktor, sy turut mempunyai tekanan darah rendah.Persoalannya, adakah sy turut mengalami penyakit kanser usus ini atau gastrik?Sy ada diberi ubat untuk luka usus(omeprazoce 20g) untuk dimakan selama dalam tempoh 7 hari.Sekiranya sy tidak merasa sakit, sy perlu mengambil ubat berterusan sehingga 6 bulan.Sepanjang sy makan ubat, kaki dan badan sy rasa tidak bermaya.Sy juga ada berasa sakit tapi tidak begitu teruk (mengeras) di bahagisn perut melainkan sesak nafas.Sy hanya mengawal pernafasan sahaja.Apakah punca sy kerap merasakan nafas pendek?Adakah berkaitan dengan tekanan darah atau sakit yang sy alami?

    • Wa’alaikumsalam wr. wb.

      Masaalah yang sedang saudari alami memerlukan kepada pemeriksaan yang teliti bagi menentukan punca kepada pelbagai gejala-gejala (simptom-simptom) di atas. Daripada apa yang telah saudari jelaskan, besar kemungkinan ianya berpunca dari ganguan kepada fungsi pergerakkan usus (motiliti disorder).

      Apabila berlakunya ganguan kepada fungsi pergerakkan usus, maka terjadilah simptom-simptom seperti senak perut, pedih perut, kembung (bloating), sukar bernafas dan sakit kepala. Simptom-simptom tersebut terjadi di dalam banyak keadaan berpunca dari pemakanan tertentu atau pesakit yang berada di dalam tekanan atau stress. Biasanya, ramai pesakit yang mengalami keadaan yang sedemikian dapat menentukan makanan yang sering menjadi punca kepada terjadinya simptom-simptom tersebut.

      Jika tidak terdapat simptom-simptom yang serius (alarm simptoms) seperti hilang selera makan, susut berat badan, muntah darah, berak berdarah atau pesakit berumur melebihi 40 tahun, ubat-ubat tertentu boleh diberikan begi meredakan simptom atau simptom-simptom yang seseorang pesakit sedang alami. Contohnya seperti pengambilan tablet motilium bagi membantu perjalanan usus atau tablet buscopan bagi meredakan senak perut/usus.

      Untuk itu saudari perlu berjumpa sebaiknya pakar perubatan gastroenterologi atau pakar bedah kolorektal supaya pemeriksaan yang teliti dapat dilakukan dan punca kepada simptom-simptom di atas dapat dikenalpasti. Oleh itu barulah rawatan yang terbaik dapat diberikan bertujuan untuk menyembuhkan penyakit tersebut.

      Semoga apa yang saya jelaskan ini dapat memberikan panduan kepada saudari. Somaga Allah menyembuhkan penyakit yang saudari alami.

      Wassalam

  66. saya ingin mengetahui
    ..kawan saya perempuan 1 tempat kerja saya ada masalah seperti sembelit dah lama,dia sering mengaduh sakit dekat ulu hati..& dalam beberapa bulan lama ni,dia berkata perut dia semakin besar(kembung perut) mavam orang tengah mengandung,tapi datang hai juga….adakah dia ada tanda seperti kena kanser usus?

    • Saudara Frank.

      Bagi seseorang yang mengalami masaalah sembelit yang berterusan, pemerksaan perlu dilakukan bagi menentukan punca kepada sembelit tersebut. Simptom-simptom seperti sakit perut dan juga kembong perut mungkin ada kaitannya dengan permasaalahan sembelit tersebut. Pada pandangan saya kemungkinan besar permasaalahan di atas berpunca dari usus besar.

      Satu pemeriksaan oleh pakar bedah atau pakar perubatan yang melibatkan pemeriksaan kolonoskopi perlu dijalankan bagi menentukan punca kepada permasaalahan ini. Hasil dari pemeriksaan yang di lakukan ke atas usus besar, punca penyakit dapat diketahui dan rawatan yang sebaiknya dapat dilakukan.

      Terima kasih.

  67. Dr. sy baru sahaja berumur 24 tahun dan baru berkahwin. sekarang nie sy ada mengalami berak berdarah, perut kembung, pedih di ulu hati bila menjelang pagi. tapi simptom2 lain tak ada pulak sy rasa.

  68. dr,
    saya berumur 27 thun dan sudah berkahwin.suami saya berumur 41 dan mengalami simptom2 kerap membuang air besar,tidak puas berak , berak berdarah,bengkak pada perut sebelah kiri.kadang2 bengkakan perut sebelah kiri terasa sakit
    dr,adakah ini simptom2 kanser usus?

  69. Salam,Dr

    Saya seorang perempuan berusia 16 tahun.Kadang-kadang apabila saya sakit perut dan membuang air besar najis saya itu kebiasaannya tidak berdarah dan darah hanya keluar setelah saya selesai membuang air besar dan hari ini tiba-tiba saya najis saya berdarah selain itu saya kerap sakit kepala dan sukar bernafas.Mengapakah ini terjadi?

  70. Selamat Malam Prof.

    Saya mengalami tanda2 Gastric Esofagus Reflux Dsease (GERD) sejak Jan 2010 yg lalu iaitu sesak nafas, sendawa, sakit hulu hati, loya, kejang badan dan angin perut. Saya telah menjalani ujian ECG dan resultnya OK -tiada penyakit jantung. Ujian Xray juga OK.Ujian Darah juga tiada H-Phylori bakteria. Ultrasound jugak tiada tanda bengkak atau ketumbuhan. CEA test juga Ok..skrg saya diberi ubat Omeprazole selama sebulan dan saya berasa gejala yang saya alami telah kurang. Tetapi apa yang saya masih rasa adalah air liur saya berasa masam.

    Disini saya ingin bertanya:
    1) Adakah ujian CEA boleh mengenalpasti tanda kanser usus? Berapa peratus kesahihan maklumat dr ujian CEA?

    2) Adakah rasa masam yang saya alami adalah disbbkan asid perut yang masuk ke Esofagus dan naik ke mulut?

    3) Adakah ubat Omeprazole mempunyai kesan sampingan?

    4) Berapa peratus GERD blh menyebabkan kanser usus?

    5) Adakah pembuangan najis setiap pagi adalah normal? Sekiranya najis itu berair dan tidak mencapai tahap cirit birit.

    6) Saya pernah mengalami najis berdarah 2 kali dalam masa 2 hari pada thn 2009 dan sehingga skrg tiada lg masalah itu. Pada masa tu saya mengalami sedikit sembelit. Adakah darah tu normal disbbkan najis yang keras telah menyebabkan dinding rektum terluka atau petanda awal kanser?

    7) Adakah saiz najis yang sederhana (tidak besar -tidak leper) dan tidak berdarah, tidak kemerahan atau kehitaman adalah normal?

    8) Sekiranya seseorang yang memakan makanan pada waktu malam dan makanan itu dibuang bersama najis pada pg keeesokannya adalah normal?

  71. askum..dktr..bru2 ni sy telh membuat pemeriksaan kolonoskopi.dktr dapatu usus sy luka,bengkak dan ada ulser.boleh dikatakan sepjg usus besar sy bermasalah.dktr apakah puncanya sy jd begini dan apakah rawatan yg terbaik diklakukan..

  72. askum.dktr,br2 ini sy tlh melakukn pemeriksaan kolonoskopi.dktr dapati sepjg usus besar mengalami luka,bengkak dan ulser.dktr,apakh puncanya dan apakah rawatan yg terbaik utk sy lakukan.sy jg tlh menonton cd usus berkenaan.sy menjadi takut untuk makan sebarangan.adakah sy perlu pantang.makanan apakah yg perlu sy jauhi utk menyembuhkan penyakit ini..

  73. salam, Dr. baru-baru ni saya ada mengalami masalah berak berdarah & sakit perut di bahagian kiri.. adakah ia nya tanda saya mendapat kenser usus besar??? bagaimana hendak merawatnya??? adakah ia akan menjejaskan kesihatan maksud saya ianya akan merebak ke bahagian yang lain??? adakah ia boleh membawa maut???

  74. salam.
    sebelumni saya ad membuat komen dan bertanya kpd doc. doc kuatiri sy kena radang usus. saya takut nak jumpe doc n tak ad masa… sekarang ni saya kerap bisa2, perit2 n pedih mcm tercucuk tulang ikan kat belakang dan perut di kawasan paru2 tu.. mual2 pun mcm tercucuk gak… dalam masa yg sama angin banyak keluar dr bdn sy menerusi sendawa tiap saat. berak berdarah tu sudah menjadi rutin… bila malam nak tidur atau terlalu penat perut bla kanan pedih sanggat2… sehingga saya mengambil ubat thn sakit.. baru2 nie doc cakap sy ad migrain… n saya juga terasa sakit di antara dada dengan leher..

    apa yang apatut saya buat utk langkah percegahan awal sebelum saya berjumpa pakar.

  75. saya mau tahu apa yang terjadi apabila sudah hampir 3 minggu saya membuang air besar dan darah sentiasa kuar.. saya mudah letih dan pening2..

  76. salam..dr.sy sebelum ni sy memang selalu alami perut yg pedih..perut sebelah kanan sy sudah sakit hampir 4 tahun dan telah merebak sehingga sy sakit di bahagian belakang badan..sy pernah buat kolonskopi sbb selalu cirit birit pada 2007 tp dr ckp xde ape2 mslh..tp pg ni sy sangat terkejut, semasa buang air besar darah keluar dengan sangat2 banyak..perut bahagian kanan memang sentiasa xselesa dan pinggang sakit..tolong la dr bagi pandangan terhadap mslh sy ni..tq

  77. Saya berumur 33 thn,mula2 saya mengalami rasa x selesa dalam perut sehingga apabila saya sedawa berbau dan masam.Bila mendapat rawata di klinik kerajaan saya diberi ubat sakit perut /tahan cirit serta gastrik.Namun selepas 2hingga 3 hari saya masih mengalaminya.Cirit hanya terjadi bila saya mengambil makanan saja namun sesudah makan tidak ada apa berlaku.Tapi cirit masih berterusan .Dan pada masa saya menulis ni pun masih cirit dan najis telah bertukar hijau kehitaman dan cair.Badan akan merasa letih namun kekerapan buang air besar tidaklah berterusan.

  78. dr…saya berumur 33 thn..saya mengalami berak berdarah since 1997.tapi x pernah mdptkn rawatan.mlm tadi ketika saya mbuang air besar,terdapat darah merah yg cair keluar diikuti dgn ketulan darah pekat kehitaman yg keluar sebesar 1/2 tapak tgn.saya memegamg ketulan darahitu kerana hendak memastikannya…terkejut sebenarnya kerana ia adalah ketulan darah..adakah saya menghidap penyakit kanser usus ataupun keradangan usus?saya amat risau dgn keadaan ini…

  79. dr,saya berumur 33 thn..saya mengalami berak berdarah since 1997 tapi x pernah mdptkan rawatan.mlm tadi ketika saya membuang air bsr,tdpt darah merah yg keluar diikuti dgn ketuln darah pekat kehitaman sebesar 1/2 tapak tgn saya,adakah saya mengalami kanser usus @ keradangan usus?saya begitu risau dgn keadaaan ini.terima kasih doctor.

  80. DOKTOR..SAYA BERUMUR 30 TAHUN.SAYA TELAH MENDAPAT TAHU BAHAWA SAYA MENGALAMI SIMPTOM ULCERATIVE COLITIS..APA YANG INGIN SAYA TANYA IALAH..ADAKAH IANYA MERBAHAYA?MAKANAN APAKAH YG PERLU SAYA JAUHI.SAYA SEKARANG DI BERI MAKAN UBAT PENTASA.

  81. asskum dr.

    saya ada masalah. anak saya ada masalah berak darah. anak berumur 4 tahun. masa dia berumur 2 tahun dia kena berak darah. dah masuk hospital kerajaan selama 2 minggu tp x tahu punca masalah masa dia berumur 2 tahun. saya puas pergi klinik pakar dan hospital. dan mungkin dia ada alahan pada susu lembu dan makanan yg berkaitan dengan lembu. saya x tahu ubat apa yg sembuhkan dia. kemudian tahun lepas dia kena lagi berak darah. masuk hospital jb dr suspek dysentry. tp skarg kene lagi. boleh tak saya berjumpa dr untuk rawatan lebih lanjut. sebab ank saya fobia ke hospital.berat turun dah hampir 2 minggu sekrg ni.

  82. assalamualaikum..doktor..
    sjk 2 hari ni sy mengalami pendarahan semasa membuang air besar..saya merasakan terdapat luka di bahagian rectum. even tak sembelit,still kluar darah..sy tkt..
    sudah lame sy tidak mengalami keadaan sebegini..sebelum ini saya jga pernah mngalaminya dan selepas mmbuang air bsr, rasa skt pd bhgian dubur..kadang2 sampai demam. sy merasa tkt apabila melihat darah keluar. selera makan ok.. keadaan ini membuatkan sy risau krn sy berada jauh dr keluarga. sy merupakan student medic di rusia..tp sy ingin tahu adkah sy mengalami kanser usus?

  83. As,kum doktor,
    Saya irea nak bertanye saya selalu berak xsampai 1 minit selepas makan saya kerap buang air besar walaupun makan sedikit adakah saye nie diketogeri penyakit usua nie..kedua saye buang air besar kadang2 sikit hingga kepeningan jika tidak boleh berak…..walaupun makan sayur n buah-buah agak sukar untuk berak……ketiga kenape dubur saye sakit apabila berak saye xlawas…doktor tolong berikan jawapan segera.as,kum

  84. Asslamualaikum Doktor,

    Di sini saya ingin meminta jasa baik doktor untuk nasihat bagi keedaan kesihatan saya sekarang. Saya wanita melayu berusia 31 tahun. Sejak kebelakangan ini saya mengalami simptom-simptom iaitu berak berdarah (merah dan kehitaman), sakit perut sebelah kiri dan kembung. Sebenarnya saya selalu ke klinik swasta untuk pemeriksaan dan di beri antibiotik dan ubat sepaerti ubat gastrik dan angin. Namun masalah nya, sejak 2bulan ini kesihatan saya bertambah teruk. Berat saya sejak 6 tahun tidak pernah berkurang dari 56kg walau sebagaimana saya cuba berdiet, namun sejak 1-2 bulan ini berat saya sudah menurun ke 49-50kg sahaja.Selera makan semakin berkurangan.Sakit perut slalu berlaku pada bahagian kiri.

    Saya juga selalu pening kepala dan juga selalu berasa letih yang amat sangat. Adakala saya mengalami kesukaran bernafas dan pernah ada masa saya dikejarkan ke hospital untuk mendapat bantuan pernafasan daripada bahagian pesakit asma.

    Saya telah mengalami simptom berak berdarah dan sakit perut sejak beberapa tahun lepas tetapi saya tidak mendapatan rawatan atau pemeriksaan kerana tiada kesakitan susulan.

    Namun keadaan saya sekarang, kurus dan keletihan berpanjangan menyebabkan saya takut kiranya saya menghadapi masalah yang lebih teruk dari saya jangka.

    Mohon nasihat dari Doktor untuk keadaan saya , samaada saya perlu risau dan rujuk ke hospital atau keadaan ini biasa sahaja.
    Terima Kasih.

  85. Assalamualaikum
    Dr..saya berumur 23 tahun. Saya telah mengalami mslh membuang air besar sejk kecil lg. Pernah suatu ketika(semasa kecil) ibu saya memasukkan ubat ke dlm lubang dubur saya. Ketika itu saya tidak tahu knp ibu saya berbuat demikian tetapi slps beberapa ketika ibu memasukkan ubat, saya pasti akan ke tandas. Ketika di sekolah menengah, saya telah mula mengalami mslh membuang air besar berdarah. Kadang-kadang darah yg keluar banyak(menitik-nitik)bersama dgn najis. Namun, saya tidak pernah mengambil kisah hal tsbt kerana sy berasa tkt utk berjumpa dgn doktor yg berhampiran(rasa kurang percaya dgn rawatan yg diberikn). Apbila sy mula msk ke universiti pd thn 2007, mslh tsbt tidak lagi berulang. Namun begitu, kini ada ketikanya saya akan membuang air besar berdarah sama seperti suatu ketika dulu. Saya terfikir utk berjumpa doktor tp saya tidk tahu doktor pakar dan hospital mana yg harus sy rujuk. Disebabkan msh belajar, saya bimbang jika rawatan yg bakal diterima agak mahal. Saya berasal dr pahang dan kini belajar di kuala lumpur. Pada pendapat Dr apakah masalah yg saya alami, buasir atau sembelit kronik? saya ingin skali mengetahui mslh yg sy hadapi.

  86. Salam Dr,
    Saya cuma ada satu soalan,
    Adakah normal jika mengalami berak berdarah yang berlarutan sehingga sminggu, tanpa rasa sakit dan tidak pernah kena buasir. Selepas beberapa bulan, ia terjadi kembali. cuma kadang-kadang terasa sengal2 di bahagian kiri perut.

  87. Asalamualaikum Dr..

    Saya berumur 33 tahun. pada tahun lepas saya telah dimasukkan ke hospital setelah badan saya merasa lemah dan demam. Saya mengalami pendarahan semasa buang air besar.Sebelum itu saya telah pergi ke klinik panel dan telah buat temujanji untuk pemeriksaan susulan tetapi tidak sempat menjalaninya kerana telahpun dimasukkan ke hospital. Berdasarkan laporan daripada klinik panel doktor pakar telah membuat kolonoskopi dan mendapati saya mengalami ULCERATIVE COLITIS/ULSER USUS.
    Doktor memberikan saya ubat iaitu Salazopyrin dan Prednisolone. Say telah mengambil ubat ini sejak dari bulan Julai 2009 sehingga sekarang. Alhamdulillah muali bulan Oktober 2009 sehingga Februari 2010 saya tidak mengalami pendarahan sehinggalah pertengahan Feb sehingga sekarang saya mengalaminya semula. Saya tidak pasti disebabkan dos ubat yg telah dikurangkan atau apa yg menyebabkan ianya kembali berdarah. Sebelum ini saya mengambil 6 biji Salazopyrin sehari. Apabila mendapatkan rawatan susulan dari semasa ke semasa dan saya maklumkan kpd Dr yg merawat saya, ianya tidak berdarah lagi Dr telah mengurangkan dos ubt kpd 2 biji sehari. Mungkin ini faktornya selain pemakanan kerana saya tidak boleh mengambil makanan pedas/cili/cuka/air gas dll.
    Soalan saya adakah masalah saya ini boleh dirawat ataupun ianya memakan masa utk kembali pulih dan adakah ulser ini merupakan kanser usus?

    Sekian, terima kasih.

    Wasalam..

  88. Salam Dr;

    Saya ada persoalan berhubung dengan rawatan kanser kolon… seperti Dr sudah sedia maklumkan terdapat beberapa rawatan moden yang boleh dilakukan ke atas pesakit.

    Persoalan saya, adakah rawatan alternatif lain yang dapat membantu merawat pesakit? Kini terdapat pelbagai produk berasaskan bahan semulajadi di pasaran yang dikatakatan dapat merawat kanser dan dibuktikan dengan testimonial pesakit yang pernah mencuba produk sedemikian.

    terima kasih

    AminTV9.

  89. Salam Dr,

    Saya berumur 39 thn. Dua tiga bulan kebelakangan ini saya mengalami masalah di bahagian dubur saya di mana saya merasa perit pada dinding dubur apabila mencucinya selepas membuang air besar. Selain daripada itu, selepas makan dalam masa 15 minit perut saya akan sakit dan ingin buang air besar. Kebiasaannya najis yang keluar adalah cair tapi tiada kesan darah keluar bersama-sama. Adakah simpton ini merupakan tanda-tanda awal kanser usus atau mengalami permasalahan berkaitan usus.

    sekian, terima kasih.

    Wan

  90. Salam Dr.

    2 bulan yang lepas saya mengalami berak brdarah. Selepas saya berak brdarah 15min selepas itu saya akan demam mengigil. Saya juga telah dmasukkan ke hospital utk rawatan selanjutnya. Doc kate sy kurang darah merah dan drah putih saya 15+. Ultrasound & Xray juga telah dibuat dan doc kata saya tidak mengalami sakit yg apa2.

    Selepas rawatan saya mmbuang air besar mcm biasa tanpa demam mengigil dan juga tiada darah.

    Semalam saya mengalami keadaan yg sama dimana saya buang air besar dan berdarah selepas 15min saya demam mengigil, sy makan activefast dn sembuh. Kini saya fobia untuk buang air besar.

    sekian terima kasih

  91. salam Dr..
    saya nak tahu adakah kanser ini menyerang kanak2 atau golongan muda?

  92. Salam Doc..

    Ayah saya, 60thn telah disahkan menghidup kanser usus (bahagian rektum) pada tahun lepas..operation dah dilakukan pada Dec 2009. Malangnya, doktor di HSNZ, K.terengganu tak dapat membuang apa2 ketulan kerana terlalu hampir pada bahagian pundi kencing…doktor telah melakukan stoma.kemudian ayah dirujuk ke HUSM Kubang Kerian pada April untuk rawatan kimoterapi dan radioterapi…pada 13mei lalu kami ke HSNZ sekali lagi dan doktor cadangkan untuk melakukan pembdahan semula untuk membuang bhagian rektum yang ditelah di kimo n radioterapu..tetapi pelbagai risiko akan berlaku memandangkan kanser hampir ke tahap 4..ayah tidak mahu melalui pembedahan kali ke-2. kami juga ke klink private, doktor mencadangkan ayah melalui PET Scan bagi memastikan benar-benar tiada sel kanser baru, namun sebelum itu keputusan CT Scan (lepas kimo dan radio) menunjukkan ayah dah ok..perlukah ayah saya melalui ujian PET Scan, bagaimana pandanagn doktor..seblom ini beliau telah 2x melalui CT Scan (lepas operation kali pertama Dec lalu dan selepas kimoterapi pada Mei 2010)..

    Sekian,
    Mazalina,
    KL..

  93. Salam Doctor.
    Semoga DR sihat.
    Saya berusia wanita 45tahun, ada 2 anak bujang. Tahun lepas (akhir 2009), saya mengalami sakit perut teramat sangat, (terguling2) sebelah kanan, bawah sikit dari difragma. Saya berkejar ke hospital, dimasukkan ke OR selama 1 malam. Doktor cucuk pain killer dan mengatakan mungkin baru karang.
    Tahun ini, Jun 2010, saya diserang kesakitan tu sekali lagi. Masuk OR. Doktor, hospital, buat x-ray, blood test, urine test. Semua normal. Doktor kata akan bagi satu tarikh utk scan. Dia suspek batu karang dalam pundi hempedu. Tapi belum pasti. Saya perasan saya kena attack sebaik shj selepas makan. Bila kena attack, saya terasa hendak buang air besar dan kecil. Dalam 1 jam saya buang air besar dlm 3 kali, buang air kecil dlm 3/4 kali. Tiada darah, semuanya biasa saja. Sangat sakit sehingga sukar untuk bernafas. Pagi tadi saya ke klinik, doktor kata mungkin ada jangkitan kuman pada usus besar. Dia minta saya lakukan scan kat hospital tersebut. Sekarang perut saya rasa sakit2 sikit dan badan agak lemah. Apa agaknya masalah saya ini? Terima kasih DR.

  94. umur sy 18 thn.baru2 ni sy mengalami sakit perut bukan pada sebelak kiri atau kanan tetapi secara keseluruhan bahagian perut.sakit nya seperti sakit ditikam dan telah berlanjutan selama 3 hari sampai sekarang.hari pertama sakit itu datang dalam selang 2 minit dan berlaku dalam tempoh kurang dari seminit.hari ke 2 selang 30 minit dan hari ketiga selang 1 jam.sakit dia tu,boleh buat saya terduduk.doktor rasa sebab apa ye…………………………….timer kasih.

  95. salam, dr.

    2 bulan lepas saya berak darah setiap buang air besar pada setiap pagi. perut saya juga selalu terasa seperti masuk angin. saya ingatkan ia telah baik selepas itu, namun baru-baru ini saya mengalami berak darah lagi. darah yang kelar seperti darah jernih. Apakah punca saya berak darah dan cara untuk mengatasinya?

    Terima kasih Dr.

  96. Salam,

    Doktor,

    Saya berumur 27 tahun..saya kerap mengalami sakit perut / dibahagian abdomen juga di bahagian bawah perut sebelah kanan…masalah ini sudah beberapa bulan berlaku..saya juga telah merujuk klinik kerajaan beberapa kali tetapi dimaklumkan saya hanyalah gastrik atau angin..masalah ini juga diiringi dengan beberapa masalah lain seperti kerap demam kecil, kerap mgalami kesukaran mbuang air besar…angin di bahagian perut…perut saya kelihatan buncit…walaupun saya menjaga berat badan spt, berpuasa, berjoging dn bersenam… dan beberapa hari ini saya demam…diiringi sakit perut, ketidakselesaan pada perut spt rs bengkak…sehingga juga hari ini..saya telah refer ke klinik swasta..doktor bimbang jika mengalami apendiks…namun ubat diberikan terlebih dahulu bagi mengurangkan rs sakit perut tersebut…dan menasihatkan jika berlarutan diminta utk merujuk kepada hospital..

    Untuk pengetahuan doktor juga saya kerap mengalami suara yg serak….adakah ia berkaitan dengan sakit perut saya itu..?

    Pohon nasihat daripada doktor…

    Terima kasih..

    Rozi

  97. Dokter,
    sy berumur 33 taun,,akhir2 ini perut buncit dan disertai sesak nafas,kalo berak,,kadang berdarah dan sedikit kluarny padahal sy makanny banyak dan sy jarang makan berminyak,,malahan sayuran sy banyakin.pertanyaan saya:
    1.penyakit apakah ini dan sy melihat perut ku kaya pucat warnanya dan buncit.kadang sakit
    2. mata saya juga ky bengkak dan keras
    3.sesak nafas juga

  98. saya berusia 29 tahun…saya nak bertanya pada DR ,petang tadi saya cuba teran untuk berak tetapi keluar darah…adakah dengan meneran untuk berak boleh menyebabkan darah keluar atau sebab lain.tq

  99. dan selepas mandi dubur terasa pedih…adakah ulser pada dubur.tq DR

  100. UNTUK SEMUA PEMBACA MENGALAMI MASALAH DARI KOS RAWATAN DIKENAKAN YANG MENGALAMI MASALAH PENYAKIT INI ,KAMI DI PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BOLEH MEMBANTU ANDA ,MILIKI KAD PERUBATAN BERJUMLAH DARI RM 500K HINGGA 1.5 JUTA DAN 13 PLAN TAKAFUL KAMI SEDIAKAN DENGAN HANYA BAYARAN PREMIUM BULANAN RM 100 SAHAJA . ,DI PRUBSN JUGA PENGECUALIKAN PREMIUM BULAN SEHINGGA PESERTA BERUSIA 80 TAHUN ATAU MENINGGAL DUNIA DAN KAMI BAYAR PAMPASAN KEPADA PESERTA ,JIKA PESERTA MENGHIDAP DIANTARA 36 PENYAKIT KRITIKAL ,KANSER USUS ADALAH SALAH SATU SENARAI PENYAKIT KRITIKAL,PLAN KAMI JUGA BOLEH DIPEROLIHI DENGAN PREMIUM SERENDAH RM 20 SEBULAN.UNTUK KETERANGAN LANJUTBOLEH LAYARI LAMAN WEB RASMI KAMI DI http://www.prubsn.com.my DAN BOLEH HUBUNGI SAYA DITALIAN 017-6896737 / 017-6896707 AIEN / AMI..TQ

  101. dan pengecualian ini bukan sahaja pada peserta bahkan pengecualian premium untuk policy keluarga peserta tanpa menjejaskan plan sedia ada….anda boleh emailkan maklumat dan pertanyaan hantar kepada email saya di amie.misliani@prubsnadvisor.com.my …tq

  102. Asalamualaikum Dr..

    saya berumur 20thn.
    saya ada mengalami :

    -berak sekali dalam sehari
    -najis berlendir hitam
    -sakit perut bahagian kanan(seperti ada angin dan berbunyi)
    -sakit pinggang bahagian kanan
    -buasir(sejarah keluarga)

    Adakah simpton ini merupakan tanda-tanda kanser usus atau buasir?

    sekian, terima kasih.

  103. Terimakasih atas informasinya,sangat bermanfaat ,semoga bisa bermanfaat juga buat yang lain

  104. Dr, saya semenjak dua menjak nie saya selalu kena buang air besar berdarah tp kadang-kadang x berdarah. darah yang keluar berwarna merah kadang-kadang sampai menitik. kadang2 ade macam terkeluar di dubur tp sedikit sahaja dan kadang2 pula x de. mula-mula saya pikirkan cume luka kerana saya pernah berjumpa doktor di klinik swasta tetapi doktor cuma kata luka di sebabkan najis keras dan yang terkeluar itu mungkin bengkak dan dia bagi saya ubat bengkak dan ubat buasir. mula-mula saya x kesah tp bila lame2 saya jadi risau. apa perlu saya buat Dr? saya nie orang yang kurang minum air masak dan x makan sayur. kerana itu ke Dr sbb saya jd mcm nie?

  105. ayah saya mengalami tanda-tanda kanser usus besar seperti kembung perut dan sembelit.adakah ayah mengalami penyakit tersebut?dan apakah rawatan yang paling sesuai bagi mengubati penyakit ini…

  106. salam Dr,
    sy berumur 23 tahun..
    saya kerap mengalami cirit birit sejak 2 bulan ni..
    kebiasaanya najis bercampur lendir..
    tetapi pagi tadi, selepas najis keluar ada darah..
    merah kehitaman..
    sedikit je..
    dan rase tidak selese pada perut sebelah kiri..

  107. salam dr.saya bru 2 hari berak berdarah.mula2 najis keluar elok..kdg2 najis tu gelap sikit.leps tu darah cair mula menitis bila meneran.najis lembik ..kdg2 cair.tidak sakit tp perut selalu memulas.selera mkn ok.berak agk kerap.saya mmg suka mkn pedas.dan kuat merokok.umur 37.langkah yg perlu saya ambil boleh dr bagitahu.t/kasih dr

  108. sy mngalami pendarahan ketika buang air besar tp najis tidak keluarkan seperti rasa hendak buang air besar cuma yang keluar hanya darah yang banyak. pendarahan ini terjadi selepas keguguran kandungan

  109. dr. saya menghadapi masalah berak berdarah.selepas berak disertai dengan darah yang banyak,bhagian itu terasa sakit..adakah kanser usus atau buasir?apakah rawatan yang perlu saya dapatkan?

  110. assalamualaikum dpktor…
    sy x selalu berak berdarah…just kadang2 jew…ada kah tu disebab kan buasir atau something else?lain2 symptom mcm di atas tu sy x pernah ada…

  111. salam dr…
    kadg2 saya ade mglami berak darah..dan kdg2 tidak..
    bila sy mkn makanan yg pedas saya akn berak darah..
    tmbhan pula saya ni jenis yg sush untuk buang..blh dikatakan sembelit..saya bergantungkan pd ubat untk membuang..sy jg ade makan buahan spt pisang, betik dan banyak lg la yang senang utk membuang..tp ianye tdk berhasil wat saya…apabila buang perut saya mesti sakit dalm bbrp hari…apekah sebabnye Dr??

  112. Doktor,
    Saya mengalami hemorroid tahap dua… najis saya keras mulanya tapi takde pendarahan masa buang air besar, tetapi seperti saluran sedikit keluar. Sesudah makan ubat yg diberi doctor ia suda masuk kembali.

    Sekarang, sy nampak ada ketulan die luar lubang anus, seperti ada darah dalam ketulan tu.. menyakitkan and a bit annoying.

    Adakah ini symptom kanser? atau disebabkan saya makan pedas waktu berbuka membuatkan saya dapat ketulan darah ini? Najis saya lembut dah tidak keras.Saya berumur 27tahun. Harap dapat memberi nasihat. Saya sangat bimbang.

  113. saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
    Selepas berpantang saya sering buang air besar dan berdarah.saya juga ada mencuba ubat farmasi dan trdisional namun tidak berhasil.Apabila buang air besar,akan terasa sakit.Bantu lah saya doktor.

  114. salam Dr…

    saya berumur 21 tahun..
    ketika sy mmbuang air besar terdapat lendir berwarna putih…

    sy juga mgalami sesak nafas sekali skala..

    sakit di bahagian kiri juga skali skala..

    adakah sy mgalami kanser usus?

  115. makanan yang meningkatkan risiko kanser kolon dan rektum:

    1. maggi dan mee segera lain

    2. air gas terutamanya Coca-cola

    3. makanan tinggi lemak

    4. makanan kurang serat

    5. minuman beralkohol

    6. makanan segera terutamanya McDonalds

    7. makanan yang tinggi perencah, penambah perasa dan pengawet

    8. makanan berprotein yang dimasak separuh seperti sushi

Tinggalkan Jawapan kepada rul Batal balasan